Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, November 25, 2010

Tawaran Master...

pagi ni bukak emel...tgk2 ada emel dari UTM...
aku ditawarkan untuk sambung Master kat UTM...
Pengurusan dan Pentadbiran...tiba-tiba rasa cam berdebar lak bila dapat tawaran ni...bukannya apa aku ni masih dalam dilema samada nak sambung atau tidak...hantar borang dulupun main redah jer...
Ya Allah...berikan aku panduan dalam menentukan perjalanan hidup ini...
Sebenarnya banyak menda yang aku perlu ambil kira...pasal yuran tu aku tak kisah sangat...
yang paling aku kisah adalah pasal kenderaan...kereta dahlah sebijik...itupun org rumah bawak gi kerja..
takkan nak gi UTM naik moto buruk aku ni...takat nak gi sekolah bolehlah....
mmmm......

Wednesday, November 24, 2010

Gaji PM kita

Hari ini dalam Metro didedahkan gaji PM kita...pada firasat aku takdalah banyak sangat kalau nak dibandingkan tanggungjawab yang diamanahkan...Gaji PM kita ialah RM22826.65..TPM pulak RM18168.15 dan jemaah menteri yang lain hanya RM14907.20...Bagaimana dengan gaji anda???

Tuesday, November 16, 2010

buat pasport...

Hari ini aku ambil keputusan untuk memperbaharui pasport aku yang dah mati thn 2007... kalau dulu buat pasport kat kuantan senang jer...kejap jer takyah tunggu lama...itu kisah 8 thun lepas kat kuantan...
Hari ni buat pasport kat JB...memang satu suasana yang lain sekali...Ambil nombor giliran pukul 11.45 dan siap hantar borang hanya pada pukul 3.30 petang...no giliran waktu aku amik tu 184...manakala nombor giliran aku ialah 436...korang boleh bayangkan berapa ramai orang di depan aku....tu pun tak sempat nak ambik pasport lagi sebab aku ada hal...minggu depan lah baru aku amik pasport baru ni...
So aku nasihatkan sesiapa nak buat pasport kat JB ni...peruntukkanlah masa sehari anda betul-betul di Imegresen tersbut...jgn ada hal lain plak...sebab masa anda sudah tentu dihabiskan di sini jer...palik tidak 2 hingga 3 jam...unlesss, korang beratur dari pukul 7.00 kat kaunter nombor giliran...sediakan jugaklah makanan ringan yang boleh dimakan...bawak air masak ker..ataupun bahan bacaan supya masa anda tidak disia-siakan...tapi kebanyyakan orang yang aku tgk baca s/khabar jer dan budak2 plak main game kat handphone...
Unutk pengetahun semua, Imegresen bahagian pasport ni dibuka setiap hari...Isnin-Ahad...takda rehat...
Isnin hingga Khamis dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang...Hari Jumaat sama jer macam Isnin-Khamis cuma ada rehat sekejap time tengahhari...tp untuk kaunter khas ianya dibuka...
Sabtu-Ahad plak dibuka dari 8 pagi hingga....(tak ingat plak)

Sunday, November 14, 2010

sakit tangan....

ari ni sakit tangan kanan aku...main badminton pun terketar-ketar...tu yang balik awal tu...
macam manalah nak elakkan sakit ni berulang...kalau main badminton jer mesti sakit tangan...

Thursday, November 11, 2010

Persoalan berapa orang??? telah terjawab

Tahniah di ucapkan kepada murid-murid tahun 6, 2010 di atas kejayaan cemerlang di dalam UPSR 2010...khususnya kepada murid SK Seri Alam 2...Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengajar murid-murid sepanjang 2010 ini...
So..persoalan berapa orang telah terjawab...seramai 9 orang murid SKSA2 telah mendapat 5A dalam UPSR 2010...so ada sedikit peningkatan daripada bilangan 5A sebanyak 2 orang berbanding UPSR 2009...
 Peratus menguasai (lulus) juga meningkat...cuma tak dapat keputusan rasmi lagi, sebab analisa tak dapat diprint tadi...tetapi rasanya 65% berbanding tahun lepas 61.6%...Tahniah juga untuk diri sendiri...hihhihi

Murid yang dapat 5A
4A

Murid 5A bersama sebahagian ibubapa yang hadir

Wednesday, November 10, 2010

Berapa orang????

Itulah persoalan yang akan timbul esok di kalangan guru-guru terutama guru sekolah rendah, dan tak terkecuali jugak ibu bapa... Persoalan ini jugaklah akan membandingkan dari sebuah sekolah dengan sekolah yang lain...
sikitnya seri alam 2....seri alam 1 berlambak-lambak....ishhh bingit jugak kalau aku mendengarnya...
Apa-apapun kita tunggu esok...Wahai anak muridku..semoga kamu bergembira dengan apa adanya...

p/s: kota masai dapat 70 orang...kota masai 2 ??????

Tuesday, November 9, 2010

ada kelainan....

Sebelum ni aku ada ceritakan pasal racket apacs yang aku baru beli...so semalam, Isnin...aku tak sabar nak gunakannya...so aku gi main badminton kat TS Kota Masai...saja jer nak test raket baru ni...ternyata ada kelainannya...tak sia2 lah aku beli walaupun taklah mahal mana...aku nak ucapkan terima kasih kat tokey kedai tu sebab banyak bagi info pasal raket badminton ni...yang man baik...ketegangan macam mana, apa stail kita main dan raket yang sesuai...bagus sangat...
Berbalik kepada raket aku tu, betul cakap tokey tu...smash memang terasa berbeza, rasa lebih bertenaga, tetapi main semalam tak dalam form yang sepatutnya...cuma yang aku puas hati adalah bermain di net...banyak beza dengan sebelum ni aku main...macam senang jer sikit berbanding sebelum ni...
pas tu kalau nak return balik org smash pun best...cuma rasa kurang kalau nak main hantar belakang...kena kuat sikit sebab selalu sampai kat tengah gelanggang jer...
Hari ahad ni tak sbar nak main ngan geng rimba...

Sunday, November 7, 2010

Apacs Lethal 11

Hari ni boring dok umah, setelah beberapa hari hanya memerap dalam rumah jer...so bercadang nak ke Badan Cemerlang kat Angsana nak cari buku lah satu buah buku yang menarik untuk dibaca...Dalam masa nak ke Angsana terpikir nak ke kedai barang badminton kat Taman Sentosa...so pegilah jenguk2 je barang kat dalam tu...jenguk punya jenguk tersangkut lak dengan raket Apacs baru...kata boss dialah...pikir punya pikir aku akngkatlah sebuah...Apacs Lethal 11...melayang gak RM 100 lebih...oklah cuba raket baru ni, raket yang sebelum ni beli dah macam tak sedap...(entah- entah aku yang tak sedap main)...Bila aku nak test raket baru ni...yang terdekat besok di TS Kota Masai, nak tunggu sabtu di TS jugak lambat lagi, Ahad kat Plentong pun lambat jugak...so aku nak try besok lah kalau cuaca mengizinkan...
Bila lak nak beli kasut ni....kasut dah teruk !!!!

Tuesday, November 2, 2010

Hairan....rapat sejak kecil tapi umur berbeza

Lambaian Kaabah: ‘Kami rapat sejak kecil’

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KELANA JAYA: “Persahabatan kami abadi, dari kecil hingga dewasa kami masih bersama dan kesempatan diberikan-Nya untuk kami mengerjakan Rukun Islam kelima ini akan digunakan sebaik mungkin,” kata Che Rosmanila Che Mamat, 42, yang berpeluang menunaikan haji bersama dua rakan karibnya, Jaridah Awang, 60, dan Mek Mat Jusoh, 75, dari Tanah Merah, Kelantan.
Mereka antara 356 jemaah haji kumpulan ke-78 (KT78) ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya, di sini, semalam.

Che Rosmanila berkata, perkenalan mereka sejak dilahirkan membuahkan hubungan persahabatan akrab yang disulami dengan rasa keikhlasan serta kejujuran antara satu sama lain.
Katanya, walaupun tidak mendaftar nama di Tabung Haji bersama, berkat ketentuan Yang Maha Esa membolehkan mereka menunaikan rukun haji buat kali pertama tahun ini dan anugerah yang diterima amat disyukuri.

“Saya terkejut apabila mengetahui bakal mengerjakan haji dengan dua sahabat karib. Hanya Tuhan tahu perasaan saya berpeluang ke Tanah Suci bersama mereka,” katanya.

Bagi Jaridah, peluang diterimanya untuk mengerjakan Rukun Islam kelima bersama dua sahabat karibnya menyuntik kekuatan diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam berkemampuan sebaik mungkin.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LambaianKaabah___8216_Kamirapatsejakkecil__8217_/Article/index_html

 Saja jer nak post menda ni...sebab rasa cam kelaka...

Panduan ke SK Seri Alam 2 (2)

bersambung....
jiika anda dari kawasan Pasir Gudang, Tmn Scientex, Nusa Damai, Kota Masai dan kawasan sekitarnya...
anda sudah tentu tahu Pekan Masai bukan?...kalau tak tahu Pekan Masai maknanya berat demo ni...
1. Dari Pekan Masai anda bergerak terus hingga berjumpa traffik light...ambil kanan...dan teruskan hingga berjumpa simpang 3...
2. Sampai simpang 3 ambil kanan lagi....sebenarnya ada signboad SK Seri Alam 2, tp mungkin terhalang dek pokok palma kat situ ataupun iklan ALONG...
3. Teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan...Selamat Berjaya.. 

Monday, November 1, 2010

Panduan ke SK Seri Alam 2 (1)

Sebenarnya dah lama aku nak wat cite pasal panduan ke sekolah aku ni...bukannya apa aku sian tgk cikgu-cikgu baru...cikgu-cikgu lama tak terkecuali...nak cari sekolah aku tak jumpa...kalau cikgu dari kawasan luar tu aku tak lah heran sangat...tapi POSMEN pun kekadaang tak tahu tau...kekadang surat sekolah aku sampai kat sekolah menegah...surat sek menengah sampai kat sekolah aku...Penduduuk Seri Alam sendiri pun tak tahu pasal kedudukan SK Seri Alam 2 ni...ceruk sangat ker...
SK Seri Alam 2 ni terletak di JALAN SURIA 47, so kepada sesiapa dah memasuki BSA ni cubalah tanya di mana Jalan Suria ni...
Jika anda dari arah Johor Bahru atau Kota Tinggi
1. sila masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang melalui persimpangan bertingkat berhampran Carrefour menuju ke arah Pasir Gudang
2. Dalam jarak lebih kurang 12 daripada susur Lebuhraya PG akan ada satu persimpangan bertingkat ke Bandar Seri Alam dan Bandar Baru Kota Puteri....ambil kiri ke BSA (landmark sebelum flyover adalah Petronas dan Shell di sebelah kanan anda)...Tahniah...anda sudah memasuki BSA...Bandar Ilmu
3. Anda akan berjumpa 2 trafik light sebelum ada simpang 3...masuk kanan (landmark: simpang selepas simpang Octville Club Golf...
4. Dari simpang kanan tadi terus sehingga jumpa lagi trafik light seterusnya...terus lagi...ada simpang ke kanan...masuk kanan...pastikan setelah masuk ke kanan terdapatnya TOKONG CINA di sebelah kiri anda... anda telah memasuki Jalan Tasek....
5. Terus sehingga anda berada di bawah JALAN KERETAPI...terus dan terus...di sebelah kanan anda ada Pangsapuri Sri Intan...
6. Ada selekoh L selepas Pangsapri Sri Intan....anda kini sudah berada di Jalan Suria 47...iaitu nama Jalan bagi SK Seri ALam 2 ini..
7. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya....(Jangan menyimpang ke tempat lain lagi....terus sahaja...di penghujung jalan nanti anda akan nampak kawasan seperti gambar di bawah in


.
inilah SK Seri Alam 2...
8..kalau anda rasa panduan aku ni tak membantu tepon jer sekolah....07-3885577..(helo boleh saya bercakap dengan Pn Yati...)

Laluan lain aku akan nyatakan kemudian....bye...