Pages

Peta Bandar Seri Alam

Tuesday, September 21, 2010

boleh pakai baju pj sampai balik

Makluman kepada semua guru SKSA2 khasnya dan semua guru di Malaysia...terutama kepada guru-guru PJK...Anda sekarang dibenarkan memakai baju PJ anda sehingga balik...begitu jugak dengan anak murid...
So taun depan senang sikit aku nak buat jadual waktu...Bukan apa ada sebilangan guru ni mengeluh kalau diberi ajar PJK...kata mereka leceh nak salin bajulah...so skang dah takda alasan lah kalau kena ajar PJ...best jugak boleh pakai baju sampai balik ni....dalam kepala ingat nak bawak basikallah ke sekolah bila time ajar pj...sihat sikit,,,


kalau nak turun muat siaran, bolehlah klik di bawah ni :

Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru dan Murid-Murid Yang Melaksanakan PJK Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaan



Lelongan Awam Maybank

Lagi Lelongan Awam daripada Maybank...
Tempat: Good Hope Hotel, Skudai
Tarikh: 30 September 2010
Masa: 3.00 ptg


Banyak hartanah yang mempunyai harga rizab yang baik...Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan surat khabar Metro hari ini...21/9/2010

Saturday, September 18, 2010

Sri Intan



Lelongan Awam di Suite 16.02, Tingkat 16, City Plaza, Johor Bahru 

Tarikh: 28/9/10
Waktu: 3.00 petang
RP:RM36139
Lokasi Rumah: 03-04 Blok F, Sri Intan, Bandar Seri Alam...

Friday, September 17, 2010

Pelaburan di Bank Persatuan

Tahun ni aku balik ke Pahang untuk berhari raya...tapi sbenarnya memang tiap2 tahun aku balik beraya di Pahang, cuma tahun ni beraya di Pahang dulu...Pada raya ke-4 iaitu pada Isnin aku bertekad nak melabur di dalam BP ni...perancangan sebenarnya dah hampir 2 bulan setelah baca thread di BJ...dibuatnya pada hari Isnin tu BP ni tutup, kempunan lah aku...nasib baik lah aku balik JB hari Selasa, so esoknya ku pun pegilah BP lagi....alhamdulillah dah bukak...tapi BP ni kecik jer rupanya...bila tgk daripada notis yang ditampal...bagi 5 tahun kebelaknagn ni BP pernah memberi sehingga 12.5% dan tidak kurang dari 10%
Terima kasih banyak kat BJ dah banyak buka minda aku untuk membuat perancangan kewangan...kalau dulu yang aku tahu just melabur di ASB jer...so skang dah ada OD facility...dah pun labur dalam BP plak...semua ni atas bacaan aku dalam forum BJ...sebenarnya takda duit mana nak labur dalam BP ni...cuma ambik yang paling minimum sahaja dulu...means rm500 jer...so aku beli untuk aku ngan wife sekali.... so semuanya hanyalah 1k shj.Tujuan aku bukak sekali dengan wife sahaja jer supaya  dua-dua dah jadi ahli...mungkin satu masa nanti dah takleh jadi ahli macam Bank Rakyat...so itu lah langkah yang terbaik...Idea ni pun datangnya dari forumer di BJ
Selain daripada tu dikenakan jugak RM 20 untuk  duti setem, RM 25 untuk takaful tabarru' dan 2.50 untuk kad keahlian...so bayaran tambahan sebanyak 47.50
Aku tgk banyak gak pinjaman yang disediakan oleh BP untuk ahlinya....rumah, kereta, pinjaman raya, pinjaman persekolahan dan banyak lagi dan pulak tu interestnya pun agak rendah
Sekarang ni BP dah buka cawangan terbaru di KL, mungkin dalam 2 tahun lagi akan dibuka di JB...kata pegawai yang in-charge aku punya pembelian saham tu...so lepas ni senang lah aku nak tambahkan saham aku ni...InsyaAllah akan aku peuhkan sehingga 10k...Amin...