Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, June 21, 2014

Nak kubuang...kuambil kembali

Tengoklah betapa sayangnya Zaim dengan kucingnya ini...padahal kucing ini tak bertuan dan menumpang berteduh dirumahku...kucing betina dah membiakkan 10 ekor anak dari 2 kelahiran...kelahiran yg pertama tak tahu di mana, tapi sempatlah berteduh di rumah aku sebelum secara diam diam anaknya menghilangkan diri...namun kerana dah lama berada di rumah aku, kelahiran ke2 berjaya dilakukan di rumah sebelah tetapi membesar dirumahku...suka zaim dgn ibu dan 5 anak kucing yg baru
tapi hari ini setelah berminggu aku fikirkan, aku putuskan untuk membuang kucing kucing ini kerana dek tak tahan kena buang tahi dan bersihkan kencing mereka...
tapi aku silap...zaim kelihatan sedih dan.bercerita dia sedih semasa kucing dibuang dan mengeluarkan air mata semasa latihan taekwondo...
yang lebih menyedihkan aku bila mana isteri aku yang tak  pernah nak sentuh kucing ini pun turut bersedih semasa tgh makan malam...
akhirnya aku terpaksa ambil balik kucing ni di tempat yang aku buang
betapa gembira aku tgk muka zaim...
nampaknya tugas ayah berterusanlah kena buang taik diorang ni...