Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, December 5, 2009

Pengalaman dapat rumah lelong...

Syukur ke hadrat Allah...akhirnya aku berani membuka satu langkah baru dalam hidupku...
Hari Khamis lepas aku gelabah nak dapatkan duit untuk nak bayar bank draft kat pelelong...puas aku cari, akhirnya terpaksalah aku pinjam duit anakku kejap...Aku bengang tul ngan CIMB Seri Alam ni...lambat betul nak disburse duit dari OD...kata 12 hari...rasanya dah lebih pun.
Semalam....hujan menemani aku sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Good Hope, Skudai...
Sampai di sana, aku sediakan makan untuk wife ngan anak aku...aku plak tiba2 sakit perut...mungkin berdebar kot...lepas melepaskan segala tekanan aku gi jumpa dengan Kamal...orang auctioners..Dia suruh ambik pedal sebab aku dah register kat ofis dia hari Khamis tu..tp pembantu dia kata takyah pedal...sebab takda orang lain masuk bid...lega ati aku..
"bagi hartanah seterusnya RRL 29,sebuah rumah pangsa .....berlamat...... dijemput pembida En. Musimartin.....sila ke hadapan. Oleh kerana hanya ada seorang pembida sahaja...maka rumah ini di jual"...tok tok...(ketuk hammer)...itulah ayat ang sempat aku dengar waktu auction...
Lepas tu aku pun pegi sain perjanjian...tp aku lupa lak nak tgk perjanjian apa..main sain jer...hari Isnin ni Kamal hantar perjanjian tu sebab rumah Kamal ni kat Taman Rinting jer..
Aku bayar RM150 utk stamping...
Ingatkan nak balik...wife aku lak naik syok nak nengok yang ramai orang bid...Adalah sebuah kilang teres, RP160000, MV dalam RM1800000...ramai gak jadi pembida 18 orang...semuanya orang Cina..abis jer aku balik gi Angsana, pegi jalan2 dan belanja wife anak aku makan KFC...hheheh
Aku berjaya mendapatkan rumah ni dengan RP 12150 jer....MV dalam 50K...

3 comments:

  1. nk tnye,rumit tak proses urusan sehingga setel tu.berapa banyak wang kita akan kluar pada permulaan untuk mendapatkan rumah lelong ni.contoh rumah rm91200?

    ReplyDelete
  2. pada saya tak lah rumit mana?...cuma yerlah kena sediakan duit pendahuluan....pastu tunggakan2 yang kena bayar...lepas tu kena cari peguam yang boleh wat kerjalah...cuba tgk bloger cam jutawan hartanah...banayk maklumat ada, pas tu tgk lak list blogger yang ada....semuanya banyak membantu

    ReplyDelete
  3. salam cikgu, saya berminat nk cuba beli rumah lelong untuk tujuan pelaburan atau disewakan. saya mahukan pendapat cikgu tentang apartment seri delima di bandar seri alam. berapakah rate sewa disitu dan berapakah current market price rumah disitu?

    ReplyDelete