Alhamdullilah....akhirnya terbuka juga pintu hati aku nak membina sebuah blog...tapi aku tak tahu nak khususkan pada bidang apa...so aku bina blog ni secara general ajalah...Rupa-rupanya nak bina blog ni senang aje...ni pun nak test dulu cam mana. tengok orang buat cam grand jer, nak gak buat macam itu...
So cuti sekolah ni aku nak isikan dengan perkara yang paling berfaedah sepanjang cuti-cuti sekolah yang pernah aku lalui sejak dari kecil lagi sehinggalah aku menjadi seorang guru...
Setakat ini perkara yang paling penting pernah ku lakukan ketika musim cuti sekolah adalah tarikh pernikahan ku iaitu pada Disember 2004...yang lain aku dah tak berapa nak ingat, mungkin tak berapa penting kot..
Apa perkara yang berfaedah aku nak buat untuk cuti sekolah ni...
Pertama; Hari jumaat ni, InsyaAllah aku nak masuk satu bidaan rumah lelong Di Good Hope Hotel, Skudai JB...ala..rumah murah-murah jer....baru nak blaja..cadangan nak buat sewa rumah ni..harap-harap dapatlah aku dengan harga reserve..tp masalahnya bank draft pun tak buat lagi..aku dok tunggu duit dari akaun OD aku disburse...lambat betul lah...kalau esok tak disburse gak terpaksalah aku korek akaun2 yang lain bagi cukup 2k
Kedua: aku nak pergi bercuti ke Langkawi..(langkawi jer...) sepanjang aku 5 tahun aku berkahwin ni, rasanya cam tak penah gi mana2 pun...bukannya kedekut tp faktor ekonomi tak mengizinkan...kekadang keinginan kita terpaksa dikorbankan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik...Keadaan ekonomi kita bukan orang luar tahu...
Ketiga:...perkara ketiga dan seterusnya aku tak pasti lagi...tapi cam besalah aku kena buat jadual waktu untuk 50 orang guru sekolah aku nanti waktu cuti sekolah ni...harap2 takda cikgu nak komplain pasal jadual waktu ni...selama ini aku dah buat yang sehabis baik dalam menyiapkan jadual waktu sekolah..
Rasanya setakat ni saja kot untuk post kali pertama ni..wife aku dah nak balik kerja...putera aku pun dah menggatal tangan nak main daptop ni....(anak aku panggil laptop ni daptop...pelat)
No comments:
Post a Comment