Ini dia tagline baru PPD Pasir Gudang....aku rasa sepanjang awal tahun ini kebanyakkan sekolah di PG ini akan digempur...bermula dengan mesyuarat untuk GPK dan semua Panitia 4 matapeljaran teras utama pada 28/12...
Hari ini mesyuarat bagi Setiausaha Kurikulum dan Penyelaras Tahun 6... Sabtu depan(9/1) mesyuarat bagi semua guru2 tahun 6 yang dipecahkan mengikut matapelajaran...nasib baik matematik bertempat di SKTMR...so dekat sket..BM kat SKTPI, BI kat SKPG4 dan SN kat SK mana erk...tp area Johor Jaya rasanya...
Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat yang aku nyatakan kat atas, tak lain tak bukan kerana prestasi PPDPG yang berada di tempat ke 9 dari 10 PPD yang ada di Johor...tempat ke10 adalah Kulai...nasib baik ada Kulai itupun dipisahkan dengan 0.01 GPS shj, manakala dari segi peratus adalah sama...Kenyataan ini dikeluarkan oleh En Ahmad Ali...bukan aku reka
Pengisian mesyuarat hari ini dimulakan dengan pembentangan program SKPG1 bagi subjek BI, SKKM subjek MT dan SKTR2 subjek SN...banyak jugaklah program yang boleh aku laksanakan untuk tahun 2010 ni...antara yang aku nampak menarik adalah program Mento Mentee dan Home Test....tp aku nak ajust sket Mento Mentee diorang buat ni...kebanakkaan sekolah buat Mentor dan Mentee adalah murid...tp pada kau kat sekolah aku menda ni takkan jalan punya...so ubah biar Mentor cikgu sekolah...biar sama merasa bebanan cikgu tahun 6...
Habis pembentangan 3 sekolah tu, ucapan penutup En Ahmad....lama gila dia berucap...tp bestlah sebab banyak fakta...
Mesyuarat abis kul 1.00 petang...
No comments:
Post a Comment