Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, December 31, 2009

Gempur Pasir Gudang

Ini dia tagline baru PPD Pasir Gudang....aku rasa sepanjang awal tahun ini kebanyakkan sekolah di PG ini akan digempur...bermula dengan mesyuarat untuk GPK dan semua Panitia 4 matapeljaran teras utama pada 28/12...
Hari ini mesyuarat bagi Setiausaha Kurikulum dan Penyelaras Tahun 6... Sabtu depan(9/1) mesyuarat bagi semua guru2 tahun 6 yang dipecahkan mengikut matapelajaran...nasib baik matematik bertempat di SKTMR...so dekat sket..BM kat SKTPI, BI kat SKPG4 dan SN kat SK mana erk...tp area Johor Jaya rasanya...
Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat yang aku nyatakan kat atas, tak lain tak bukan kerana prestasi PPDPG yang berada di tempat ke 9 dari 10 PPD yang ada di Johor...tempat ke10 adalah Kulai...nasib baik ada Kulai itupun dipisahkan dengan 0.01 GPS shj, manakala dari segi peratus adalah sama...Kenyataan ini dikeluarkan oleh En Ahmad Ali...bukan aku reka
Pengisian mesyuarat hari ini dimulakan dengan pembentangan program SKPG1 bagi subjek BI, SKKM subjek MT dan SKTR2 subjek SN...banyak jugaklah program yang boleh aku laksanakan untuk tahun 2010 ni...antara yang aku nampak menarik adalah program Mento Mentee dan Home Test....tp aku nak ajust sket Mento Mentee diorang buat ni...kebanakkaan sekolah buat Mentor dan Mentee adalah murid...tp pada kau kat sekolah aku menda ni takkan jalan punya...so ubah biar Mentor cikgu sekolah...biar sama merasa bebanan cikgu tahun 6...
Habis pembentangan 3 sekolah tu, ucapan penutup En Ahmad....lama gila dia berucap...tp bestlah sebab banyak fakta...

Mesyuarat abis kul 1.00 petang...

Wednesday, December 30, 2009

Mesyuarat Pertama 2010

Hari ni mesyuarat pertama bagi cikgu2 SKSA2...setelah 2 hari pertama ada taklimat sikit2 oleh GB dan GPK2nya...Beberapa perpindahan berlaku tahun ini...Ramli dah ke SKPJ3...kak Anita jadi GPK Pend Khas kat sekolah mana ntah..Kak Normah naik GPK Pend Khas kat sekolah aku...perkara yang tak bestnya aku kena adjust jadual sket...Sylvie pindah di saat2 akhir...siapa nak ganti Sylvie jadi guru media?.....aku rasa ada cikgu yang layak jadi guru media especially yg lelaki...macam ariz dan johan....tetapi napa lak nak amik gak cikgu yang belum tentu tahu pasal media2 ni....takpa kita ikutkan sahaja...(yang bestnya guru media ni di luar norma...so waktu sket jer....) tapi sebenarnya kerja diorangpun banyak...yg jadi diorang macam takda kerja kerana takde pantauan pasal bidang kerja diorang ni...

Hari Isnin baru ni...desas-desus aku dah tak pegang pengawas....aku tahu selama aku pegang pengawas ni macam hampeh jer...aku pun tak puas hati dengan reputasi aku sendiri..apatah org lain tgk...rupanya benar desas tersebut....aku dah tak pegang pengawas...ganti ngan member kamcing aku Sarimalan....aku tahu dia mesti bleh buat kerja ni punya...kerja dia ni memang tip top lah....

So jawatan aku tahun ni sama cam tahun lepas, bezanya aku dah tak pegang pengawas tetapi digantikan dengan unit lawatan...yang lain macam biasa...Penyelaras UPSR dan jadual waktu....oklahtu...

Dalam bilik mesyuarat tadi cuma perkara rutin shj yang diberitahu...buku panduan pun tak print lagi...so lebih kepada mendengar jer....GB adalah bagi beberapa teguran...macam tulisan dalam RPH buruk ..ngajor tokleh duduk...dan yang dia highlightkan "kita ni dah macam satu keluarga...bekerja di bawah satu bumbung"...

GPK plak just bagi tugas2 baru cikgu-cikgi..dan Kak Alimah cam besalah..sebagai HEM ditekankan pada jadual kedatangan murid....kesihatan...dsb. 
Mesyuarat habis dalam pukul 11 tp disambung Asrol seblemu berehat pada 11.20 tp disambung lagi oleh Hjh Hafidzah untuk SMM sebelum berhenti kul 12.`15..Hari ini tokey kantin yang baru belanja makan semua guru....


Esok aku ada mesyuarat Penyelaras UPSR kat SK Tmn Megah Ria...mmmmm




Tuesday, December 15, 2009

Apartment/Condo Bandar Seri Alam

Seperti ang aku janjikan aku senaraikan plak kondo dan apartment yang ada kat BSA ni....yang lepas aku dah snaraikan beberapa flat yang ada...


Ini Vista Seri Alam...dalam ni ada beberapa jenis apartment...ada yang ada beranda dan tidak dan ada jugak townhouse dalam ni...Pada aku ni antara apartment yang paling menarik di BSA ni...lokasi memang strategik...aku pasti Vista ni bakal dipenuhi ngan budak UniKL, Uitm or Kolej Masterskill...kemudahan ang aku tahu lah...ada kolam renang dan access kad...sewa paling murah RM450 dan ada gak yang aku dengar sampai 1300 ringgit utk town house..



Yang ni plak Summerpark Townhouse...aku tak berapa nak reti describe pasal area ni...yang pasti dekat ngan rumah aku...ramai gak askar dok kat sini..sebelah dia nanti akan terbina IPD Seri Alam yang baru dan kuarters polis sekali...















Apartment Seri Mutiara.....aku tak penah masuk...tp dari luar kalau aku tgk cam dah takda orang duduk...Lelong pun dah banyak...harga ada sampai tinggal 50 K jer...Sebelum ni penuh gak apartment ni dengan askar2 dari kawasan sekitarnya tetapi sekrang askar2 ni dah ditempatkan di Vista dan Summerpark...so suni sikitlah kawasn ni...sikit?...(tak sesuai lah.....sunyi banyak...kalau wat penggambaran cerita hantu macam sesuai gitu



Condo Octville Seri Alam...orang katalah kat sini orang jpun banyak...yer ke tidak tak tahu kebenarannya...tapi condo ni dok dalam Octville Golf Club...aku pun tak tahu ngat kewujudannya sehinggalah aku gi tgk Apartment Seri Mutiara yang kat atas tu...dia bersebelahan jer....aku amik gambar gate jer...sebab maleh nak masuk dalam...dah lah pakai moto kapcai aku tu...mau kena halau nanti...





Dan yang akhir sekali ni The Country Tower....berada di kawasan yang tinggi di Seri Alam ni...dekat ngan Tesco ...boleh jalan kaki jer...McD pun dekat...sewa kalau yang fully furnished tu ada sampai RM1800...kemudahan yang ada aku tak tahu sgt..tak penah masuk...

Tuesday, December 8, 2009

Lelong Bandar Seri Alam- Disember (#2)


Auction Date: 
17/12/2009
 Auction Place: 
Suite No. 1602, 16th Floor, City Plaza, Johor Bahru
 Auction Time: 
3.00 pm
 Property Description: 
A three bedroom walk-up medium low cost flat/apartment
 Land/Floor Area: 
 (approximately in sq. feet)
850 Sq. Feet.
 Tenure: -
 Property Address: 
H04-02, Block H, Pangsapuri Sri Intan, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM):  RM 48,600.00

 



 Auction Date: 
29/12/2009
 Auction Place: 
Auction Room High Court Of Malaya, Jalan Dato' Onn, Johor Bahru, Johor
 Auction Time: 
10.30 am
 Property Description: 
An intermediate lot double storey medium low-cost terrace house
 Land/Floor Area: 
 (approximately in sq. feet)
72SQM Sq. Feet.
 Tenure: Freehold
 Property Address: 
No. 11, Jalan Tasik 32, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.
 Reserve Price (RM):  RM 43,000.00

Lelong Bandar Seri Alam-Disember(1)

Di sini dinyatakan beberapa lagi rumah lelong di Bandar Seri Alam...


 Auction Date: 
12/12/2009
 Auction Place: 
Suite No.1602, 16th Floor, No.21,  City Plaza Jalan Tebrau,80300 Johor Bahru
 Auction Time: 
10.30 am
 Property Description: 
A low medium cost walk-up flat unit
 Land/Floor Area: 
 (approximately in sq. feet)
742.7 Sq. Feet.
 Tenure:
Freehold
 Property Address: 
Unit No. C-1-9, Block C, Pangsapuri Seri Delima, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 28,000.00


Auction Date: 
12/12/2009
 Auction Place: 
Suite No.1602, 16th Floor, No.21, Jalan Tebrau,80300 Johor Bahru
 Auction Time: 
10.30 am
 Property Description: 
A low cost walk-up flat unit
 Land/Floor Area: 
 (approximately in sq. feet)
650 Sq. Feet.
 Tenure:
Freehold
 Property Address: 
Unit No. 05-14, Block F, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 12,000.00






 Property Address: 
Unit No. 03-05, Block L, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 15,000.00

 Property Address: 
Unit No. 04-16, Block X, Jalan Tasek 64, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 12,960.00

 Property Address: 
Unit No. 04-11, 3rd Floor, Block S, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 11,700.00

 Property Address: 
Unit No. 03-03, Block N, Jalan Tasek 64, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 15,390.00

 Property Address: 
Unit No. 2-06, Block H, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 30,000.00


 
 Auction Date: 
16/12/2009
 Auction Place: 
Auction Room High Court Of Malaya, Jalan Dato' Onn, Johor Bahru, Johor
 Auction Time: 
10.30 am
 Property Description: 
A double storey intermediate unit low-medium cost terrace house
 Land/Floor Area: 
 (approximately in sq. feet)
770 Sq. Feet.
 Tenure:
Freehold
 Property Address: 
No. 44, Jalan Tasek 23, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 67,500.00




 Auction Date: 
17/12/2009
 Auction Place: 
Suite No. 1602, 16th Floor, City Plaza, Johor Bahru, Johor
 Auction Time: 
3.00 pm
 Property Description: 
Three bedroom apartment
 Land/Floor Area: 
 (approximately in sq. feet)
1,330 Sq. Feet.
 Tenure:
-
 Property Address: 
Unit No. F-1-02, Block F, Sri Mutiara Apartment, Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim.
 Reserve Price (RM): 
RM 69,736.00



Monday, December 7, 2009

Flat di Bandar Seri Alam



Di sini aku nak senaraikan semua jenis, flat, aparment dan juga Kondo yang ada di Bandar Seri Alam...Kebanyakkan rumah yang aku nyatakan di bawah ni banyak di lelong samada di High Court ataupun lelongan awam...aku mulakan dengan Flat Sri Delima...aku dah dapat sebiji rumah lelong kat sini...aku ceritakan kemudian pasal rumah ni..
Kebanyakkan orang yang duduk di sini adalah penyewa berasal dari Sabah.Bersebelahan dengan flat ni ada sebuah sekolah...sekolah aku ngaja lah tu...SK Seri Alam 2



 Yang ni plak Flat Sri Intan....yang ni lebih class sket dari yang atas tu...ada kolam renang...Ramai orang Filipino sewa kat sini...rate sewa pun agak tinggi ada sampai RM 650..Maintanance fees RM 80...kalau Flat Sri Delima RM50. Sellaunya kalau kena lelong harganya masih di atas 35 K...kawasan sekitar yang bersih




Ini namanya Flat Sri Ilham...antara rumah pangsa yang terbaru di Seri Alam 2...lebih kurang cam Sri Intan gak...cuma lokasi dia lebih strategik...dekat dengan kawasan kedai, berhadapan Esso Seri Alam...dekat dengan Sekolah rendah, menegah dan agama. Flat ni ada 2 fasa...fasa yang kedua ni masih banyak tak terjual...harga pun dah turun dari 80 K ke 70K..tu pun masih tak laku...Penah dengar kena lelong tapi yang fasa 1


Flat Tasek 64....Flat ni mempunyai banyak blok dar A sampai Y rasanya. Beberapa blok dari flat ini adalah atas bidang kuasa SUK Johor... Flat ni memang banyak kena lelong dari serendah RM7000 hinggalah RM30 000... ada rumah yang terbiar dan masih ada rumah yang still ok..Kadar sewa lak yang aku pernah dengar serendah 200 ringgit hingga 350..


Kali ni cukup 4 buah flat ini sahaja aku ceritakan....entri seterusnya aku tambah apartment ngan kondo lak...nantikan

Saturday, December 5, 2009

Pengalaman dapat rumah lelong...

Syukur ke hadrat Allah...akhirnya aku berani membuka satu langkah baru dalam hidupku...
Hari Khamis lepas aku gelabah nak dapatkan duit untuk nak bayar bank draft kat pelelong...puas aku cari, akhirnya terpaksalah aku pinjam duit anakku kejap...Aku bengang tul ngan CIMB Seri Alam ni...lambat betul nak disburse duit dari OD...kata 12 hari...rasanya dah lebih pun.
Semalam....hujan menemani aku sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Good Hope, Skudai...
Sampai di sana, aku sediakan makan untuk wife ngan anak aku...aku plak tiba2 sakit perut...mungkin berdebar kot...lepas melepaskan segala tekanan aku gi jumpa dengan Kamal...orang auctioners..Dia suruh ambik pedal sebab aku dah register kat ofis dia hari Khamis tu..tp pembantu dia kata takyah pedal...sebab takda orang lain masuk bid...lega ati aku..
"bagi hartanah seterusnya RRL 29,sebuah rumah pangsa .....berlamat...... dijemput pembida En. Musimartin.....sila ke hadapan. Oleh kerana hanya ada seorang pembida sahaja...maka rumah ini di jual"...tok tok...(ketuk hammer)...itulah ayat ang sempat aku dengar waktu auction...
Lepas tu aku pun pegi sain perjanjian...tp aku lupa lak nak tgk perjanjian apa..main sain jer...hari Isnin ni Kamal hantar perjanjian tu sebab rumah Kamal ni kat Taman Rinting jer..
Aku bayar RM150 utk stamping...
Ingatkan nak balik...wife aku lak naik syok nak nengok yang ramai orang bid...Adalah sebuah kilang teres, RP160000, MV dalam RM1800000...ramai gak jadi pembida 18 orang...semuanya orang Cina..abis jer aku balik gi Angsana, pegi jalan2 dan belanja wife anak aku makan KFC...hheheh
Aku berjaya mendapatkan rumah ni dengan RP 12150 jer....MV dalam 50K...

Wednesday, December 2, 2009

Cuti Sekolah Akhir Tahun

Alhamdullilah....akhirnya terbuka juga pintu hati aku nak membina sebuah blog...tapi aku tak tahu nak khususkan pada bidang apa...so aku bina blog ni secara general ajalah...Rupa-rupanya nak bina blog ni senang aje...ni pun nak test dulu cam mana. tengok orang buat cam grand jer, nak gak buat macam itu...
So cuti sekolah ni aku nak isikan dengan perkara yang paling berfaedah sepanjang cuti-cuti sekolah yang pernah aku lalui sejak dari kecil lagi sehinggalah aku menjadi seorang guru...
Setakat ini perkara yang paling penting pernah ku lakukan ketika musim cuti sekolah adalah tarikh pernikahan ku iaitu pada Disember 2004...yang lain aku dah tak berapa nak ingat, mungkin tak berapa penting kot..
Apa perkara yang berfaedah aku nak buat untuk cuti sekolah ni...
Pertama; Hari jumaat ni, InsyaAllah aku nak masuk satu bidaan rumah lelong Di Good Hope Hotel, Skudai JB...ala..rumah murah-murah jer....baru nak blaja..cadangan nak buat sewa rumah ni..harap-harap dapatlah aku dengan harga reserve..tp masalahnya bank draft pun tak buat lagi..aku dok tunggu duit dari akaun OD aku disburse...lambat betul lah...kalau esok tak disburse gak terpaksalah aku korek akaun2 yang lain bagi cukup 2k
Kedua: aku nak pergi bercuti ke Langkawi..(langkawi jer...) sepanjang aku 5 tahun aku berkahwin ni, rasanya cam tak penah gi mana2 pun...bukannya kedekut tp faktor ekonomi tak mengizinkan...kekadang keinginan kita terpaksa dikorbankan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik...Keadaan ekonomi kita bukan orang luar tahu...
Ketiga:...perkara ketiga dan seterusnya aku tak pasti lagi...tapi cam besalah aku kena buat jadual waktu untuk 50 orang guru sekolah aku nanti waktu cuti sekolah ni...harap2 takda cikgu nak komplain pasal jadual waktu ni...selama ini aku dah buat yang sehabis baik dalam menyiapkan jadual waktu sekolah..
Rasanya setakat ni saja kot untuk post kali pertama ni..wife aku dah nak balik kerja...putera aku pun dah menggatal tangan nak main daptop ni....(anak aku panggil laptop ni daptop...pelat)