Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, May 19, 2011

Lelong Bank Rakyat- Ehsan Auctioneers

Pada 22 Mei ini terdapat beberpa rumah di Bandar Seri Alam, akan dilelong...Antaranya adalah rumah di Pangsapuri Sri Intan dan Sri Ilham dengan harga reserve yang amat berpatutan...Sila rujuk laman web Ehsan Autioneers ataupun terus ke Bank Rakyat Masai untuk menngetahui lebih banyak lagi rumah yang dilelong... Tempat lelongan adalahdi Grand Paragorn pada pukul 2.00 petang

Tuesday, May 17, 2011

Lirik Boria (Menang pertandingan sempena hari guru)


ASSALAMUALAIKUM, KAMI UCAPKAN
KEPADA RAKAN GURU DAN MURID SEKALIAN
BORIA HARU BIRU KAMI PERSEMBAHKAN
MARI DENGAR JANGAN MALU JANGAN SEGAN


HARI HARI MASUK HUTAN DOK MEMIKAT MERBAH
SERONOKNYA TENGOK MERBAH DOK MAKAN BUAH
GURU BESAR KITA NAMANYA LAH ENCIK TUAH
SEGAK ORANGNYA, KACAK LAGI MUHIBAH...


CIKGU SEKOLAH KITA, HEBAT-HEBAT BELAKA
DISURUH WAT KERJA TAK PERNAH PUN NAK BERKIRA
CIKGU SEKOLAH KITA, CANTIK TAMPAN BELAKA
SENTIASA BERJANGOK, BERHIAS TAK KIRA MASA


ENCIK AZIZ PULA GURU PK SATU
ORANGNYA NAMPAK TENANG DAN SENYUM SELALU
PAGI-PAGI LAGI, DIA BUAT RELIEF DULU
SESIAPA YANG DAPAT, KEKADANG BERBULU


GURU PK HEM KITA, NAMA ALIMAH
REGISTER DAN KAK MAH TAK DAPAT DIPISAH
ORANGNYA TEGAS, LAGI BERHEMAH
NAMUN BELIAU TETAP PERAMAH


YANG INI PULA NAMPAK CUTE DAN JUGA MANIS
WALAUPUN MURID KATA MUKA NAMPAK BENGIS
HAJI DARINDI PASANGANNYA YANG ROMANTIS
ITULAH DIA PK KO YANG BERNAMA KAK MIS


CIKGU SEKOLAH KITA, HEBAT-HEBAT BELAKA
DISURUH WAT KERJA TAK PERNAH PUN NAK BERKIRA
CIKGU SEKOLAH KITA, CANTIK TAMPAN BELAKA
SENTIASA BERJANGOK, BERHIAS TAK KIRA MASA


MENANG ATAU KALAH, PERKARA BIASA
NAMUN RUMAH BIRU TETAP AKAN JADI JUARA
HIJAU, KUNING, MERAH DEPA DAH BIASA KALAH
KALAU TAK PERCAYA, NANTI KITA TUNGGU SAJALAH


PERSEMBAHAN KAMI, KINI BERAKHIR TAMAT
KEPADA SEMUA, KAMI TABIK SERTA HORMAT

Skim Kenaikan Pangkat Baru...Adakah benar-benar menyeluruh???

Setiap tahun, pada 16 Mei pasti dinanti-nantikan lebih kurang 400000 guru di Malaysia, bukan sahaja kerana tarikh berkenaan Hari Guru, tetapi nak mendegar habuan yang bakal diterima sempena Hari Guru tersebut... So tahun ini PM telah mengumumkan berita berkenaan Skim Kenaikan Pangkat yang baru dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari depan... Skim ini dikatakan dapat memberi peluang kepada seluruh warga guru di Malaysia...
Apa pendapat anda?...adakah terdapat lompang di sana sini berkenaan skim yang baru di perkenalkan oleh PM kita?... Apa agaknya pangkat Guru Wibawa dan Pendeta Guru ???..Boleh dapat ker???

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

 




Rasanya tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan selamat hari guru kepada diri aku sendiri dan juga semua guru yang ada di Malaysia ini, khususnya guru-guru dan warga pendidik yang pernah mengajar aku sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah, pusat matrikulasi dan juga di universiti. Juga tak lupa kepada semua rakan seperjuangan di SK Seri Alam 2...Seseungguhnya menjadi guru di masa ini merupakan satu cabaran yang besar...Janganlah berputus asa dalam mendidik anak bangsa yang tercinta...
Kepada anak-anak murid sekalian,Tiada apa yang menggembirakan hati seorang guru di Hari Guru melainkan ucapan Terima Kasih Cikgu...bukanlah hadiah yang dipinta...cukuplah sekadar satu ucapan yang mampu membuatkan guru anda menitis air mata