Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

buat pasport...

Hari ini aku ambil keputusan untuk memperbaharui pasport aku yang dah mati thn 2007... kalau dulu buat pasport kat kuantan senang jer...kejap jer takyah tunggu lama...itu kisah 8 thun lepas kat kuantan...
Hari ni buat pasport kat JB...memang satu suasana yang lain sekali...Ambil nombor giliran pukul 11.45 dan siap hantar borang hanya pada pukul 3.30 petang...no giliran waktu aku amik tu 184...manakala nombor giliran aku ialah 436...korang boleh bayangkan berapa ramai orang di depan aku....tu pun tak sempat nak ambik pasport lagi sebab aku ada hal...minggu depan lah baru aku amik pasport baru ni...
So aku nasihatkan sesiapa nak buat pasport kat JB ni...peruntukkanlah masa sehari anda betul-betul di Imegresen tersbut...jgn ada hal lain plak...sebab masa anda sudah tentu dihabiskan di sini jer...palik tidak 2 hingga 3 jam...unlesss, korang beratur dari pukul 7.00 kat kaunter nombor giliran...sediakan jugaklah makanan ringan yang boleh dimakan...bawak air masak ker..ataupun bahan bacaan supya masa anda tidak disia-siakan...tapi kebanyyakan orang yang aku tgk baca s/khabar jer dan budak2 plak main game kat handphone...
Unutk pengetahun semua, Imegresen bahagian pasport ni dibuka setiap hari...Isnin-Ahad...takda rehat...
Isnin hingga Khamis dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang...Hari Jumaat sama jer macam Isnin-Khamis cuma ada rehat sekejap time tengahhari...tp untuk kaunter khas ianya dibuka...
Sabtu-Ahad plak dibuka dari 8 pagi hingga....(tak ingat plak)

Saturday, October 30, 2010

Tiram Indoor Waterpark (2)

Yang ini mainan untuk budak2 bawah umur 8 yahun kalau tak silaplah...


ini plak, mainan yang sama macam kat atas, tp rasanya tuk umur bawah 10 tahun...besar sikit dari yang kat atas tu
ha...yang ini gelongsor
gelongsor gak untuk budak kecik...
mainan ni kalau nak sewa kena bayar rm10 untuk sejam...mahal bai...nak sewa yang lain ada seperti gambar di bawah ni...



RM5 tuk 2 jam

rm3 tuk 2 jam
no time limit....
 yang ni plak...kolam tuk org dewasa...air adalah paras dada aku...kalau dah boring main air paras lutut bolehlah berenang sikit kat sini

Saturday, October 16, 2010

Tiram Indoor Waterpark (1)

Hari ni aku sekeluarga bermandi-manda di Tiram Indoor Waterpark....dekat jer dari rumah aku ni lebih kurang 25km jer...Sebenarnya aku ada dapat tiket percuma untuk kanak-kanak, dapat dari guru prasekolah kat sekolah aku...so memang plan nak gi pun...cuba tgk apa menarik...
Taman air ni terletak di Pasaraya Besar Todays di Ulu Tiram, jaraknya lebih kurang 20 km dari JB, 25 km dari Pasir Gudang, 25 km dari Kota Tinggi...dari Seri Alam lak kalau area rumah aku 25km lah... tp kalau area rumah Jalan Bayu, Bukit mungkin dalam 20km jer...dari Jalan Rimba ke highway PG jer dah 5.2 km tau...
Dalam Todays tu taman air ni terletak di tingkat LG, so sesiapa nak cari parking cari are LG...senang jer kat setiap tiang tempat parkir tu ada tulis tingkat...
Masuk2 first sekali aku tgk bayaran dulu...Untuk pengetahuan semua...weekdays bayaran dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10, manakala weekend dan cuti umum dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15... kanak-kanak hanya di bawah umur 12 tahun...
masuk jer ada dalam kawasanna di kanan ada jual barang cenderamata...tak plak aku jengah kedai tu...sebab macam takda menda yang nak dibeli...terus sewa locker...satu locker RM3...tapi tak puas hati betul...locker tu hanya boleh digunakan sekali sahaja...gunakan coin...Apa maknanya sekali sahaja?...ini bermaksud setelah anda tutup locker anda dan buka untuk mengambil barang dah tak boleh tutup lagi...so kena plan dengan bijak...hanya barang yang takkan digunakan sehingga anda betul2 keluar sahaja yang sesuai disimpan di dalam locker tersebut...
Mula-mula zaim takut nak mandi, bukan takut apa, sebenarnya dia baru bangun tido so mamai-mamai sket...
lepas dah hampir 1/2 jam dia plak ligat nak main... Di sini aku sertakan beberapa gambar permainan yang ada dalam waterpark ini...(setelah beberapa minit)
tak jadi aku sertakan gambar....gila babai lambat nak upload...aku akan sertakan gambar di episod seterusnya...tak banyak permainan yang ada dalm waterpark ni...yang ada cuma
1. gelongsor air (berwarna biru)
2. tempat mainan kanak-kanak (ada 2) ala yang macam kat taman mainan tu, ada gelongsor pusing-pusing
3. kolam untuk org dewasa di seblah atas
itu jerlah, termasuk 2 bot  besar yang terpaksa direbut oleh ramai orang...rasanya yang lain dah takda menda dah....air jer lah... satu lagi mainan kanak-kanak macam bot kayuh perlu disewa dengan RM 10 untuk satu jam...mahal gilax
cuma yang menarik ada replika haiwan macam dolphin, octopus, kuda laut, jerung...so bolehlah tankap gambar sebab scenenya yang menarik..
kalau nak sewa pelampung pun boleh...harganya...
1. pelampung kecik RM3 untuk 2jam
2. pelampung besar RM 5 untuk 2 jam
3. pelampung lagi besar RM 10 untuk 2 jam
**** tak kira besar mana pelampung tersebut ianya hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja...
4. bola kecil RM2 tiada had masa
5. bola besar RM 3 tiada had masa....
Kemudahan lain yang disedikan cumalah tempat persalinan...mungkin kerana masih baru tandas dan tempat persalinan dalam keadaan tip top...Ada juga gerai-rerai makanan dibuka di kawasan luar tampat mandi...harga tak tahu plak...sebab tak jengah pun
kepada sesiapa yang tak bawak pakaian untuk mandi, pakaian mandi pun ada disediakan...boleh disewa...
kira2 hampir 2 jam jugak aku sekeluarga berendam di sana...
Kesimpulan yang dapat aku buat ialah...tak berbaloi bayaran yang dikenakan dengan permainan yang disediakan...badan aku plak gatal2 abis mandi...baik aku mandi kolam kat Kem Kaizen minggu lepas, tak gatal pun badan aku...sambung next episod untuk lebih banyak gambar