Macam tak percaya, jika nak bandingkan dengan usaha yang aku lakukan...Apa-apapun Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...
Blog ini hanya dicipta untuk meluahkan apa yang patut diluahkan...Ianya sekadar memenuhi ruang dan peluang yang ada pada seorang guru...
Showing posts with label UTM. Show all posts

Friday, June 24, 2011
Friday, April 22, 2011
Rangkuman cerita bulan April
Rasanya ini post aku yang pertama untuk bulan ini...rasa berat betul tangan hendak mencoretkan luahan isi hati...
Walaupun dah lama tak tulis,tapi aku akan rangkumkan semua apa yang berlaku dalam bulan ini...InsyaAllah...
Pertama sekali aku nak ceritakan pasal GB baru aku...ternyata apa yang aku sangkakan meleset...rupanya En Tuah ni seorang yang peramah...senang untuk diajak berbual...seperti apa yang dia pernah ucapkan dalam mesyuarat...dia memang perlu nampak tegas di awal kemunculannya...kesimpulannya di sini...JGN CEPAT MENILAI SESEORANG ITU TANPA ANDA MENGENALINYA TERLEBIH DAHULU...
Kedua...dalam bulan ini jugak dah 2 orang rakan guru sekolah kami berpindah...yang pertama,Pn Saadiah Ahmad...dinaikkan pangkat sebagai GPK Petang di SK Kota Masai...dan seorang lagi En. Mohd Nizam...bergerak ke PPD PAsir Gudang sebagai FasiLINUS...Tahniah diucapkan kepada mereka berdua...tetapi apa yang merungsingkan aku adalah...siapa bakal menggantikan mereka...
Bagi Pn Saadiah, siapa bakal mengambil alih 4 kelas BI beliau...dahlah cikgu BI tak cukup...kalau ikutkan TP rasanya macam tak cukup 4 orang guru BI...so guru BI sekolah kami ni dah caca marba...budak pun belaja lintang pukang...
En.Nizam pulak?...dia ni guruLINUS tahun 1 dan tahun 6 Matematik...pun jugak satu kekosongan yang sukar hendak diisi oleh guru2 lain...siapa yang nak ngajar tahun 6?tahun 1 yang KSSR?... tapi apa-apa pun sudah ada guru bakal menggantikan beliau...kalau tak suka pun nak buat macam mana...terima ajerlah...selamat datang ke tahun enam...tahniah kerana menjadi ahli baru di tahun enam...
Perkara ketiga... bulan ni merupakan bulan terakhir kelas di UTM untuk semester ni...Alhamdulillah...minggu ni adalah minggu yang rasa sanagt terbeban...
1.kena siapkan kajian MPF1523-Rabu
2. buat artikel MPF1523-Rabu
3. nak bentangkan hasil kajian MPF1523-Rabu
4. ada mid-term xm MPF1523-Rabu
5.Ada short talk UHF6033-Selasa
6.hantar folio UHF6033-Jumaat
7. Pegawai dari PPD nak hadir...-Khamis
Tapi alhamdulillah, semua perkara yang menjadi beban tu berakhir dengan sesuatu yang positif...berjaya menyiapkannya dengan agak baik...pegawai dari PPD pun dah tak jadi hadir...diorang akan datang minggu hadapan...so dapatlah aku memurnikan lagi fail-fail dan apa sahaj yang perlu bagi menghadapi mereka pada minggu depan...
Perkara keempat...aku nyaris-nyaris mengisi borang perpindahan tukar...sebenarnya bukan nyaris lagi...aku memang dah isi pun...cuma berlaku kesilapan teknikal di mana aku tersimpan sementara dan kemudiannya tidak dapat dihantar...kalau waktu tu berjaya dihantar...jawabnya aku tergolong dalam mereka yang meminta berpindah...sebenarnya waktu tu aku rasa sedikit tertekan, kerana perlu menghadapi banyak kerja dalam satu masa, memandangkan kerja yang perlu dibuat tersebut bukanlah kerja aku...so aku rasa dah fed-up bertahun2 dok buat kerja yang sama...tapi alhamdulliah...keesokkanya aku dah rasa ok dah...aku sayang nak tinggalkan sekolah ni...sebab itu dalam eg tukar tersebut aku meletakkan syarat jika tiada kekosongan dalam sekolah yang dipohon, aku tak bersetuju ditukarkan ke tempat lain...nak tahu sekolah mana yang aku pilih...?
1. SK Taman Rinting 2
2. SK Taman Megah Ria
3. SK. Taman Rinting 3...
kenapa erk sekolah ni?...fikir-fikirkanlah....
Perkara kelima, kali ni aku akan cuba apply GC plak...walaupun sebelum ini aku bertekad tak nak apply GC, tapi kali ni aku cuba...rasanya kalau diikutkan kelyakkan, semuanya telah dipenuhi...cuma lemah tang buat esei jer...2 esei yang mempunyai panjang 500 pp...antara faktor yang aku pertimbangkan dalam memilih GC adalah...setakat ini tiada ruang untuk aku berkembang...mungkin menjadi GPK atau GB...belum dijelaskan lagi hala tuju sebenar guru-guru DG41 di sekolah rendah..so disebabkan itu aku memutuskan ambil GC..cuba mana tahu dapat...hehehe..
Perkara keeenam...aku nak siapkan portfolio dulu yer...esok nak hantar..
bye...

Thursday, February 17, 2011
Buku 1 Kaedah Penyelidikan
Ini adalah buku ketiga yang bakal aku beli untuk pembelajaran aku kat UTM ni...buku ni aku dah order minggu lepas kat Badan Cemerlang dan aku akan ambik esok ...Buku ni di cadangkan oleh Caei...nampak dalamnya tersusun kemas...so aku pun beli jer...apalah sangat dengan ilmu yang aku boleh perolehi...lagipun aku memang blur dengan research2 ni...maklumlah graduan UUM..ada ker kita buat research ni...
Buku 2 pasal statistik aku dah oreder kat badan...mungkin next week dapat kot

Sunday, January 9, 2011
Gaya-Gaya Kepimpinan dalam Pendidikan
Ini pula buku kedua yang aku beli sejak menjadi pelajar UTM ni...yang ni sahaja jer aku beli sebab aku nanti kena buat tugasan berkenaan gaya kepimpinan..iaitu teori kotigensi...so saja jer beli buku ni cari maklumat penting...yang Bahasa Melayu ni takpalah aku nak beli...kalau yang BI aku pinjam kat library jer lah...tp kalau lecturer syorkan aku beli..InsyaAllah aku beli...tak tahu napa aku lebih suka beli buku dari photostat...harga lak cuma RM27...beli di Angsana jugak..
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan
Saturday, January 1, 2011
Cabaran 2011
Tahun 2010 baru jer berlalu...kini dah masuk tahun 2011...Banyak perkara berlaku di 2010 yang aku sendiri pun dah tak ingat...Untuk 2011 ni yang pasti adalah tahun cabaran bagi kami sekeluarga...aku...izan dan tak lupa juga putera kesayangan kami...zaim
Untuk aku...2011 ni merupakan tahun dimana aku menjadi pelajar kembali...dah lama tinggalkan bidang pelajaran ni...terakhir sekali di Maktab Perguruan Kota Bharu tahun 2004 sebagai guru pelatih KPLI...tapi sebenarnya setiap hari kita belajar...betul tak?... So cabarannya...aku perlu biasakan diri untuk ke kelas di seblah petang...mungkin 3 kali seminggu...kelas biasanya pukul 4 hingga 7 petang...biasanya sebelum ni balik sekolah jer aku tido...so skang dah kena tune aku punya masa tido...
Untuk isteri aku lak...dah tentu 3 Jan ni pengalaman pertamanya bekerja dalam kerajaan...ni kerja dia yang keempat rasanya setelah kami bersama-sama habiskan degree di UUM...so kalau sebelum ni di Yayasan Bandaraya Johor Bahru kerjanya agak relax sedikitlah pada pandangan aku...dah tentu di tempat kerja baru ni berbeza dengan mungkin rakan-rakan staf yang ramai...
Untuk zaim plak...dah tentu tahun ni dah masuk tadika..Pintar Bistari...so dia pun dah masuk ke alam belajar secara formal...dah ada kerja rumah...so takleh lah asik nak tgk kartun jer...dah tentu kena marah ngan aku kalau buat kerja sekolah tak betul...sian dia baru 5 tahun dah kena marah dengan ayah dia pasal kerja rumah yang tak betul....
Apa-apa pun cabaran yang perlu ditempuh oleh kami sekeluarga...perlu dihadapi...untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang...InsyaAllah...

Tuesday, December 28, 2010
Student UTM
Macam tak percaya jer esok aku akan register sebagai student kat UTM...Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar...Ya Allah berikan aku kekuatan untuk aku tempuhi semua dugaan dan rintangan sepanjang aku menjadi pelajar UTM ini....semua perkara yang patut di buat rasanya dah dibuat...dokumen pun rasanya dah lengkap...cuma satu perkara sahaja lagi..yuran...aku tak dapat nak bayar guna CIMB clicks...nak request TAC tak dapat2...so dah cal pejabat bendahari ...diorang kata boleh bayar cash...so esok bawak tunai ajerlah...
Subscribe to:
Posts (Atom)