Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Darab Kaedah Tiang...

Ini adalah alternatif  kepada  mendarab 2 nombor  yang telah kita pelajari dari dulu lagi. Kaedah ini telah diinovasikan oleh seorang guru matematik dari SK Maran Pahang. Oleh kerana aku telah uploadkan di dalam Youtube bagi tujuan dikongsikan bersama rakan-rakan Math dalam group facebook...so aku masukkan lah sekali dalam blog aku yang dah lama aku tak update nik...So kepada guru-guru yang mungkin dah buntu nak cari idea baru mendarab inilah kaedah yang mungkin boleh digunakan. Kaedah ini adalah hampir sama dengan kaedah lattice yang ada didalam buku teks...Selamat mencuba  

Thursday, December 8, 2011

Penantian yang masih belum terjawab...

Minggu ini, perkara yang mungkin hangat diperkatakan, terutama kakitangan awam adalah SBPA...skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam...dari hari ke hari menunggu apakah ini satu berita yang baik bagi kakitangan awam di negara ini...banyak juga blogger yang menulis berkenaan SBPA ini...maka macam-macam mazhab muncul...macam-macam teori keluar...
Hari ini segala-galanya hampir merungkai segalanya...Pekeliling telah dikeluarkan...tapi masih ramai yang mengeluh nak membacanya...ialah berapa lama nak baca hampir 100 muka surat..kalau dah baca macam aku pun belum tentu faham semuanya...adalah faham yang sikit-sikit...so nak senang tunggu jerlah taklimat yang bakal diberikan oleh jabatan masing-masing...Mungkin jabbatan lain senang kot...Bagaimana dengan CIKGU?? Ramai jugak yang mengeluh,kerana golongan ini perlu membuat pilihan dari 16-30 Disember ini..MAklumlah sekarang ni kan cuti sekolah...macam-macam kes ada...ada yang dah beli tiket kapal terbang ke Sarawak selepas dari tarikh tu..mungkin 1/1 ker...sian cikgu yang kena macam tu..
Tapi seperti yang sedia maklum...pasti yang ramai ingin lihat adalah JGS...Jadual Gaji sebaris yang menggantikan JGM...tapi tak ada dalam pekeliling tersebut...Lampiran C yang sepatutnya ada dalam pekeliling itu pun tidak diuploadkan...LAmpiran berkenaan adalah menunjukkan cara pengiraan pergerakan gaji bagi tahun 2012 dalam pelbagai situasi...So...penantian masih belum terjawab...


Kepada sesiapa yang belum membaca pekeliling ini..silalah rajin-rajin membaca DISINI

Wednesday, November 30, 2011

Opsyen SBPA dan Lanjut Usia Persaraan

kepada semua guru-guru di Malaysia...perkara baru yang anda perlu tahu....

Terdapat 4 pilihan diberikan dan 2 laluan kerjaya seorang guru...

sama-sama kita nantikan...

klik Link ini....SBPA

Wednesday, July 27, 2011

Score A vs Zoom A





 
Pada pandangan anda yang manakah mempunyai value for money yang lebih tinggi ...Program Zoom A yang hanya memerlukan RM10 sahaja ataupun Score A yang menelan ratusan ringgit malah mungkin beribu ringgit..

Hari ni aku terlibat dalam taklimat berkenaan program Zoom A...sebenarnya taklimat program tersebut hanya selingan disebalik program pemantaun audit bagi program Tusyen Hikmah...Di bawah Yayasan Pelajaran Johor dan JPN...seramai 6000 murid yang menjalankan tusyen Hikmah diberi tiket percuma RM10 bagi membenarkan akses ke laman zoom-A...
4 tahun lepas sebenarnya aku dah bertemu dengan Zoom A ini....tetapi oleh keranan kedangkalan pengetahuan berkenaaan program ini...aku abaikan sahaja...sehinggalah ke hari ini...aku dapati program ini sebenarnya satu program yang amat baik...RM10 jer beb...untuk sepanjang tahun....mana nak dapat?...Score A boleh ker? Mungkin penyampaian oleh pegawai pemasaran Zoom A menyebabkan pengetahuan berkenaan program ini begitu jelas...terima kasih En.Lim...seorang yang berbangsa Cina namum hebat bertutr Bahasa Melayu....Anda telah membuka mata saya sebagai seorang guru mengenai kehebatan program ini...Jika sebelum ini pengetahuan berkenaan program ini hanya diberitahu oleh guru ICT sahaja...dan kita terpaksa explore sendiri mengenai kehebatan program ini...tapi hari ni ternyata ianya memang hebat...
Ramai ibu bapa sebenarnya memerlukan program sebegini...cuma masalahnya tiada pendedahan yang dilakukan kepada ibu bapa berkenaan kehebatan program ini...
Cuba bayangkan jika Score A yang menelan ratusan ringgit itu berjaya menarik ramai ibu bapa mmemasukinya...cuba lah Zoom A ni diwar-warkan...mesti berebut mak bapak nak join...Kesian melihat ibu bapa yang memang tercari cara untuk menjadikan anak mereka ini cemerlang...sanggup berhabis ratusan malahan ribuan ringgit untuk sesuatu programm yang boleh dibayar dengan RM10 sahaja...

So di sini aku sarankan pihak sekolah melalui PIBG mungkin boleh menghebahkan mengenai kehebatan program ini di sekolah kepada ibu bapa... RM 10 jer bang...setahun...untuk semua tajuk...semua tahun....