Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Rumah Lelong. Show all posts
Showing posts with label Rumah Lelong. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

kalah lagi...


Selepas seminggu kalah dalam bidaan pertama di mahkamah tinggi, minggu ni aku kecewa lagi...aku dapat rasanya keyakinan yang tinggi untuk dapatkan rumah ni..tapi nasib masih tak menyebelahi aku dan isteri...kali ni kami memcuba rumah di Flora Height yang berada di sekitar Bandar Seri Alam...RP hanya dalam 81k...target aku hanya setakat 130k dan itulah yang dilakukan wife aku ketika membida...nasib masih tak menyebelahi kami..pesaing lain menang dengan harga 135k...sayang sangat...rumah ni masih cantik dan dihuni oleh pemilik asal...nak buat macam mana...
Nampak gayanya aku perlu guna strategi lain untuk mendapatkan rumah lelong ni...nampaknya situasi sekarang adalah sukar nak dapatkan rumah lelong terutama di sekitar BAndar Seri Alam ni..mungkin juga aku kena meneroka sehingga ke Kota Masai...nampaknnya minggu depan pun macam ada terget menarik..tapi aku tunggu dululah...nak tunggu cuti sekolah biar aku sendiri yang pergi membida...sian kat wife hari ni dah cuti lagi...next week nak cuti lagi macam dah tak seronok lah pulak...aku plak memang tak dapatlah nak cuti...next week hari yang penting untuk sekolah...so berehat untuk 2 minggu dulu...
sekian...

Saturday, November 2, 2013

Kalah Lelong


Dari bulan lepas aku berazam nak dapatkan sebuah rumah lelong ni...dari 3/10 postpone ke 31/10 dia punya lelongan...Alhamdulillah tercapai gak aku nak bid rumah ni...Terima kasih kat wife aku kerana sanggup pergi buat bidaan kat mahkamah...aku tak dapat nak join maklumlah jauh lagipun susah nak dapat cuti ni...Kami kalah pada bidaan ini..reserve price 51k...tapi last sekali harga jatuh pada 92k..bincang ngan wife harga takat 78k sahaja...nampaknya takda rezeki kami...insyaAllah minggu depan nak cuba sebijik rumah lagi...harap-harap berjaya

Friday, January 13, 2012

Rumah Lelong lagi...

Agaknya dah lama aku tak update blog ni...hampir sebulan...so kali ni entri aku berkenaan dengan rumah lelong...sudah tentunya di Bandar Seri Alam...dah lama tak bercerita berkenaan dengan rumah lelong ni, walaupun secara senyap masih mencari rumah lelong yang berbaloi untuk dimiliki...Ada seorang hamba Allah bertanya berkenaan dengan rumah lelong di BSA ini...banyak sebenarnya tetapi kena rajin carilah...biasanya ada di dalam surat khabar metro...
Ada jugak kawan kata ada rumah lelong yang murah...betul memang murah...dan aku rasakan kalau nak beli untuk duduk memanglah berbaloi, tetapi kalau nak buat sewa macam aku ni..rasanya aku lepaskan sahajalah pada orang lain...
Di sini aku sertakan link untuk rumah lelong yang agak menarik di BSA ni bagi hbulan Januari...
Klik sini...
yang lain pun banyak...tetapi yang ini harganya agak berbaloi...tapi kalau berminat, jgn lupa pergi tanya kat management tentang tunggakan pelbagai macam...barulah buat keputsan 

Wednesday, July 27, 2011

Tak sangka yer...

Heran jugak aku...rasanya tadi aku dah postkan entri ni...tapi napa tak keluar lak???
Malam ni walau rasa mengantuk...tapi aku gagahkan diri untuk menulis blog ini...lagipun esok aku tak kesekolah...tak perlu hadir ke sekolah pukul 7.00 pagi...esok aku ada mesyuarat tusyen Hikmah di SK Angkatan Tentera Johor Bahru...
Aku tulis blog ni nak ucapkan terima kasih kepada 2 orang blogger yang sudi letakkan blog aku dalam blog list mereka...bukan apa...blog aku ni rasa cam tak bagus mana...tulis pun main ikut dan...takda niche...(betui ker)..
Blogger yang aku maksudkan adalah penulis blog Singgah Sejenak Nun Jauh di Damak dan blog Rumah Lelong Johor

Terima kasih untuk korang berdua...

Thursday, May 19, 2011

Lelong Bank Rakyat- Ehsan Auctioneers

Pada 22 Mei ini terdapat beberpa rumah di Bandar Seri Alam, akan dilelong...Antaranya adalah rumah di Pangsapuri Sri Intan dan Sri Ilham dengan harga reserve yang amat berpatutan...Sila rujuk laman web Ehsan Autioneers ataupun terus ke Bank Rakyat Masai untuk menngetahui lebih banyak lagi rumah yang dilelong... Tempat lelongan adalahdi Grand Paragorn pada pukul 2.00 petang

Tuesday, September 21, 2010

Lelongan Awam Maybank

Lagi Lelongan Awam daripada Maybank...
Tempat: Good Hope Hotel, Skudai
Tarikh: 30 September 2010
Masa: 3.00 ptg


Banyak hartanah yang mempunyai harga rizab yang baik...Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan surat khabar Metro hari ini...21/9/2010

Saturday, September 18, 2010

Sri Intan



Lelongan Awam di Suite 16.02, Tingkat 16, City Plaza, Johor Bahru 

Tarikh: 28/9/10
Waktu: 3.00 petang
RP:RM36139
Lokasi Rumah: 03-04 Blok F, Sri Intan, Bandar Seri Alam...