Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Suka-Duka. Show all posts
Showing posts with label Suka-Duka. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Cerita 25 Mac 2015

Alhamdulillah....cerita pertama di tahun 2015... cerita pertama tahun ini dimulakan dengan cerita 25 Mac....
Alhamdulillah...isteriku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel seberat 3.33kg pada pukul 3.35 pagi. Perjalanan dalam menempuh saat saat manis ini pun nampaknya begitu smooth dan dipermudahkan...
Pada malam 24 Mac, wife telepon aku lebih kurang pukul 9 mengatakan yang dah dia dah keluar tanda nak bersalin...Semasa tu aku tengah mengajar di kelas tusyen...wife pesan supaya tak tergesa gesa kerana belum sakit lagi...Jadi aku menghabiskan tusyen aku pada malam tu...
Wife dah bersiap sedia dengan kain batiknya, manakala Zaim tengah tidur di tilam...Sempat lagi aku melepaskan hajat dan sembahyang isyak...sebelum ke hospital zaim dihantar ke rumah ayah din...
Aku memandu kereta dengan keadaan santai tanpa tergesa gesa....sampai di hospital Sultan Ismail lebih kurang pukul 11 malam...aku drop wife di ER...kemudian pergi park kereta...setelah park kereta pergi ke ER dimaklumkan wife dah ke bilik saringan...naik ke bilik saringan dimaklumkan pula wife sudah berada di labour room...hati dah agak berdebar...
Menunggu di luar bilik saringan lagi menyebabkan aku tak duduk diam...nurse panggil nama untuk mendapatkan persetujuan masuk ke labor room dalam kul 1 pagi...bukaan servik katanya baru 4 cm dan perlu menungggu 10 cm di mana anggaran bukaan sebanyak 1cm setiap satu jam...
aku rasa cam lapar dan terpaksa keluar labor room mencari makanan di luar hospital...cari mamak sayed dengan makan mee goreng mamak...balik hospital dalam kul 2.30 pagi...tengok wife mcm mula menunjukkan sakit yang amat setiap 2-3 minit...Sepanjang berada dalam labor room cuma ada aku, wife dan nurse sahaja...Dalam kul 3.20 aku disuruh tunggu diluar labor room, tertanya gak kenapa...lebih kurang 5 minit disuruh masuk katanya dah nak deliver...macam tak percaya...
so aku membantu nurse apa yang disuruh...Akhirnya anak lelakiku berjaya dilahirkan sekitar 3.35 pagi...

Friday, January 24, 2014

Coretan pertama 2014

Alhamdulillah dah 2014 pun...baru tergerak nak mencoretkan sesuatu dalam blog yang dah lama bersawang ni... bukan apa...aku rasa inilah cuti yang aku rasa betul2 cuti sepanjang januari 2014 ni...so sebelum pergi ke cerita 2014 aku nak sorot kembali kisah 2013 yang mana sempat aku rekod dalam kepala aku lah...2013...tahun ke-9 aku mengajar di SKSA2..so bermakna aku pun dah naik gred ke dg44...alhamdulillah....tahun ni jugak aku mendapat khabar gembira yang wife aku mengandung...tapi Allah Maha Mengetahui apa yang diaturkanNya...belum ada rezeki kami...hujung tahun dalam bulan 11 dan bulan 12...masuk bidding rumah lelong...tapi kedua-duanya gagal...tak berjaya...percutian sepanjang cuti sekolah hujung tahun membawa kegembiraan dan juga kesedihan apabila kereta aku terlibat dengan kemalangan...dilanggar motor....nasib baik semua selamat....
Beberapa perkara yang  menggembirakan bakal dan sudah aku terima sepanjang 2014 ni...Antaranya aku dah menyempurnakan master aku...alhamdulillah ...dan juga bakal mendapat rumah baru di kulaijaya...rumah kampung jer....masih banyak yang perlu dirancang pada tahun ini...tertakluk kepada masa dan ruang yang ada...
Aku juga ingin ucapkan terima kasih kepada yang melawat blog usang aku ini dan telah menelefon aku bertanyakan rumah kat BSA ini...kalau aku sempat tengok akan aku tolongkan...tapi jangan mengharap sangat...aku ni bukan ejen rumah sewa yer....
sekian untuk kali ini..jumpa lagi..

Friday, July 22, 2011

Maafkan saya...

 

Semalam sepatutnya aku  menulis berkaitan dengan isu mendenda murid di dalam kelas... Jika anda seorang guru sudah pastinya anda mempunyai jenis-jenis hukuman yang dilakukan untuk memastikan anak murid sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid... Setiap hari kita berfikir macam mana nak mengatasi masalah tak siap kerja sekolah...malas datang sekolah....tak beri tumpuan dalam kelas dan macam2 lagi. Aku rasa korang bukan seorang guru jika tidak memikirkan perkara-perkara seperti ini...
Bagiku yang merupakan seorang guru yang masih baru,pendekatan seperti mendenda dengan pembaris, berdiri di dalam kelas, guna rotan,cubit, piat telinga dan macam-macam lagi telah aku lakukan bagi memastikan murid mengubah sikap mereka daripada malas kepada rajin...tapi kebiasaannya denda yang aku lakukan akan ku maklumkan terlebih dahulu sebelum mereka membuat kerja yang aku berikan...
Berbalik kepada apa yang hendak aku ceritakan sebenarnya....minggu ni aku menerima mesej di FB yang mengucapkan terima kasih kerana memukul tangan anaknya...sebenarnya lahir juga rasa risau apabila menerima mesej berkenaan keranan dikhuatiri mempunyai niat yang berllainan... Alhamdulillah...ibu murid berkenaan ikhlas mengucapkan terima kasih....Terima kasih puan....
Satu lagi kes berlaku hari ini...murid kelasku berpindah sekolah kerana takut akan aku katanya...
Maafkan cikgu....