Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Teks Pengacara. Show all posts
Showing posts with label Teks Pengacara. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H Surau AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam


TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA)
BANDAR SERI ALAM


Ø      Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan   kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
@ Assalamualaikum w.b.t.
     Yang dihormati Ustaz Mohammad James,  Pengarah Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz, yang berusaha En Pajar bin Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba) Bandar Seri Alam, serta ahli jawatankuasanya,  dan para hadirin yang rahmati Allah sekalian.

@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis mempersilakan.

@ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Ismail Nasirrudin Shah untuk membacakan doa. Dipersilakan.

@ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail Nasirudin Shah di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

@ Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan ………………………………………………….untuk mempersembahkan marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan.

@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed James yang diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohammad James di atas ceramah  yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar  dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis mempersilakan
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah  majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam.

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz Mohammad James diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk  ke majlis santapan...

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali


Sunday, June 6, 2010

Skrip MC dari Cikgu Zaki

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH SURAU AL-MUKMIN




Ketibaan tetamu kehormat

Kata-kata Aluan MC

Sejambak Kasih Sekalung Kenangan

Majlis Nan Indah Tuan Puan Budiman

Selamat Datang, Selamat Bertandang,

Menjunjung Kasih Mengharum Kenangan


 

Bukan Talam Sebarang Talam

Talam Manis Si Buah Bidara

Bukan Salam Sebarang Salam

Salam Dengan Budi Bahasa



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera




Yang Berbahagia


Dato Seri Haji Mohamed Khaled Bin Hj Nordin

Ahli Parlimen Kawasan Pasir Gudang

Merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia



Yang Berusaha,


En. Pajar Bin Ranting

Pengerusi Jawatankuasa Surau Almukmin Jalan Rimba



Yang Dihormati


Dif-dif Jemputan, Barisan Jawatankuasa,

Para penduduk Jalan rimba dan seterusnya Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.



Sesungguhnya Kami Jawatankuasa Surau Menghulurkan Salam, Menyambut Mesra Kehadiran Yang Berhormat Dato KeMajlis Pecah Tanah Tapak Surau Almukmin.




Antara matlamat program ini adalah untuk




..................................................................................................


Bacaan Doa

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Muslimin muslimat sekalian.

Awal Pertama marilah kita merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran Ke Hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis penuh bermakna ini.


Doa dipohon Restu Dipinta. Semoga Majlis ini mendapat barakah daripada Yang Maha Esa. Untuk menyempurnakannya, Majlis mempersilakan


En. Ismail bin .................................................... untuk memimpin bacaan Doa. Majlis mempersilakan........


*PEMBACAAN DOA*


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ismail di atas kesudian memimpin bacan doa sebentar tadi.


Majlis Tayangan Slaid

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Muslimin muslimat sekalian.

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan slaid yang akan dipertontonkan berkenaan proses penubuhan dan pembinaan surau al mukmin ini. Marilah sama-sama kita menyaksikannya.


*YB Dato dan hadirin menonton tayangan slaid.*

Begitulah tadi persembahan slaid yang telah ditunjukkan.


Ucapan Alu-aluan Pengerusi Surau Almukmin.


Tinta Diukir Bersulam Indah,


Ilham Dicipta Maksud tersirat

Ucapan Alu-aluan Pembuka wadah

Jalin Muafakat Terlaksana Hasrat


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Pajar bin ranting, Pengerusi Surau Al Mukmin jalan rimba untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.



Dengan segala hormatnya di Persilakan Tuan


*Ucapan Alu-aluan Pengerusi*


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Pajar Bin Ranting atas ucapan itu tadi.


Ucapan Perasmian

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Ranting meranti melampai di sisi


Duduk bertempat pasangan kelicap

Bicara dinanti Bicara berisi

Tetamu kehormat tampil berucap




Majlis dengan hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Haji Mohamed Khaled Bin Hj Nordin


Ahli Parlimen Kawasan Pasir Gudang

Merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Tapak Surau Al Mukmin Jalan Rimba.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.



*Ucapan tetamu kehormat*.


Meliuk lentuk bunga melati,


Tumbuh merimbun di dahan kenanga

Ucapan diberi penuh bererti

Menjadi Pedoman ke akhir usia.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Haji Mohamed Khaled Bin Hj Nordin


Ahli Parlimen Kawasan Pasir Gudang

Merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia

.

Rimbun menghijau pohon selasih,


Tumbuh serumpun di pinggir hutan

Majlis ucapkan terima kasih

Sekarang rasmilah majlis sambutan
Program menandatangani

Plat pecah tanah.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan YB Dato bagi menandatangani Plat perasmian dengan diiringi oleh Yang berusaha En. Pajar bin ranting.

Dipersilakan.
 
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang berhormat Dato Seri Haji Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Pajar Bin ranting untuk menyampaikan Cenderamata tanda penghargaan kenang kenangan. Dipersilakan Tuan

*(Tunggu sampai Dato Seri Khaled duduk)*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berusaha En. Pajar Bin Ranting.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri, di-dif jemputan dalam menjayakan Majlis kita pada pagi ini.


Daun Selasih daun pegaga


Daun limau banyak uratnya

Terima kasih tidak terhingga

Terima kasih atas segalanya

Majlis Bersurai/ Jamuan  

Majlis mempersilakan Yang berusaha En. Pajar Bin Ranting mengiringi Yang Berhormat Dato Seri dan tetamu jemputan untuk menikmati jamuan. Dipersilakan.












Disediakan oleh




Zaki Bin Mohamad


Penulis teks

MC hari Perasmian tapak surau al mukmin.