Pages

Peta Bandar Seri Alam

Showing posts with label Memanah. Show all posts
Showing posts with label Memanah. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Memanah di sekolah

Beberapa hari telah ku riki mencari tempat memanah yang sesuai kat sekolah, semalam baru aku dapat...akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan latihan memanah zaim di kawasan belakang sekolah bersebelahan blok baru...tempat yang sangat strategik dengan teduh dan ada bukit yang telah sedia ada...
perancangan seterusnya nak buat target stand.
amacam...cantik tak lokasi...

Saturday, November 29, 2014

Quiver (tempat letak arrow)...DIY

Semalam, oleh kerana Zaim kecoh suruh cari quiver ni, puaslah aku plan untuk cari benda ni...cari di beberapa kedai tak jumpa...idea asal nak buat quiver sendiri tercetus...sebelum ni dah ada layari intwrnet cara nak buat quiver sendiri...tapi banyak yang gunakan paip pvc...
akhirnya aku dapat idea lepas tengok seorang anak muda hanya guna tabung bulu tangkis jer buat quiver ni...quiver dia lagi sempou...just buat lubang kat tabung untuk letak hook supaya boleh disangkut kat seluar...
Ini hasil quiver yang aku buat bersama isteri demi puaskan hati zaim...ternyata dia puas hati...

aku hanya gunakan tabung bulu tangkis, gam, kain baju yang dah tak pakai....aku guna warna coklat biar nampak macam tradisioanal gitu..done...bolehlah sementara beli yang cantik betul...

Friday, November 28, 2014

Zaim dan Rolan Snake

Dari semalam lagi zaim dah tak sabar menunggu set memanah yang bakal dia terima....Alhamdulillah hari ini dapatlah dia bow Rolan Snake dan 1 dozen fiber arrow untuk permulaan...gajet yang lain nanti dulu yer zaim....ini pun dah RM450 melayang duit ayah...tapi rasa cam malam ni kena cari gak quiver ni...quiver tu adalah tempat letak arrow semasa kita nak memanah....ada side quiver dan back quiver...mahal jugak benda ni...



bila dah ok memanah nanti dah boleh berjinak dengan recurve...nanti beli recurve plak...boleh masuk pertandingan