Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, November 25, 2010

Tawaran Master...

pagi ni bukak emel...tgk2 ada emel dari UTM...
aku ditawarkan untuk sambung Master kat UTM...
Pengurusan dan Pentadbiran...tiba-tiba rasa cam berdebar lak bila dapat tawaran ni...bukannya apa aku ni masih dalam dilema samada nak sambung atau tidak...hantar borang dulupun main redah jer...
Ya Allah...berikan aku panduan dalam menentukan perjalanan hidup ini...
Sebenarnya banyak menda yang aku perlu ambil kira...pasal yuran tu aku tak kisah sangat...
yang paling aku kisah adalah pasal kenderaan...kereta dahlah sebijik...itupun org rumah bawak gi kerja..
takkan nak gi UTM naik moto buruk aku ni...takat nak gi sekolah bolehlah....
mmmm......

Wednesday, November 24, 2010

Gaji PM kita

Hari ini dalam Metro didedahkan gaji PM kita...pada firasat aku takdalah banyak sangat kalau nak dibandingkan tanggungjawab yang diamanahkan...Gaji PM kita ialah RM22826.65..TPM pulak RM18168.15 dan jemaah menteri yang lain hanya RM14907.20...Bagaimana dengan gaji anda???

Tuesday, November 16, 2010

buat pasport...

Hari ini aku ambil keputusan untuk memperbaharui pasport aku yang dah mati thn 2007... kalau dulu buat pasport kat kuantan senang jer...kejap jer takyah tunggu lama...itu kisah 8 thun lepas kat kuantan...
Hari ni buat pasport kat JB...memang satu suasana yang lain sekali...Ambil nombor giliran pukul 11.45 dan siap hantar borang hanya pada pukul 3.30 petang...no giliran waktu aku amik tu 184...manakala nombor giliran aku ialah 436...korang boleh bayangkan berapa ramai orang di depan aku....tu pun tak sempat nak ambik pasport lagi sebab aku ada hal...minggu depan lah baru aku amik pasport baru ni...
So aku nasihatkan sesiapa nak buat pasport kat JB ni...peruntukkanlah masa sehari anda betul-betul di Imegresen tersbut...jgn ada hal lain plak...sebab masa anda sudah tentu dihabiskan di sini jer...palik tidak 2 hingga 3 jam...unlesss, korang beratur dari pukul 7.00 kat kaunter nombor giliran...sediakan jugaklah makanan ringan yang boleh dimakan...bawak air masak ker..ataupun bahan bacaan supya masa anda tidak disia-siakan...tapi kebanyyakan orang yang aku tgk baca s/khabar jer dan budak2 plak main game kat handphone...
Unutk pengetahun semua, Imegresen bahagian pasport ni dibuka setiap hari...Isnin-Ahad...takda rehat...
Isnin hingga Khamis dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang...Hari Jumaat sama jer macam Isnin-Khamis cuma ada rehat sekejap time tengahhari...tp untuk kaunter khas ianya dibuka...
Sabtu-Ahad plak dibuka dari 8 pagi hingga....(tak ingat plak)

Sunday, November 14, 2010

sakit tangan....

ari ni sakit tangan kanan aku...main badminton pun terketar-ketar...tu yang balik awal tu...
macam manalah nak elakkan sakit ni berulang...kalau main badminton jer mesti sakit tangan...

Thursday, November 11, 2010

Persoalan berapa orang??? telah terjawab

Tahniah di ucapkan kepada murid-murid tahun 6, 2010 di atas kejayaan cemerlang di dalam UPSR 2010...khususnya kepada murid SK Seri Alam 2...Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus mengajar murid-murid sepanjang 2010 ini...
So..persoalan berapa orang telah terjawab...seramai 9 orang murid SKSA2 telah mendapat 5A dalam UPSR 2010...so ada sedikit peningkatan daripada bilangan 5A sebanyak 2 orang berbanding UPSR 2009...
 Peratus menguasai (lulus) juga meningkat...cuma tak dapat keputusan rasmi lagi, sebab analisa tak dapat diprint tadi...tetapi rasanya 65% berbanding tahun lepas 61.6%...Tahniah juga untuk diri sendiri...hihhihi

Murid yang dapat 5A
4A

Murid 5A bersama sebahagian ibubapa yang hadir