Rasanya masih tak terlambat ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010...Tahun baru ini dimulakan penuh dengan aktiviti di sekolah aku...bermula dari pendaftaran sekolah dan pembayaran yuran...sehingga lah kepada bank in duit yuran tersebut ke dalam bank...
Perkara yang best didengar di awal tahun ini adalah kemasukan 4 orang guru baru lagi di sekolahku dimana 3 daripada mereka adalah lelaki....guru lelaki ohhh guru lelaki....tanpa korang semua di sekolah tak tahulah cam mana jadinya sekolah...
Sebenarnya aku nak bercerita pasal yuran sekolah...Pada tahun ni di sekolah aku tak ramai ibu bapa membayar yuran anak mereka...daripada kiraan aku hanya sekitar 425 org sahaja yang membayar yuran berbanding murid disekolahku sekitar 900 orang...apa puncanya....kita cuba selongkari bersama....
Adakah ia berpunca dari keadaan ekonomi yang sedikit merudum...mungkin tidak? Mungkin ia dipengaruhi oleh kenyataan di medai mutakhir ini berkenaan yuran sekolah ini...So ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan boleh bayar lewat...sapa yang susah? sudah tentulah guru kelas yang nak mengutipnya.kesian kat guru kelas...sepanjang tahun ni korang pandai2 lah kutip yuran yerk..
Blog ini hanya dicipta untuk meluahkan apa yang patut diluahkan...Ianya sekadar memenuhi ruang dan peluang yang ada pada seorang guru...
Friday, January 1, 2010
Thursday, December 31, 2009
Gempur Pasir Gudang
Ini dia tagline baru PPD Pasir Gudang....aku rasa sepanjang awal tahun ini kebanyakkan sekolah di PG ini akan digempur...bermula dengan mesyuarat untuk GPK dan semua Panitia 4 matapeljaran teras utama pada 28/12...
Hari ini mesyuarat bagi Setiausaha Kurikulum dan Penyelaras Tahun 6... Sabtu depan(9/1) mesyuarat bagi semua guru2 tahun 6 yang dipecahkan mengikut matapelajaran...nasib baik matematik bertempat di SKTMR...so dekat sket..BM kat SKTPI, BI kat SKPG4 dan SN kat SK mana erk...tp area Johor Jaya rasanya...
Perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat yang aku nyatakan kat atas, tak lain tak bukan kerana prestasi PPDPG yang berada di tempat ke 9 dari 10 PPD yang ada di Johor...tempat ke10 adalah Kulai...nasib baik ada Kulai itupun dipisahkan dengan 0.01 GPS shj, manakala dari segi peratus adalah sama...Kenyataan ini dikeluarkan oleh En Ahmad Ali...bukan aku reka
Pengisian mesyuarat hari ini dimulakan dengan pembentangan program SKPG1 bagi subjek BI, SKKM subjek MT dan SKTR2 subjek SN...banyak jugaklah program yang boleh aku laksanakan untuk tahun 2010 ni...antara yang aku nampak menarik adalah program Mento Mentee dan Home Test....tp aku nak ajust sket Mento Mentee diorang buat ni...kebanakkaan sekolah buat Mentor dan Mentee adalah murid...tp pada kau kat sekolah aku menda ni takkan jalan punya...so ubah biar Mentor cikgu sekolah...biar sama merasa bebanan cikgu tahun 6...
Habis pembentangan 3 sekolah tu, ucapan penutup En Ahmad....lama gila dia berucap...tp bestlah sebab banyak fakta...
Mesyuarat abis kul 1.00 petang...

Wednesday, December 30, 2009
Mesyuarat Pertama 2010
Hari ni mesyuarat pertama bagi cikgu2 SKSA2...setelah 2 hari pertama ada taklimat sikit2 oleh GB dan GPK2nya...Beberapa perpindahan berlaku tahun ini...Ramli dah ke SKPJ3...kak Anita jadi GPK Pend Khas kat sekolah mana ntah..Kak Normah naik GPK Pend Khas kat sekolah aku...perkara yang tak bestnya aku kena adjust jadual sket...Sylvie pindah di saat2 akhir...siapa nak ganti Sylvie jadi guru media?.....aku rasa ada cikgu yang layak jadi guru media especially yg lelaki...macam ariz dan johan....tetapi napa lak nak amik gak cikgu yang belum tentu tahu pasal media2 ni....takpa kita ikutkan sahaja...(yang bestnya guru media ni di luar norma...so waktu sket jer....) tapi sebenarnya kerja diorangpun banyak...yg jadi diorang macam takda kerja kerana takde pantauan pasal bidang kerja diorang ni...
Hari Isnin baru ni...desas-desus aku dah tak pegang pengawas....aku tahu selama aku pegang pengawas ni macam hampeh jer...aku pun tak puas hati dengan reputasi aku sendiri..apatah org lain tgk...rupanya benar desas tersebut....aku dah tak pegang pengawas...ganti ngan member kamcing aku Sarimalan....aku tahu dia mesti bleh buat kerja ni punya...kerja dia ni memang tip top lah....
So jawatan aku tahun ni sama cam tahun lepas, bezanya aku dah tak pegang pengawas tetapi digantikan dengan unit lawatan...yang lain macam biasa...Penyelaras UPSR dan jadual waktu....oklahtu...
Dalam bilik mesyuarat tadi cuma perkara rutin shj yang diberitahu...buku panduan pun tak print lagi...so lebih kepada mendengar jer....GB adalah bagi beberapa teguran...macam tulisan dalam RPH buruk ..ngajor tokleh duduk...dan yang dia highlightkan "kita ni dah macam satu keluarga...bekerja di bawah satu bumbung"...
GPK plak just bagi tugas2 baru cikgu-cikgi..dan Kak Alimah cam besalah..sebagai HEM ditekankan pada jadual kedatangan murid....kesihatan...dsb.
Mesyuarat habis dalam pukul 11 tp disambung Asrol seblemu berehat pada 11.20 tp disambung lagi oleh Hjh Hafidzah untuk SMM sebelum berhenti kul 12.`15..Hari ini tokey kantin yang baru belanja makan semua guru....
Esok aku ada mesyuarat Penyelaras UPSR kat SK Tmn Megah Ria...mmmmm

Tuesday, December 15, 2009
Apartment/Condo Bandar Seri Alam
Seperti ang aku janjikan aku senaraikan plak kondo dan apartment yang ada kat BSA ni....yang lepas aku dah snaraikan beberapa flat yang ada...
Yang ni plak Summerpark Townhouse...aku tak berapa nak reti describe pasal area ni...yang pasti dekat ngan rumah aku...ramai gak askar dok kat sini..sebelah dia nanti akan terbina IPD Seri Alam yang baru dan kuarters polis sekali...
Dan yang akhir sekali ni The Country Tower....berada di kawasan yang tinggi di Seri Alam ni...dekat ngan Tesco ...boleh jalan kaki jer...McD pun dekat...sewa kalau yang fully furnished tu ada sampai RM1800...kemudahan yang ada aku tak tahu sgt..tak penah masuk...
Ini Vista Seri Alam...dalam ni ada beberapa jenis apartment...ada yang ada beranda dan tidak dan ada jugak townhouse dalam ni...Pada aku ni antara apartment yang paling menarik di BSA ni...lokasi memang strategik...aku pasti Vista ni bakal dipenuhi ngan budak UniKL, Uitm or Kolej Masterskill...kemudahan ang aku tahu lah...ada kolam renang dan access kad...sewa paling murah RM450 dan ada gak yang aku dengar sampai 1300 ringgit utk town house..
Apartment Seri Mutiara.....aku tak penah masuk...tp dari luar kalau aku tgk cam dah takda orang duduk...Lelong pun dah banyak...harga ada sampai tinggal 50 K jer...Sebelum ni penuh gak apartment ni dengan askar2 dari kawasan sekitarnya tetapi sekrang askar2 ni dah ditempatkan di Vista dan Summerpark...so suni sikitlah kawasn ni...sikit?...(tak sesuai lah.....sunyi banyak...kalau wat penggambaran cerita hantu macam sesuai gitu
Condo Octville Seri Alam...orang katalah kat sini orang jpun banyak...yer ke tidak tak tahu kebenarannya...tapi condo ni dok dalam Octville Golf Club...aku pun tak tahu ngat kewujudannya sehinggalah aku gi tgk Apartment Seri Mutiara yang kat atas tu...dia bersebelahan jer....aku amik gambar gate jer...sebab maleh nak masuk dalam...dah lah pakai moto kapcai aku tu...mau kena halau nanti...
Tuesday, December 8, 2009
Lelong Bandar Seri Alam- Disember (#2)
Auction Date: | 17/12/2009 |
| Auction Place: | Suite No. 1602, 16th Floor, City Plaza, Johor Bahru |
| Auction Time: | 3.00 pm |
| Property Description: | A three bedroom walk-up medium low cost flat/apartment |
| Land/Floor Area: (approximately in sq. feet) | 850 Sq. Feet. |
| Tenure: | - |
| Property Address: | H04-02, Block H, Pangsapuri Sri Intan, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Darul Takzim. |
| Reserve Price (RM): | RM 48,600.00 |
Auction Date: | 29/12/2009 |
| Auction Place: | Auction Room High Court Of Malaya, Jalan Dato' Onn, Johor Bahru, Johor |
| Auction Time: | 10.30 am |
| Property Description: | An intermediate lot double storey medium low-cost terrace house |
| Land/Floor Area: (approximately in sq. feet) | 72SQM Sq. Feet. |
| Tenure: | Freehold |
| Property Address: | No. 11, Jalan Tasik 32, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. |
| Reserve Price (RM): | RM 43,000.00 |
Subscribe to:
Posts (Atom)