Pages

Peta Bandar Seri Alam

Friday, November 28, 2014

Zaim dan Rolan Snake

Dari semalam lagi zaim dah tak sabar menunggu set memanah yang bakal dia terima....Alhamdulillah hari ini dapatlah dia bow Rolan Snake dan 1 dozen fiber arrow untuk permulaan...gajet yang lain nanti dulu yer zaim....ini pun dah RM450 melayang duit ayah...tapi rasa cam malam ni kena cari gak quiver ni...quiver tu adalah tempat letak arrow semasa kita nak memanah....ada side quiver dan back quiver...mahal jugak benda ni...



bila dah ok memanah nanti dah boleh berjinak dengan recurve...nanti beli recurve plak...boleh masuk pertandingan 

Sunday, November 23, 2014

Aktivit Baharu Zaim...mungkin lepas ni ayah dia plak




Memanah...
baru baru ni, aku berkesempatan untuk menjejakkan kaki ker Padang Awam Bdr Seri Alam bersebelahan SJKC Nam Heng bagi memenuhi keinginan aku untuk memberikan aktiviti kpd Zaim...
Alhamdulillah walaupun hari pertama macam Zaim tak berminat, pd hari ini dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari sukan outdoor yang semakin diminati ini...
Untuk pengetahuan semua aktiviti ini dijalankan oleh Rimayah AlAnsar yang memfokuskan kepada memanah tradisional, bukan memanah yang biasa kita tgk dlm pertandingan pertandingan memanah...
Zaim jugak dah tak sabar untuk menunggu kemunculan bow nyer...Rolan Snake...
entri seterusnya aku akan ceritakan tentang Rolan Snake dan target but yang aku buat sendiri...entah jadi entah tidak...tunggu

Saturday, September 20, 2014

Masjid Besar Bandar Seri Alam Dalam Pembinaan

Hari ni melalui Jalan Persisiran Seri Alam, jalan sepanjang IPD Seri Alam, ternampak signboard pembinaan masjid baharu bandar seri alam telah terpacak...Alhamdulillah, dah tak lama lagi dapatlah masjid yang baharu di bandar seri alam ni menggantikan masjid nurul hidayah di Jalan Tasek. Daripada signboard tu nampak macam nama masjid ni Masjid Besar Bandar Seri Alam
Buat masa sekarang ni telah ada dua masjid di BSA iaitu Masjid AlFalah di Jln Gunung dan Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek...seperti yang aku mentionkan tadi masjid baharu ni akan menggantikan masjid di jln tasek tersebut
Alang alang aku dah cerita pasal masjid aku tambahkan lagi info yang berkaitan dengan masjid ni... Buat masa sekarang juga surau di UNIKL telah menjalankan solat jumaat menjadikan 3 tempat untuk bersolat jumaat bagi penduduk BSA dicampur dengan 2 masjid yang diatas.
Di BSA ini juga terdapat beberapa buah surau yang dapat menampung penduduk setempat untuk beribadah dan juga kepada sesiapa sahaja yang berkesempatan menunaikan solat di BSA ini

1. Surau AlHusna di Jalan Suria


AlHusna...salah satu surau yang sangat aktif...Tokku Pasir Gudang selalu memberikan ceramah agama disini.
2. Surau Nurul Iman di Flat Tasek 64
3. Surau AlMukminin di Jalan Rimba
Pandangan dari rumah Cik Din yang bakal berwajah baru semasa Majlis Maulidur Rasul
4. Surau di Bayu (nama tak ingat)
5. Surau di Jalan Gunung ( status surau belum aku ketahui setelah Masjid Alfalah dibina)
6. Surau di IPD Seri Alam
7. Surau di UniKL

Sekian untuk kali ini...Selamat Beribadah

Saturday, June 21, 2014

Nak kubuang...kuambil kembali

Tengoklah betapa sayangnya Zaim dengan kucingnya ini...padahal kucing ini tak bertuan dan menumpang berteduh dirumahku...kucing betina dah membiakkan 10 ekor anak dari 2 kelahiran...kelahiran yg pertama tak tahu di mana, tapi sempatlah berteduh di rumah aku sebelum secara diam diam anaknya menghilangkan diri...namun kerana dah lama berada di rumah aku, kelahiran ke2 berjaya dilakukan di rumah sebelah tetapi membesar dirumahku...suka zaim dgn ibu dan 5 anak kucing yg baru
tapi hari ini setelah berminggu aku fikirkan, aku putuskan untuk membuang kucing kucing ini kerana dek tak tahan kena buang tahi dan bersihkan kencing mereka...
tapi aku silap...zaim kelihatan sedih dan.bercerita dia sedih semasa kucing dibuang dan mengeluarkan air mata semasa latihan taekwondo...
yang lebih menyedihkan aku bila mana isteri aku yang tak  pernah nak sentuh kucing ini pun turut bersedih semasa tgh makan malam...
akhirnya aku terpaksa ambil balik kucing ni di tempat yang aku buang
betapa gembira aku tgk muka zaim...
nampaknya tugas ayah berterusanlah kena buang taik diorang ni...

Friday, May 2, 2014

Rumah Untuk Disewa Kulaijaya

Sebelum aku cerita lebih lanjut aku sertakan dulu beberapa keping gambar rumah yang dimaksudkan




dari melihat gambar di atas dapatlah korang semua tahu rumah yang nak disewakan merupakan sebuah rumah kampung.... terletak di kulaijaya...kg rahmat...rumah ni sudah boleh disewa pada bulan jun atau julai setelah owner nak makeover mana yang patut
Jarak rumah ni dari bandar kulai adalah sekitar 13 km dan ianya berhadapan dengan taman scientex kulai...
Rumah ini sebuah rumah yang berkeluasan lebih kurang 1050 kps sahaja dengan 2 bilik tidur dan 1 ruang tamu dan 1 dapur dan mempunyai sebuah stor yang besar....
Bahagian dalam rumah tak sempat nak snap gambar memandangkan pada masa gambar ni diambil owner lama masih ada....rasa macam tak seronik lak nak ambik gambar dalam rumah orang...
sesiapa yang rasa berminat terus jer call owner baru di talian 0137852492 0137445237 untuk bercakap ngan pn izan atau suaminya