Pages

Peta Bandar Seri Alam

Sunday, April 27, 2014

Cubaan Guna Handphone...

Cubaan pertama menulis blog menggunakan handphone...nak tengok adakah sesuatu yang memudahkan memandangkan dah kurang masa untuk update blog guna pc....
Kadangkala bila idea ada nak menulis dan mood ada tapi waktu tu bukan ada di pc...ataupun bila ada di pc mood yang tadi ada dah hilang ke mana...
Mungkin kalau menarik dah boleh tolong tengok tengokkan blog sekolah...bolehlah sambil dok rehat tangan updatekan blog sekolah....lagipun gambat sekarang dah banyak ambik guna hp ni...so senang nak uploadkan gambar...kekurangannya pulak aku masih nak kaji...apa apaun tahniah untuk diri sendiri bagi cubaan pertama ini....nak cuba masukkan gambar apa yer untuk post ni..
ha...ha..ha...nak upload gambar dr phone kena ada google+...semalam baru je aku uninstall apps ni...cuba cara lain plak


berjaya jugak aku upload gambar tanpa guna google+ tu...senanglah lepas ni...saja aku upload gambar ni memandang baru jer aku belaja macam mana nak buat photo collage ni...cikgu baru belajor...
besok besok bolehlah tambah cerita lain...wassalam..

Friday, January 24, 2014

Coretan pertama 2014

Alhamdulillah dah 2014 pun...baru tergerak nak mencoretkan sesuatu dalam blog yang dah lama bersawang ni... bukan apa...aku rasa inilah cuti yang aku rasa betul2 cuti sepanjang januari 2014 ni...so sebelum pergi ke cerita 2014 aku nak sorot kembali kisah 2013 yang mana sempat aku rekod dalam kepala aku lah...2013...tahun ke-9 aku mengajar di SKSA2..so bermakna aku pun dah naik gred ke dg44...alhamdulillah....tahun ni jugak aku mendapat khabar gembira yang wife aku mengandung...tapi Allah Maha Mengetahui apa yang diaturkanNya...belum ada rezeki kami...hujung tahun dalam bulan 11 dan bulan 12...masuk bidding rumah lelong...tapi kedua-duanya gagal...tak berjaya...percutian sepanjang cuti sekolah hujung tahun membawa kegembiraan dan juga kesedihan apabila kereta aku terlibat dengan kemalangan...dilanggar motor....nasib baik semua selamat....
Beberapa perkara yang  menggembirakan bakal dan sudah aku terima sepanjang 2014 ni...Antaranya aku dah menyempurnakan master aku...alhamdulillah ...dan juga bakal mendapat rumah baru di kulaijaya...rumah kampung jer....masih banyak yang perlu dirancang pada tahun ini...tertakluk kepada masa dan ruang yang ada...
Aku juga ingin ucapkan terima kasih kepada yang melawat blog usang aku ini dan telah menelefon aku bertanyakan rumah kat BSA ini...kalau aku sempat tengok akan aku tolongkan...tapi jangan mengharap sangat...aku ni bukan ejen rumah sewa yer....
sekian untuk kali ini..jumpa lagi..

Thursday, November 7, 2013

kalah lagi...


Selepas seminggu kalah dalam bidaan pertama di mahkamah tinggi, minggu ni aku kecewa lagi...aku dapat rasanya keyakinan yang tinggi untuk dapatkan rumah ni..tapi nasib masih tak menyebelahi aku dan isteri...kali ni kami memcuba rumah di Flora Height yang berada di sekitar Bandar Seri Alam...RP hanya dalam 81k...target aku hanya setakat 130k dan itulah yang dilakukan wife aku ketika membida...nasib masih tak menyebelahi kami..pesaing lain menang dengan harga 135k...sayang sangat...rumah ni masih cantik dan dihuni oleh pemilik asal...nak buat macam mana...
Nampak gayanya aku perlu guna strategi lain untuk mendapatkan rumah lelong ni...nampaknya situasi sekarang adalah sukar nak dapatkan rumah lelong terutama di sekitar BAndar Seri Alam ni..mungkin juga aku kena meneroka sehingga ke Kota Masai...nampaknnya minggu depan pun macam ada terget menarik..tapi aku tunggu dululah...nak tunggu cuti sekolah biar aku sendiri yang pergi membida...sian kat wife hari ni dah cuti lagi...next week nak cuti lagi macam dah tak seronok lah pulak...aku plak memang tak dapatlah nak cuti...next week hari yang penting untuk sekolah...so berehat untuk 2 minggu dulu...
sekian...

Saturday, November 2, 2013

Kalah Lelong


Dari bulan lepas aku berazam nak dapatkan sebuah rumah lelong ni...dari 3/10 postpone ke 31/10 dia punya lelongan...Alhamdulillah tercapai gak aku nak bid rumah ni...Terima kasih kat wife aku kerana sanggup pergi buat bidaan kat mahkamah...aku tak dapat nak join maklumlah jauh lagipun susah nak dapat cuti ni...Kami kalah pada bidaan ini..reserve price 51k...tapi last sekali harga jatuh pada 92k..bincang ngan wife harga takat 78k sahaja...nampaknya takda rezeki kami...insyaAllah minggu depan nak cuba sebijik rumah lagi...harap-harap berjaya

Wednesday, March 27, 2013

Sibuk...sibuk...sibuk

Sibuk...sibuk...inilah yang dapat aku rasakan sekarang ni...walaupun sebenarnya tak sesibuk mana pun...perlukan ketenangan sekarang...banyak sangat di dalam kepala aku untuk difikirkan...
Mintak maaf kepada sesiapa yang ada telefon aku untuk bertanya berkenaan rumah...biasanya pada cuti sekolah ni rajin aku tengok2 keadaan rumah di Seri Alam ni...tapi dengan kesibukan sekarang ni...aku tak dapat fokus padaa satu2 kerja...
mmmmm....salah aku jugak tak pandai menguruskan masa dengan betul...
banyak lagi kerja utk cuti sekolah ni yang belum disetelkan...Laporan Projek 1...alhamdulillah...jadual waktu nak kena ubah...projek Giant Step tak siap lagi...mampuih...