Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, November 2, 2013

Kalah Lelong


Dari bulan lepas aku berazam nak dapatkan sebuah rumah lelong ni...dari 3/10 postpone ke 31/10 dia punya lelongan...Alhamdulillah tercapai gak aku nak bid rumah ni...Terima kasih kat wife aku kerana sanggup pergi buat bidaan kat mahkamah...aku tak dapat nak join maklumlah jauh lagipun susah nak dapat cuti ni...Kami kalah pada bidaan ini..reserve price 51k...tapi last sekali harga jatuh pada 92k..bincang ngan wife harga takat 78k sahaja...nampaknya takda rezeki kami...insyaAllah minggu depan nak cuba sebijik rumah lagi...harap-harap berjaya

Wednesday, March 27, 2013

Sibuk...sibuk...sibuk

Sibuk...sibuk...inilah yang dapat aku rasakan sekarang ni...walaupun sebenarnya tak sesibuk mana pun...perlukan ketenangan sekarang...banyak sangat di dalam kepala aku untuk difikirkan...
Mintak maaf kepada sesiapa yang ada telefon aku untuk bertanya berkenaan rumah...biasanya pada cuti sekolah ni rajin aku tengok2 keadaan rumah di Seri Alam ni...tapi dengan kesibukan sekarang ni...aku tak dapat fokus padaa satu2 kerja...
mmmmm....salah aku jugak tak pandai menguruskan masa dengan betul...
banyak lagi kerja utk cuti sekolah ni yang belum disetelkan...Laporan Projek 1...alhamdulillah...jadual waktu nak kena ubah...projek Giant Step tak siap lagi...mampuih...

Monday, December 17, 2012

KL...Radius Int. Hotel



Ini merupakan salah satu serampang yang aku nyatakan dalam post sebelum ini..berkenaan KL program serampang dua mata...So antara tujuan utama aku ke KL adalah kena berada di hotel ini untuk beberapa hari..ini gambar Radius International Hotel yang berada di area Bukit Bintang...bila aku berada kat sini rasa macam tak berada kat Malaysia...yang aku nampak lebih ramai foreigner daripada warganegara Malaysia...dengan minah dan mat salleh...mat bangla, mat nepal, mat indon...mat arab...semua ada..

Jadi apa urusan aku sampai aku kena inap di sini...Jawapannya ada di bawah ni...


Mana satu yang berkaitan dengan aku rasanya...Ikutkan tiga-tiga kursus tu berkaitan dengan aku...Lembaga Peperiksaan Malaysia..aku memang antara pekerja sambilan Lembaga ni bila time lepas UPSR...tapi kalau tengok kat atas...best tu 17 hari berkursus kat hotel...perghhh...jadi mustahil aku terlibat dengan Lembaga ni...ni semua tahap2 dewa punya orang ni...mungkin geng2 SPM punya ketua2 pemeriksa..jadi aku belum layak lagi dapat title tu...

Pilihan kedua (KPM)...atau pilihan ketiga JKDM....korang pikirlah sendiri...sebab aku nak sembahyang dah ni...lepas i nak gi jalan...



Sunday, December 16, 2012

KL...Program Serampang Dua Mata

Rasanya sudah berbulan aku tak update blog tak seberapa ni...Hari ni tergerak nak update setelah aku berada di bumi Kuala Lumpur dengan dua tujuan yang penting...In Sha Allah...ada update terkini menjelang beberapa hari ini..5 hari tu duk KL...tak pernah dibuat seumur hidup aku...Tq kepada isteri tercinta...

area ni lah...

Saturday, July 21, 2012

Darab Kaedah Tiang...

Ini adalah alternatif  kepada  mendarab 2 nombor  yang telah kita pelajari dari dulu lagi. Kaedah ini telah diinovasikan oleh seorang guru matematik dari SK Maran Pahang. Oleh kerana aku telah uploadkan di dalam Youtube bagi tujuan dikongsikan bersama rakan-rakan Math dalam group facebook...so aku masukkan lah sekali dalam blog aku yang dah lama aku tak update nik...So kepada guru-guru yang mungkin dah buntu nak cari idea baru mendarab inilah kaedah yang mungkin boleh digunakan. Kaedah ini adalah hampir sama dengan kaedah lattice yang ada didalam buku teks...Selamat mencuba