Pages

Peta Bandar Seri Alam

Sunday, October 16, 2011

Raket baru...





Dah hampir setahun pakai raket badminton ...Apacs Lethal 11...walaupun tak berpuas hati masih gunakan juga...tetapi main pun selalu tukar ngan raket Flexi aku walaupun Flexi ni pada aku tak best mana...aku guna sebab dia rasa berat sikit...
So memandangkan hujung tahun ni dapat beberapa imbuhan macam tuntutan mennda kertas...penyelaras hikmah dan tak lupa bonus hujung tahun...aku buat keputusan mencari raket baru...inilah hasilnya...








Yang ini APACS STERN 808...memang syoklah pakai raket ni...berat masih 4U...cuma di bahagian hadapan berat sikit...memang sedap kalau smash...

Yang ni pulak....hehehehe...jangan marah...Ini sebenarnya gambar Yonex Voltric 80...raket yang aku beli adalah jelmaan kepada Yonex Voltric 80...iaitu YONE Meteor 80...luarannya memang sebijik...cuma beza dari color sahaja...serta harganya...kalau Yonex dijual RM500++...ada jugak Yonex tak berapa nak original...RM199 ...tapi aku beli takat RM110 siap ngan string dan grip...Terima kasih untuk tokey Hong Li di Taman Sentosa...ko punya advise memang best...baru rasa best smash walaupun bukan pandai main mana pun...

Nasihat aku yaang aku dapat dari tokey Hong Li...jangan beranggapan raket yang ringan tu best...tgk kehendak badan kita...begitu juga tahap ketegangang string...jgn ingat tarik 27 tu best...silap2 takleh hantar bola ke base line...heheh...Selamat Bermain Badminton

Friday, October 7, 2011

Harta yang baru dikumpul....


Ha...ni dia harta yang aku maksudkan...Beberapa keping silver...cantik2 silver ni...kepada pengumpul-pengumpul barang...mungkin ini boleh dijadikan satu koleksi yang menarik...
Nak belajar cara-cara mengumpul silalah lihat link di bawah ni yer..

i) Silver Shop Lot
ii) Dekad silver

Saturday, September 24, 2011

Kakitangan awam diramal naik gaji lagi

Berita Harian Online | Kakitangan awam diramal naik gaji lagi

Kalau betul baguslah...Alhamdulillah...tapi kenaikkan kali ni biarlah adil...

p/s: Adil??sesuatu yang sukar dijelaskan...

Saturday, September 17, 2011

Jadual Padat di Bulan Syawal...

Alhamdulillah...hari ni baru tergerak nak memenuhi ruang dan masa yang ada dengan berblog...Sebenarnya bukan apa...dalam bulan syawal ni,jadual aku sangat padat...Bersyukur kepada Allah juga...satu-satu program dah abis dilaksanakan di bulan ini...
Pertama sekali adalah berkenaan dengan UPSR...UPSR dah berlalu...lega rasanya...hilang satu bebanan...namun begitu bebanan baru pula muncul...aku perlu merangka segala program untuk memenuhi keperluan murid tahun enam selepas UPSR...ini dinamakan program Pasca UPSR...bayangkan ada lagi lebih kurang 6 minggu lagi untuk dipenuhi dengan prgram setiap hari...Pening kepala aku..tak seperti tahun sebelumnya...tahun ni aku belum prepare lagi rangka kerja program ini...biarlah...aku main hentam kromo aja... 
Program Marhaban pun dah abis...ambil masa seminggu jugak habiskan program ni...Program ni pada aku bagus bagi mengenali rakan-rakan jiran di Jalan Rimba ni... Perjiranan aku ni dikenali dengan Jalan Rimba kerana rumah kami adalah di Jalan Rimba memandangkan tak banyak lagi kawasan Jalan Rimba yang lain dibuka..Jalan yang baru buka hanya Rimba 53 hingga 57 dan juga di Park View (kami panggil rumah besar)..
Program rumah terbuka pun memadatkan lagi jadual syawal ini...tiap-tiap hujung minggu ada jer rumah terbuka...cuma aku jer yang tak buat rumah terbuka...tapi kepada kawan yang mengenali diri ini...datang jerlah ke rumah kami ni...rumah sentiasa terbuka...nak makan???no hal punya...kuih raya masih banyak...InsyaAllah tahun depan kami sekeluarga buat rumah terbuka...
Di bulan ini juga kelas aku telah bermula...Ini minggu yang pertama...kelas aku tahun ni padat sikit...setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis...subjek yang aku ambik pun boleh tahan jugak...
So dengan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini,memang rasa malas nak bukak internet kat rumah...nak buat coretan kat blog ni pun lagilah berat rasanya...
Tak hairanlah...pala aku dok naik pening jer sepanjang minggu ni...bila nak check kat doktor???takut ada darah tinggi jer..
Silver???aku stop dulu...