Pages

Peta Bandar Seri Alam

Sunday, January 9, 2011

Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan

Buku yang di beli di Badan Cemerlang Angsana...harga RM 34 jer...tp kalau beli ngan Dr Azizi cuma 30 kot...tp ari tu dah abis dah...so kena beli sendiri

Apacs Cushion Power 601

 Semalam saja jalan-jalan tengok kasut tuk main badminton kat Sentosa...tgk2 sambar lah kasut ni..kasut lama dah buruk sangat...so ari ni pakai..oklah...sebab baru lagi...baru semangat nak main..berkejar ke kiri kanan depan belakang macam senang jer...harga RM72 jer

Friday, January 7, 2011

Pokok Getah Punca Sekolah Diceroboh

SK Seri Alam 2 merupakan sebuah sekolah di dalam Daerah Pasir Gudang ini yang mempunyai pokok getah...sekolah lain aku tak pernah tengok lagi...(setakat ni lah)...
So dalam mesyuarat pada rabu lalu, GB memaklumkan sekolah diceroboh berdasarkan bukti yang kukuh...
3 batang pokok getah di belakang sekolah telah ditoreh...Hari ni aku..ariez...dan azizul melawat ke tempat kejadian dan mengesahkan kejadian yang berlaku...macam ni punya kisah pun ada..daripada siasatan didapati mungkin dah hampir sebulan orang ni buat kerja ni...dengan harga getah sekrang ni...rasanya berapa banyak dia boleh dapat?...(teringat waktu  dulu menolong mak ngan bapak menoreh)...

Wednesday, January 5, 2011

Hadiah UPSR...Terima kasih...

Hari ni aku mendapat hadiah daripada parents murid UPSR 2010...Apa yang menyebabkan aku nak menulis berkenaan dengan hadiah ni adalah sebab hadiah yang aku terima dari mereka...

Terkejut jugak aku terima sisha daripada parents ni...sebelum ni aku tak pernah pun menghisap benda ni...member kata best...layan...Apa-apa pun terima kasih kepada parents ni...Selain dari hadiah di atas aku gak dapat sehelai Tshirt ...tp tak ambik lagi..ada di pejabat...So tahun ni hadiah sempena UPSR aku dapat 3 lah...satu lagi rasanya aku dapat 'vest' masa hari result UPSR tu...Terima kasih semua...terharu rasanya kerana setelah 6 tahun mengajar baru dapat hadiah daripada parents disebabkan pencapain cemerlang anak mereka...kalau time hari guru tu dah biasalah...



p/s..Shisa yang aku dapat bukan sperti gambar di atas....gambar sekadar hiasan sahaja

Saturday, January 1, 2011

Cabaran 2011

Tahun 2010 baru jer berlalu...kini dah masuk tahun 2011...Banyak perkara berlaku di 2010 yang aku sendiri pun dah tak ingat...Untuk 2011 ni yang pasti adalah tahun cabaran bagi kami sekeluarga...aku...izan dan tak lupa juga putera kesayangan kami...zaim
Untuk aku...2011 ni merupakan tahun dimana aku menjadi pelajar kembali...dah lama tinggalkan bidang pelajaran ni...terakhir sekali di Maktab Perguruan Kota Bharu tahun 2004 sebagai guru pelatih KPLI...tapi sebenarnya setiap hari kita belajar...betul tak?... So cabarannya...aku perlu biasakan diri untuk ke kelas di seblah petang...mungkin 3 kali seminggu...kelas biasanya pukul 4 hingga 7 petang...biasanya sebelum ni balik sekolah jer aku tido...so skang dah kena tune aku punya masa tido...
Untuk isteri aku lak...dah tentu 3 Jan ni pengalaman pertamanya bekerja dalam kerajaan...ni kerja dia yang keempat rasanya setelah kami bersama-sama habiskan degree di UUM...so kalau sebelum ni di Yayasan Bandaraya Johor Bahru kerjanya agak relax sedikitlah pada pandangan aku...dah tentu di tempat kerja baru ni berbeza dengan mungkin rakan-rakan staf yang ramai...
Untuk zaim plak...dah tentu tahun ni dah masuk tadika..Pintar Bistari...so dia pun dah masuk ke alam belajar secara formal...dah ada kerja rumah...so takleh lah asik nak tgk kartun jer...dah tentu kena marah ngan aku kalau buat kerja sekolah tak betul...sian dia baru 5 tahun dah kena marah dengan ayah dia pasal kerja rumah yang tak betul....
Apa-apa pun cabaran yang perlu ditempuh oleh kami sekeluarga...perlu dihadapi...untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang...InsyaAllah...