MAJLIS PERASMIAN
TAPAK SURAU AL-MUKMININ
JALAN RIMBA, BANDAR SERI ALAM
PADA 06 JUN 2010
TAPAK SURAU AL-MUKMININ
JALAN RIMBA, BANDAR SERI ALAM
PADA 06 JUN 2010
9.00 Pagi
Ketibaan muslimin dan muslimat Jalan Rimba
9.30 Pagi
Ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
Mengumumkan Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang diiringi Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam
Selesai Tetamu Khas Duduk
Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirahim.
Assalamu'alaikum wbt.
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang
Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam
Ahli-ahli jawatankuasa Surau Al-Mukminin,
Muslimin dan muslimat yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian
9.45 Pagi
Bacaan Doa
Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.
Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis menjemput Saudara...................................... untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.
Selepas Bacaan Doa
Amin...Ya Rabbalalamin
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara ...................................................................... atas bacaan doa itu tadi.
9.50 pagi
Persembahan Video/ Taklimat
Muslimin dan muslimat sekalian, majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan sedikit Taklimat dan Penerangan berkenaan dengan Perkembangan Surau Al-Mukminin dari awal hinggalah ke saat ini.
Marilah kita bersama-sama memberikan tumpuan ke arah persembahan multimedia ini.
Selepas selesai taklimat
Demikianlah persembahan/ taklimat perkembangan Surau Al-Mukminin. Diharapkan hadirin hadirat, khususnya Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin mendapat info yang jelas berkenaan perkembangan Surau Al-Mukminin ini
10.00 pagi
Ucapan aluan Pengerusi Surau
Hadirin yang dihormati,
Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Selesai Ucapan
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting di atas ucapan itu tadi
10.15 pagi
Ucapan Dato Seri
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Tapak Surau Al-Mukiminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Selesai Ucapan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat Dato’ sebentar tadi.
Tandangan Plak Perasmian
Seterusnya majlis menjemput, Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar bin Ranting untuk menandatangani plak perasmian sebagai Simbolik Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.
Selesai Tandatangan
Dengan Bismilah Kita Mulai
Alhamdullillah Wassala Tannabi
Dengan Takdir Ilahi Rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’.
Mohon Yang Berhormat Dato untuk terus berada diatas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.
10.30 pagi
Penyampaian Cenderahati
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Majlis mempersilakan
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sempurnalah sudah majlis perasmian tapak Surau Al-Mukminin pada pagi ini. Semoga kewujudan Surau Al-Mukminin dapat direalisasikan dan menjadi modem meningkatkan ukkuwah di kalangan penduduk muslim di Jalan Rimba ini
Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke sesi Jamuan Ringan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis Perasmian ini.
Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali