Biasanya berapa hari anda siapkan soalan ujian untuk anak-anak murid anda?...Mungkin ada yang hanya dalam kurang dari 1 jam...mungkin ada yang hanya 10 minit...mungkin juga makan 1 hari...tetapi menurut seorang yang aku kenal...biasanya nak buat soalan ini memakan masa 3 hari bagi satu-satu Kertas Matematik....
So apa yang nak aku ceritakan kat sini adalah ketidakmampuan aku nak menyiapkan Soalan Matematik Kertas 1 bagi Tahun 4...rasanya dari pukul 2.00 petang tadi aku ngadap komputer untuk menyiapkan soalan...sekarang ketika aku coretkan cerita ini,jam menunjukkan jam 11 malam ( sambil melihat Anugerah Planet Muzik) apa yang aku termampu hanya setakat 30 soalan sahaja...10 lagi akan sambung kendian...
Dah lama rasanya aku tak buat soalan dengan mengambil masa yang lama...rasanya dah lama tak buat soalan untuk tahun 4 dan 5...Kalau tahun 6,aku takyah susah2 buat soalan...ambil jer soalan dari past year exam...dah tentu mengikut standad yang ditetapkan...Tapi bagi tahun 4 atau 5 aku nak pastikan soalan yang dibuat mengikut standard walaupun aku tak buat JSI pun...tetapi sehabis boleh aku cuba tapis dan pastikan soalan yang diuji benar2 mengikut silibus yang diajar...
Dah lama jugak aku sudah meninggalkan kerja-kerja cut and paste soalan, kemudian dibuat salinan...apa yang aku buat adalah mencari buku2 yang berkualiti dan dapatkan soalan2 yang hendak diuji, maka ku salinkan kembali ke dalam bentuk XLS ataupun Word...Kebiasaannya kalau kertas 2 aku menggunakan xls dan kertas 1 menggunakan word...tapi untuk kertas 1 kali ini aku buat dalam xls...nampak lebih kemas...
Beli je program yang dah siap dengan soalan... tinggal nak pilih je... jangan peningkan kepala... kita banyak keja lain lagi.
ReplyDeleteapa programnya...nak tahu gak
ReplyDelete