Semalam sepatutnya aku menulis berkaitan dengan isu mendenda murid di dalam kelas... Jika anda seorang guru sudah pastinya anda mempunyai jenis-jenis hukuman yang dilakukan untuk memastikan anak murid sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang murid... Setiap hari kita berfikir macam mana nak mengatasi masalah tak siap kerja sekolah...malas datang sekolah....tak beri tumpuan dalam kelas dan macam2 lagi. Aku rasa korang bukan seorang guru jika tidak memikirkan perkara-perkara seperti ini...
Bagiku yang merupakan seorang guru yang masih baru,pendekatan seperti mendenda dengan pembaris, berdiri di dalam kelas, guna rotan,cubit, piat telinga dan macam-macam lagi telah aku lakukan bagi memastikan murid mengubah sikap mereka daripada malas kepada rajin...tapi kebiasaannya denda yang aku lakukan akan ku maklumkan terlebih dahulu sebelum mereka membuat kerja yang aku berikan...
Berbalik kepada apa yang hendak aku ceritakan sebenarnya....minggu ni aku menerima mesej di FB yang mengucapkan terima kasih kerana memukul tangan anaknya...sebenarnya lahir juga rasa risau apabila menerima mesej berkenaan keranan dikhuatiri mempunyai niat yang berllainan... Alhamdulillah...ibu murid berkenaan ikhlas mengucapkan terima kasih....Terima kasih puan....
Satu lagi kes berlaku hari ini...murid kelasku berpindah sekolah kerana takut akan aku katanya...
Maafkan cikgu....
No comments:
Post a Comment