Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, July 2, 2011

Acara Akhir Padang....penatnya....

 


Penatnya hari ni...pagi ni berlangsung acara bagi Larian 1 Malaysia yang dijalankan serentak seluruh Malaysia...aku tak ambil bahagian dalam menjalankan tugas dalam larian ini...aku lebih tumpukan pada pengelolaan peserta acaraakhir akhir bagi acara padang sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 2011..Oleh kerana terdapat 2 acara dalam satu masa, so dapatlah kenal pasti kelemahan sana dan sini...

Aku lak agak kelam kabut sikit dalam mengelola peserta...Mahu tidak...murid-murid dok tak dengar cakap memandangkan pada tahun ini buat kali pertamanya acara olahraga melibatkan semua tahun dari tahun 1 hingga tahun 6...kebiasaannya murid tahun 1 dan 2 cuma masuk acara sukaneka sahaja....mungkin ini satu kaedah yang baik melihat bakat yang ada dari tahun 1 lagi...InsyaAllah tahun depan murid SKSA2 bakal memberikan pingat kepada sekolah dalam acara olahraga Daerah Pasir Gudang...kalau tahun sebelumnya kategori acara cuma ada 2 sahaja iaitu murid bawah 12 dan 10,...tahun ni ada 4 kategori...bawah 12,11,9 dan 7...bayangkan jika hampir separuh murid sekolah ini menyertai acara pada tahun ini...memang agak kelam kabut....bukan agak lagi...tapi memang kelam kabut...

Bukan setakat aku di bahagian pengelolaan kelam kabut...bahagian larian pun kelam kabut dengan banyak pembatalan dilakukan semasa acara saringan 200m...Banyak faktor lain lagi yang dapat aku kenal pasti...antaranya tiada briefing yang jelas..tidak mengetahui peranan yang perlu dilakukan...namun begitu takyahlah aku menuding jari kepada sesiapa yang perlu bertanggungjawab...kita sebagai guru perlulah bekerjasama...bagi memastikan semua program sekolah berjalan dengan lancar...


Apa yang aku rancangkan semalam untuk mengelola peserta dengan jayanya tak dapat aku lakukan...InsyaAllah pada hari kejohanan nanti (9Julai) aku akan pastikan semuanya berjalan lancar...memandangkan pada hari tersebut dah tak ada acara padang...semuanya acara larian....


Kepada sahabatku Na'im...usahlah ko risau tentang KOT kali ini...bukan salah ko pun kalau KOT kali ni agak kelam kabut...Semoga cepat sembuh....


p/s...masih memikirkan...apa yang sahabatku Na'im nak cakapkan pada aku ketika aku lawat dia pada Jumaat lepas

2 comments:

  1. Salam Cikgu Musi, salam perkenalan, terima kasih letak link blog saya di blog cikgu, have good day :)
    Shaiful

    ReplyDelete