Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, June 5, 2010

Proposal Kajian Tindakan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN



Nama dan Alamat Sekolah :

SK. SERI ALAM 2, JALAN SURIA 47, BANDAR SERI ALAM, 81750 MASAI, JOHOR



Nama Pengkaji :

MUSIMARTIN BIN SIMON



Tajuk Kajian :

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN APLIKASI DENGAN KAEDAH ”LUKISAN RAJAH BERPALANG”







1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu



Murid 6 Marikh terdiri daripada murid yang cemerlang, sederhana dan sederhana lemah dalam Matematik. Kesukaran untuk mengenalpasti kelemahan murid adalah satu faktor yang menyebabkan penambahbaikkan sukar dilaksanakan. Kebanyakkan murid suka untuk menyembunyikan kelemahan mereka semasa di dalam kelas sehinggalah semuanya diterjemahkan di dalam ujian-ujian yang telah dijalankan.

Semasa di dalam ujian terdapat sebilangan murid sukar untuk menjawab soalan yang menggunakan perkataan ’lebih daripada’ ataupun ’kurang daripada’.



Contoh soalan :

Tinggi Ali adalah 123 cm manakala Bong 15 cm lebih tinggi dari Ali. Berapakah jumlah tinggi mereka berdua



Sejumlah RM 152 telah diberikan kepada Ivy dan Rohani. Rohani mendapat RM 22 lebih daripada wang yang diterima oleh Ivy. Berapakah wang yang diterima oleh Rohani



Selain daripada itu murid yang dikategorikan sebagai cemerlang juga sukar untuk menjawab soalan aplikasi yang melibatkan pecahan ataupun peratus.



Contoh soalan :



Muthu mempunyai wang sebanyak RM 64. Wang ini adalah ¾ daripada harga sebuah radio. Berapakah wang yang diperlukan oleh Muthu lagi untuk membeli radio tersebut?



Saya cuba memahamkan murid dengan membuat ayat matematik bagi contoh soalan di atas, namun hanya sedikit sahaja yang boleh mengubah ayat di atas menjadi ayat matematik yang betul. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mencari cara yang betul bagi mereka menjawab soalan begini, pasti masalah ini akan berlanjutan dan menyebabkan markah mereka sukar ditingkatkan









2. Fokus Kajian



Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada menjawab soalan aplikasi menggunakan lukisan rajah berpalang. Kebanyakkan daripada mereka sukar membina ayat matematik bagi satu-satu soalan yang diberikan. Dengan membantu murid menjawab beberapa soalan dengan kaedah lukisan rajah berpalang, diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid bagi menjawab soalan-soalan yang lain sekaligus meningkatkan bilangan murid mendapat A dalam UPSR





3. Objektif Kajian



Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:


Objektif Umum

Meningkatkan nilai Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Matematik dengan peningkatan bilangan A Matematik UPSR



ii. Objektif Khusus

Ø Meningkatkan keupayaan murid menjawab soalan berbentuk aplikasi di mana ia merupakan soalan yang paling sukar dalam soalan Matematik kertas 1 dan 2

Ø Membantu murid mengusai kemahiran belajar dengan melukis rajah bagi sesetengah soalan

Ø Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang iaitu A dalam UPSR





4. Kumpulan Sasaran



Kajian ini melibatkan 42 orang murid tahun 6 Marikh yang terdiri daripada 40 murid Melayu, 1 murid India dan 1 murid Cina





5. Tindakan Yang Dicadangkan



Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data daripada ujian khusus yang dijalankan. Ujian dilakukan dalam format Kertas 2 UPSR. Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpul murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah ini.















6. Jadual Pelaksanaan Kajian




Bil

Aktiviti

Tempoh Perlaksanaan


1

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

2 minggu


2

Menulis proposal kajian

1 minggu


3

Merancang tindakan (individu/panitia)

1 minggu


4

Melaksanakan tindakan

1 minggu


5

Ujian untuk mengesan pencapaian murid

1 minggu


6

Refleksi kajian

1 minggu


7

Menulis laporan kajian

1 minggu


8

Pembentangan dapatan kajian

1 minggu




7. Kos Kajian




Bil

Jenis Bahan

Kuantiti X Harga Seunit

Jumlah Kos


1

Lembaran Kerja

200 helai @ RM0.05

RM 10.00


2

Kertas Ujian

120 helai @ RM 0.05

RM 6.00


3

Kertas Manila

10 helai @ RM 0.80

RM 8.00


4

Pen Marker

4 batang @ RM 4.00

RM 16.00


5

Gunting

1 bilah @ RM 2.50

RM 2.50






Jumlah Besar

RM 42.50

No comments:

Post a Comment