Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, June 5, 2010

Skrip MC Majlis Perasmian Surau Al-Mukminin

MAJLIS PERASMIAN

TAPAK SURAU AL-MUKMININ

JALAN RIMBA, BANDAR SERI ALAM



PADA 06 JUN 2010

9.00 Pagi

Ketibaan muslimin dan muslimat Jalan Rimba

9.30 Pagi

Ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Mengumumkan Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang diiringi Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam

Selesai Tetamu Khas Duduk

Sirih Berlipat Sirih Pinang 
Sirih Dari Pulau Mutiara 
Pemanis Kata Selamat Datang 
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang

Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam

Ahli-ahli jawatankuasa Surau Al-Mukminin,

Muslimin dan muslimat yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian


9.45 Pagi

Bacaan Doa

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.

Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis menjemput Saudara...................................... untuk membacakan doa.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.


Selepas Bacaan Doa

Amin...Ya Rabbalalamin

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara ...................................................................... atas bacaan doa itu tadi.

9.50 pagi

Persembahan Video/ Taklimat

Muslimin dan muslimat sekalian, majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan sedikit Taklimat dan Penerangan berkenaan dengan Perkembangan Surau Al-Mukminin dari awal hinggalah ke saat ini.

Marilah kita bersama-sama memberikan tumpuan ke arah persembahan multimedia ini.

Selepas selesai taklimat

Demikianlah persembahan/ taklimat perkembangan Surau Al-Mukminin. Diharapkan hadirin hadirat, khususnya Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin mendapat info yang jelas berkenaan perkembangan Surau Al-Mukminin ini


10.00 pagi

Ucapan aluan Pengerusi Surau

Hadirin yang dihormati,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Selesai Ucapan

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting di atas ucapan itu tadi
10.15 pagi

Ucapan Dato Seri

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Tapak Surau Al-Mukiminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai Ucapan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat Dato’ sebentar tadi.
Tandangan Plak Perasmian

Seterusnya majlis menjemput, Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar bin Ranting untuk menandatangani plak perasmian sebagai Simbolik Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.
Selesai Tandatangan

Dengan Bismilah Kita Mulai 
Alhamdullillah Wassala Tannabi 
Dengan Takdir Ilahi Rabbi 
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’.


Mohon Yang Berhormat Dato untuk terus berada diatas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.


10.30 pagi

Penyampaian Cenderahati

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Majlis mempersilakan

Hadirin dan hadirat sekalian, 
Sempurnalah sudah majlis perasmian tapak Surau Al-Mukminin pada pagi ini. Semoga kewujudan Surau Al-Mukminin dapat direalisasikan dan menjadi modem meningkatkan ukkuwah di kalangan penduduk muslim di Jalan Rimba ini 
Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke sesi Jamuan Ringan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis Perasmian ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.


Kalau ada jarum yang patah 

Jangan disimpan didalam peti 
Majlis perasmian selesailah sudah 
Jumpa lagi di lain kali



7 comments:

  1. salam,

    Tuan, saya telah membca skrip yang anda tulis untuk majlis perasmian ini. Mohon izin, untuk menggunakannya sebagai panduan, kerana saya telah dilantik untuk menjadi MC pada majlis perasmian pejabat saya... izin tuan amat saya harapkan. terima kasih

    sherzain84@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. MOHON IZIN UTK MENGGUNAPAKAI TEKS UTK PERASMIAN SURAU DISEKOLAH SAYA SEMOGA ANDA DIBERKATI

    ReplyDelete
  3. MOHON IZIN UTK MENGGUNAPAKAI TEKS UTK PERASMIAN SURAU DISEKOLAH SAYA SEMOGA ANDA DIBERKATI

    ReplyDelete
  4. Mohon izin untuk menggunapakai teks untuk perasmian surau si sekolah kami. Srmoga segala urusan kita dipermudahkan serta diberkati. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan. Izinkan saya menggunakan teks ini utk majlis di sekolah. Terima kasih

    ReplyDelete
  6. assalam tuan.terima kasih untuk ilmunya.boleh saya pakai ilmu ini untuk menambahkan ilmu saya untuk pogram forum pada majlis kami nanti?

    ReplyDelete