Hari ini barulah aku berpeluang mencoretkan sesuatu ke dalam blog aku yang tak seberapa ini...sebabnya aku berada di JB Naza Hotel, so line berukban aku clear habis...sambil2 menonton game holland ngan slovakia...
Hari khamis lepas aku mendapat surat untuk menghadiri kursus bagi pemeriksa kertas soalan UPSR...
dah lama aku tunggu surat ini...ini mungkin merupakan satu langkah baru untuk menambha pengalaman aku sebagai seorang pendidik...tapi yang merisaukan aku adalah mesyuarat yang dijalankan ini bukanlah penentu kepada pemilihan seseorang pemeriksa soalan...so ada beberapa halangan lain yang perlu dilepasi macam perlu dinilai sepanjang mesyuarat, lihat kepada kekosongan bagi satu2 kawasan...
Tapi satu benda yang nampak positif adalah, ucapan daripada Pengurus Projek dari Lembaga Peperiksaan... daripada caranya bercakap, menunjukkan bilangan yang dipanggil bermesyuarat adalah untuk memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh guru-guru terdahulu...
Moga termakbullah hajat aku ini...Amin...
No comments:
Post a Comment