Ha……susah betul nak pilih laluan kerjaya jadi seorang guru sekarang ni..Ada yang ‘fast track’ lah, time based lah dan sekarang ni sibuk cikgu-cikgi nak mencuba GC…
Kementerian baru keluarkan surat edaran baru mempelawa terutamanya guru-guru untuk memenuhi kuota GC ni…
Sejumlah 2286 kekosongan seluruh Malaysia, yang paling banyak adalah khas kpd guru DG41sekolah rendah untuk menjadi DG44 KUP(GC)…banyak tu 1531 kekosongan…yang lain DGA32 (90), DGA38 (153), DG 44 Sek Men (476), DG 48 Sek Ren (25) dan Khas C (11)…
Beruntunglah mana-mana cikgu yang berminat nak jadi GC ni…. Maunya tak untung…bleh naik DG44 terus, 3 tahun lepas tu plak DG48, 5 tahun lepas tu plak DG52…pghhhh dalam masa 13 tahun jer dah bleh gred 52….pastu gred khas C…
Tahun ni kat sekolah aku ada 4 org yang layak memohon termasuk aku…aku ngan Ita rasanya tak memohon kot, Lah ngan Izatu lupa plak nak tanya. Bagus jugak kalau diorang memohon, bleh jadi perintis kepada yang lain…
Kenapa aku taknak mohon…
Aku rasa diri aku masih tidak layak memegang title Cemerlang, walaupun mungkin ada yang suruh aku mohon jer…GB pun ada suruh mohon jer….dpt tak dpt belakang kira…yerlah aku rasa aku cam takda sumbangan jer untuk sekolah maupun murid2 dalam kelas…Cuba tgk borang permohonan apa yang dia nak kita isikan….
1.Sumbangan dalam matapelajaran di peringkat sekolah, daerah dan Negara
2.Inovasi yang dilakukan terhadap matapeljaran
3.Kajian, kertas kerja atau penulisan ilmiah
So aku rasa aku tiada sumbangan yang diperlukan..setakat bagi bengkel teknik menjawab kepada murid tahun 6 dua tahun lepas….semua cikgu bleh buat…untuk murid sekolah sendiri…Inovasi plak…lagi lah…
Aku rasa aku mungkin berminat ke bidang Pentadbiran….so aku tak rasa aku akan terus menjadi guru biasa yang mengajar 25-30 waktu seminggu sehinggalah aku pencen…bukan aku tak suka mengajar…tetapi bila dah bertambah usia kita pada aku 25-30 waktu tu berat….dan aku rasa aku akan boring sebab asik mengajar jer
Mungkin satu masa nanti bila difikirkan kembali aku akan pohon jugak, tetapi bila aku rasakan diri aku dah begitu cemerlang, dapat memberikan sumbangan dan idea utnuk meningkatkan prestasi murid kat sekolah aku ker, atau memperkenalkan Teknik Pengajaran yang dinamakan Teknik Musi….aku patenkan…barulah cemerlang namanya…takpa slow2…sekarang ni pun aku rajin2 gak bukak internet, layari kaedah2 baru menjawab matematik…tp tuk sek ren ni kurang sketlah, sebab masih belajar yang asas….
Sapa taknak gaji besar kan?....tapi dah bersedia dengan tanggungjawab besar ker? Kalau title GC, pastu ngajar sama macam guru biasa, aku rasa duit lebihan beratus-ratus tu cam tak layak untuk aku?...Korang pikirlah sendiri…aku nak jadi GB bukan GC, jadi GC tak leh jadi GB, jadi GB boleh jadi GBC..hehehhe
No comments:
Post a Comment