Seminggu dua ni aku asik suka benar menyebut nama hospital ini....Dekat sinilah anak aku akan menjalani pembedahan jantungnya yang kedua...walaupun jauh tetapi demi kebaikan anak aku terpaksa direlakan juga...
Hospital ni adalah antara yang terbaik dalam pembedahan jantung...So aku harap doktor dapat memberikan yang terbaik kepada anak aku....cerita lebih lanjut berkenaan dengan hospital ini bolehlah terus pergi ke laman web (www.narayanahospital.com) ataupun lamanweb MediAssit4U
So cerita berkenaan dengan hospital ini sebenarnya dah lama sejak setahun lepas apabila Dr Nizam di Hospital Sultanah Aminah mencadangkan supaya ke India untuk operation anak aku, zaim...tetapi waktu itu program ini hanya layak kepada mereka yang bukan kakitangan kerajaan. Cuma pada bulan 2 lepas Dr Nizam sekali lagi mencadangkan supaya ke India memandangkan syarat kakitangan kerajaan telah dimansuhkan dengan tanggungan Tabung Bantuan Perubatan, Kem Kesihatan Malaysia...so kami setuju sajalah memandangkan lambatnya IJN dalam menentukan tarikh yang perlu dioperate...
Seperti dijanjikan 22 Mac iaitu semalam anak dan isteriku telah berlepas ke India..Penerbangan pada pukul 10 malam waktu Malaysia dan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Bangalore International Airport...
Isteri dan anakku sampai di hospital 2 jam kemudian.Perjalanan dari airport ke hospital hanya menggunakan van buruk yang tiada aircond...dan bagasi-bagasi diletakkan di atas van...(mesti korang biasa tgk cerita tamil kan...macam mana muatan diletakkan di atas bas atau van)...siap ada barang yang jatuh lagi dari atas van terssebut....
Pagi tadi anak aku dah menjalani prosedur sebelum operation....kesian anak aku...kena ambil darah...sejak isteri beritahu kena ambil darah zaim...hati aku jadi tak tenteram...rasa kesian jer pada anak aku zaim...Siap tak nak bercakap dalm telefon lagi...tap petang tadi dengar katanya dah ok....aku telefon pun dia nak bercakap...
Bercakap pasal menu plak.....org rumah aku cerita tengah hari makan nasih putih, kacang dal...kuah macam dalca dan capati...boleh ker orang rumah aku terima semua jenis masakan tu...anak aku tak makan...orang rumah buatkkan megi yang dah di bawa dari Malaysia...habis dilantak...tapi malam tadi dia habis makan capati sekeping...(malam...capati lagi....)
Baru sebentar tadi semasa aku mencoretkan tulisan dalam blogger ni, bini aku tepon...dia kata zaim akan dioperate besok pagi....Hatiku bertambah berdebar....rasannya malam ni mesti sukar mata nak dilelapkan..
Malam ni anakku terpaksa berpuasa....kesian dia..
Ya Allah Ya Tuhanku...Kau permudahkan perjalanan hidup anakku Muhammad Zaim Mirza...Amin Ya Rabbal Alamin
semoga semua berjalan dengan lancar...amin...banyak2 kan lah berdoa...
ReplyDelete