Pages

Peta Bandar Seri Alam

Monday, July 18, 2011

Matematik Kertas 1 Tahun 4- Ujian Julai

Alhamdulillah...siap sudah soalan bagi Ujian PKSR 2 yang bakal dijalankan pada minggu hadapan...

Sesiapa yang nak muat turun...silakan ...

Soalan Kertas 1

Friday, July 15, 2011

Tak mampu disiapkan...

Biasanya berapa hari anda siapkan soalan ujian untuk anak-anak murid anda?...Mungkin ada yang hanya dalam kurang dari 1 jam...mungkin ada yang hanya 10 minit...mungkin juga makan 1 hari...tetapi menurut seorang yang aku kenal...biasanya nak buat soalan ini memakan masa 3 hari bagi satu-satu Kertas Matematik....

So apa yang nak aku ceritakan kat sini adalah ketidakmampuan aku nak menyiapkan Soalan Matematik Kertas 1 bagi Tahun 4...rasanya dari pukul 2.00 petang tadi aku ngadap komputer untuk menyiapkan soalan...sekarang ketika aku coretkan cerita ini,jam menunjukkan jam 11 malam ( sambil melihat Anugerah Planet Muzik) apa yang aku termampu hanya setakat 30 soalan sahaja...10 lagi akan sambung kendian...

Dah lama rasanya aku tak buat soalan dengan mengambil masa yang lama...rasanya dah lama tak buat soalan untuk tahun 4 dan 5...Kalau tahun 6,aku takyah susah2 buat soalan...ambil jer soalan dari past year exam...dah tentu mengikut standad yang ditetapkan...Tapi bagi tahun 4 atau 5 aku nak pastikan soalan yang dibuat mengikut standard walaupun aku tak buat JSI pun...tetapi sehabis boleh aku cuba tapis dan pastikan soalan yang diuji benar2 mengikut silibus yang diajar...

Dah lama jugak aku sudah meninggalkan kerja-kerja cut and paste soalan, kemudian dibuat salinan...apa yang aku buat adalah mencari buku2 yang berkualiti dan dapatkan soalan2 yang hendak diuji, maka ku salinkan kembali ke dalam bentuk XLS ataupun Word...Kebiasaannya kalau kertas 2 aku menggunakan xls dan kertas 1 menggunakan word...tapi untuk kertas 1 kali ini aku buat dalam xls...nampak lebih kemas...





Thursday, July 14, 2011

Matematik Kertas 2 Tahun 4- Ujian Julai

Dah lama rasanya aku tak buat soalan Matemtik...Sebelum ni rasanya asyik kena tahun enam jer...so apa lagi download jer kat internet...Tahun ni kena buat pulak soalan...So sapa nak berkongsi soalan ini...silalah download kat sini....

Soalan Matematik Kertas 2 Tahun 4

Jangan malu...jangan segan...kalau ada silap dan salah...maafkan... 

Wednesday, July 13, 2011

Kejohanan Sukan Padang dan Balapan...

Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SKSA2 kali ke10 berakhir sudah...Tahniah kepada Pasukan Biru kerana sekali lagi berjaya menjadi Juara Keseluruhan untuk kali ke berapa pun aku dah tak ingat...rasanya kali keempat berturut2...Tahniah...kepada rumah pasukan yang lain teruskan usaha anda...Daripada analisa yang aku buat kekuatan rumah biru hanyalah pada acara balapan...Acara padang dikuasai oleh rumah Kuning...so korang sebenarnya berpeluang menang next year kalau mantapkan acara balapan....
Kalau mengikut kategori plak...bagi bawah 12 memang Biru kuasai...bagi Bawah 11 dikuasai Hijau...dan bawah 7 rumah Merah pun agak kuat...bawah 9 dikuasai oleh rumah kuning...so dapat kita simpulkan kekuatan agak sama rata cuma agak berpihak kepada rumah biru....
Untuk tahun depan aku dah sasarkan menjadi juara lagi...jika Tahun ini mendapat 23 Emas 13 Perak dan 13 Gangsa berbanding 52 acara semuanya...tahun depan aku mensasarkan sedikit penurunan kerana hero dan heroin di tahun enam dah keluar sekolah....Apa-apa pun aku masih melebihkan bagi acara padang untuk mengekalkan kejuaraan...
Tahniah jugak kepada  Olahragawan dan Olahragawati.... serta olahragawan harapan dan olahragawati harapan....3 kategori disandang Biru....Tahniah...
Rumah pasukan lain...cuba lagi....

Saturday, July 2, 2011

Acara Akhir Padang....penatnya....

 


Penatnya hari ni...pagi ni berlangsung acara bagi Larian 1 Malaysia yang dijalankan serentak seluruh Malaysia...aku tak ambil bahagian dalam menjalankan tugas dalam larian ini...aku lebih tumpukan pada pengelolaan peserta acaraakhir akhir bagi acara padang sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 2011..Oleh kerana terdapat 2 acara dalam satu masa, so dapatlah kenal pasti kelemahan sana dan sini...

Aku lak agak kelam kabut sikit dalam mengelola peserta...Mahu tidak...murid-murid dok tak dengar cakap memandangkan pada tahun ini buat kali pertamanya acara olahraga melibatkan semua tahun dari tahun 1 hingga tahun 6...kebiasaannya murid tahun 1 dan 2 cuma masuk acara sukaneka sahaja....mungkin ini satu kaedah yang baik melihat bakat yang ada dari tahun 1 lagi...InsyaAllah tahun depan murid SKSA2 bakal memberikan pingat kepada sekolah dalam acara olahraga Daerah Pasir Gudang...kalau tahun sebelumnya kategori acara cuma ada 2 sahaja iaitu murid bawah 12 dan 10,...tahun ni ada 4 kategori...bawah 12,11,9 dan 7...bayangkan jika hampir separuh murid sekolah ini menyertai acara pada tahun ini...memang agak kelam kabut....bukan agak lagi...tapi memang kelam kabut...

Bukan setakat aku di bahagian pengelolaan kelam kabut...bahagian larian pun kelam kabut dengan banyak pembatalan dilakukan semasa acara saringan 200m...Banyak faktor lain lagi yang dapat aku kenal pasti...antaranya tiada briefing yang jelas..tidak mengetahui peranan yang perlu dilakukan...namun begitu takyahlah aku menuding jari kepada sesiapa yang perlu bertanggungjawab...kita sebagai guru perlulah bekerjasama...bagi memastikan semua program sekolah berjalan dengan lancar...


Apa yang aku rancangkan semalam untuk mengelola peserta dengan jayanya tak dapat aku lakukan...InsyaAllah pada hari kejohanan nanti (9Julai) aku akan pastikan semuanya berjalan lancar...memandangkan pada hari tersebut dah tak ada acara padang...semuanya acara larian....


Kepada sahabatku Na'im...usahlah ko risau tentang KOT kali ini...bukan salah ko pun kalau KOT kali ni agak kelam kabut...Semoga cepat sembuh....


p/s...masih memikirkan...apa yang sahabatku Na'im nak cakapkan pada aku ketika aku lawat dia pada Jumaat lepas