Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, June 5, 2010

Skrip MC Majlis Perasmian Surau Al-Mukminin

MAJLIS PERASMIAN

TAPAK SURAU AL-MUKMININ

JALAN RIMBA, BANDAR SERI ALAM



PADA 06 JUN 2010

9.00 Pagi

Ketibaan muslimin dan muslimat Jalan Rimba

9.30 Pagi

Ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Mengumumkan Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang diiringi Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam

Selesai Tetamu Khas Duduk

Sirih Berlipat Sirih Pinang 
Sirih Dari Pulau Mutiara 
Pemanis Kata Selamat Datang 
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang

Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam

Ahli-ahli jawatankuasa Surau Al-Mukminin,

Muslimin dan muslimat yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian


9.45 Pagi

Bacaan Doa

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.

Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis menjemput Saudara...................................... untuk membacakan doa.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.


Selepas Bacaan Doa

Amin...Ya Rabbalalamin

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara ...................................................................... atas bacaan doa itu tadi.

9.50 pagi

Persembahan Video/ Taklimat

Muslimin dan muslimat sekalian, majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan sedikit Taklimat dan Penerangan berkenaan dengan Perkembangan Surau Al-Mukminin dari awal hinggalah ke saat ini.

Marilah kita bersama-sama memberikan tumpuan ke arah persembahan multimedia ini.

Selepas selesai taklimat

Demikianlah persembahan/ taklimat perkembangan Surau Al-Mukminin. Diharapkan hadirin hadirat, khususnya Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin mendapat info yang jelas berkenaan perkembangan Surau Al-Mukminin ini


10.00 pagi

Ucapan aluan Pengerusi Surau

Hadirin yang dihormati,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Selesai Ucapan

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting di atas ucapan itu tadi
10.15 pagi

Ucapan Dato Seri

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Tapak Surau Al-Mukiminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai Ucapan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat Dato’ sebentar tadi.
Tandangan Plak Perasmian

Seterusnya majlis menjemput, Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar bin Ranting untuk menandatangani plak perasmian sebagai Simbolik Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.
Selesai Tandatangan

Dengan Bismilah Kita Mulai 
Alhamdullillah Wassala Tannabi 
Dengan Takdir Ilahi Rabbi 
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’.


Mohon Yang Berhormat Dato untuk terus berada diatas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.


10.30 pagi

Penyampaian Cenderahati

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Majlis mempersilakan

Hadirin dan hadirat sekalian, 
Sempurnalah sudah majlis perasmian tapak Surau Al-Mukminin pada pagi ini. Semoga kewujudan Surau Al-Mukminin dapat direalisasikan dan menjadi modem meningkatkan ukkuwah di kalangan penduduk muslim di Jalan Rimba ini 
Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke sesi Jamuan Ringan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis Perasmian ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.


Kalau ada jarum yang patah 

Jangan disimpan didalam peti 
Majlis perasmian selesailah sudah 
Jumpa lagi di lain kali



Proposal Kajian Tindakan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN



Nama dan Alamat Sekolah :

SK. SERI ALAM 2, JALAN SURIA 47, BANDAR SERI ALAM, 81750 MASAI, JOHOR



Nama Pengkaji :

MUSIMARTIN BIN SIMON



Tajuk Kajian :

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN APLIKASI DENGAN KAEDAH ”LUKISAN RAJAH BERPALANG”







1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu



Murid 6 Marikh terdiri daripada murid yang cemerlang, sederhana dan sederhana lemah dalam Matematik. Kesukaran untuk mengenalpasti kelemahan murid adalah satu faktor yang menyebabkan penambahbaikkan sukar dilaksanakan. Kebanyakkan murid suka untuk menyembunyikan kelemahan mereka semasa di dalam kelas sehinggalah semuanya diterjemahkan di dalam ujian-ujian yang telah dijalankan.

Semasa di dalam ujian terdapat sebilangan murid sukar untuk menjawab soalan yang menggunakan perkataan ’lebih daripada’ ataupun ’kurang daripada’.



Contoh soalan :

Tinggi Ali adalah 123 cm manakala Bong 15 cm lebih tinggi dari Ali. Berapakah jumlah tinggi mereka berdua



Sejumlah RM 152 telah diberikan kepada Ivy dan Rohani. Rohani mendapat RM 22 lebih daripada wang yang diterima oleh Ivy. Berapakah wang yang diterima oleh Rohani



Selain daripada itu murid yang dikategorikan sebagai cemerlang juga sukar untuk menjawab soalan aplikasi yang melibatkan pecahan ataupun peratus.



Contoh soalan :



Muthu mempunyai wang sebanyak RM 64. Wang ini adalah ¾ daripada harga sebuah radio. Berapakah wang yang diperlukan oleh Muthu lagi untuk membeli radio tersebut?



Saya cuba memahamkan murid dengan membuat ayat matematik bagi contoh soalan di atas, namun hanya sedikit sahaja yang boleh mengubah ayat di atas menjadi ayat matematik yang betul. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mencari cara yang betul bagi mereka menjawab soalan begini, pasti masalah ini akan berlanjutan dan menyebabkan markah mereka sukar ditingkatkan









2. Fokus Kajian



Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada menjawab soalan aplikasi menggunakan lukisan rajah berpalang. Kebanyakkan daripada mereka sukar membina ayat matematik bagi satu-satu soalan yang diberikan. Dengan membantu murid menjawab beberapa soalan dengan kaedah lukisan rajah berpalang, diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid bagi menjawab soalan-soalan yang lain sekaligus meningkatkan bilangan murid mendapat A dalam UPSR





3. Objektif Kajian



Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:


Objektif Umum

Meningkatkan nilai Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Matematik dengan peningkatan bilangan A Matematik UPSR



ii. Objektif Khusus

Ø Meningkatkan keupayaan murid menjawab soalan berbentuk aplikasi di mana ia merupakan soalan yang paling sukar dalam soalan Matematik kertas 1 dan 2

Ø Membantu murid mengusai kemahiran belajar dengan melukis rajah bagi sesetengah soalan

Ø Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang iaitu A dalam UPSR





4. Kumpulan Sasaran



Kajian ini melibatkan 42 orang murid tahun 6 Marikh yang terdiri daripada 40 murid Melayu, 1 murid India dan 1 murid Cina





5. Tindakan Yang Dicadangkan



Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data daripada ujian khusus yang dijalankan. Ujian dilakukan dalam format Kertas 2 UPSR. Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpul murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah ini.















6. Jadual Pelaksanaan Kajian




Bil

Aktiviti

Tempoh Perlaksanaan


1

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

2 minggu


2

Menulis proposal kajian

1 minggu


3

Merancang tindakan (individu/panitia)

1 minggu


4

Melaksanakan tindakan

1 minggu


5

Ujian untuk mengesan pencapaian murid

1 minggu


6

Refleksi kajian

1 minggu


7

Menulis laporan kajian

1 minggu


8

Pembentangan dapatan kajian

1 minggu




7. Kos Kajian




Bil

Jenis Bahan

Kuantiti X Harga Seunit

Jumlah Kos


1

Lembaran Kerja

200 helai @ RM0.05

RM 10.00


2

Kertas Ujian

120 helai @ RM 0.05

RM 6.00


3

Kertas Manila

10 helai @ RM 0.80

RM 8.00


4

Pen Marker

4 batang @ RM 4.00

RM 16.00


5

Gunting

1 bilah @ RM 2.50

RM 2.50






Jumlah Besar

RM 42.50

Tuesday, March 23, 2010

Hospital Narayana Hrudalayala

Seminggu dua ni aku asik suka benar menyebut nama hospital ini....Dekat sinilah anak aku akan menjalani pembedahan jantungnya yang kedua...walaupun jauh tetapi demi kebaikan anak aku terpaksa direlakan juga...
Hospital ni adalah antara yang terbaik dalam pembedahan jantung...So aku harap doktor dapat memberikan yang terbaik kepada anak aku....cerita lebih lanjut berkenaan dengan hospital ini bolehlah terus pergi ke laman web (www.narayanahospital.com) ataupun lamanweb MediAssit4U
So cerita berkenaan dengan hospital ini sebenarnya dah lama sejak setahun lepas apabila Dr Nizam di Hospital Sultanah Aminah mencadangkan supaya ke India untuk operation anak aku, zaim...tetapi waktu itu program ini hanya layak kepada mereka yang bukan kakitangan kerajaan. Cuma pada bulan 2 lepas Dr Nizam sekali lagi mencadangkan supaya ke India memandangkan syarat kakitangan kerajaan telah dimansuhkan dengan tanggungan Tabung Bantuan Perubatan, Kem Kesihatan Malaysia...so kami setuju sajalah memandangkan lambatnya IJN dalam menentukan tarikh yang perlu dioperate...
Seperti dijanjikan 22 Mac iaitu semalam anak dan isteriku telah berlepas ke India..Penerbangan pada pukul 10 malam waktu Malaysia dan mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Bangalore International Airport...
Isteri dan anakku sampai di hospital 2 jam kemudian.Perjalanan dari airport ke hospital hanya menggunakan van buruk yang tiada aircond...dan bagasi-bagasi diletakkan di atas van...(mesti korang biasa tgk cerita tamil kan...macam mana muatan diletakkan di atas bas atau van)...siap ada barang yang jatuh lagi dari atas van terssebut....
Pagi tadi anak aku dah menjalani prosedur sebelum operation....kesian anak aku...kena ambil darah...sejak isteri beritahu kena ambil darah zaim...hati aku  jadi tak tenteram...rasa kesian jer pada anak aku zaim...Siap tak nak bercakap dalm telefon lagi...tap petang tadi dengar katanya dah ok....aku telefon pun dia nak bercakap...
Bercakap pasal menu plak.....org rumah aku cerita tengah hari makan nasih putih, kacang dal...kuah macam dalca dan capati...boleh ker orang rumah aku terima semua jenis masakan tu...anak aku tak makan...orang rumah buatkkan megi yang dah di bawa dari Malaysia...habis dilantak...tapi malam tadi dia habis makan capati sekeping...(malam...capati lagi....)
Baru sebentar tadi semasa aku mencoretkan tulisan dalam blogger ni, bini aku tepon...dia kata zaim akan dioperate besok pagi....Hatiku bertambah berdebar....rasannya malam ni mesti sukar mata nak dilelapkan..
Malam ni anakku terpaksa berpuasa....kesian dia..
Ya Allah Ya Tuhanku...Kau permudahkan perjalanan hidup anakku Muhammad Zaim Mirza...Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, March 15, 2010

Cuti sekolah kembali....

Cuti sekolah kembali lagi....tahniah kepada guru SKSA2 khasnya dan guru 1 Malaysia amnya kerana dapatlah korang cuti lagi kali ni...walaupun banyak antara kita baru jer abis cuti 2 minggu lepas...Bila cuti sekolah ni baru lah rasa cam rajin nak menulis kat dalam blog ni walaupun aku bukannya ada idea sangat nak tulis apa...waktu cuti Tahun Baru Cina ari tu tak sempat nak menulis kerana mak ngan adik aku datang dari Kuantan...so inilah masanya
Apa yang terfikir untuk aku tulis masa ini adalah pasal kelas tambahan jer...dah lama rasanya sekolah aku tak ramai orang cam cuti kali ni sejak 2 atau 3 tahun lepas...Baru nampak meriah sikit budak datang ke sekolah...
kalau idak cuma murid tahun 6 je yang ada kelas tambahan...tp kali ni GB dah ubah stail...budak tahun 4 dan 5 pun ada kelas tambahan...baguihlah untuk murid-murid...tp diharapkan kepada cikgu yang kena bertugas kali ni ikhlas lah yer nak ngajor..bukannya selalukan...setahun 3 kali jer...itupun kena sehari atau 2 hari je dalam satu cuti...
Dalam minggu ni jugak satu kemungkinan yang akan berlaku....Isteri dan anak yang tersayang akan ke India untuk next punya pembedahan...Ayah harap zaim akan sembuh dan lebih baik daripada yang sekarang ni...buat isteriku ...sabar ajer lah menahan karenah anakmu itu nanti...Alhamdulillah ..barang semua dah prepare...harap2 semuanya cukup untuk bekalan hampir sebulan di sana...Sedih jugak kena tinggal sorang2 kat umah...tp lgi sedih rasanya membayangkan cabaran yang akan dihadapi isteriku di India...dulu waktu dok kat IJN 10 hari jer pun aku rasa sedih dan kesian...inikan plak kat India...nak pegi menjenguk dah lah jauh...
Ada orang sarankan aku join sekali gi India....bukan aku taknak..tp aku rasa masih ada menda yang lain aku perlu lakukan..cukuplah isteriku sahaja yang pergi...

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Rasanya masih tak terlambat ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010...Tahun baru ini dimulakan penuh dengan aktiviti di sekolah aku...bermula dari pendaftaran sekolah dan pembayaran yuran...sehingga lah kepada bank in duit yuran tersebut ke dalam bank...
Perkara yang best didengar di awal tahun ini adalah kemasukan 4 orang guru baru lagi di sekolahku dimana 3 daripada mereka adalah lelaki....guru lelaki ohhh guru lelaki....tanpa korang semua di sekolah tak tahulah cam mana jadinya sekolah...
Sebenarnya aku nak bercerita pasal yuran sekolah...Pada tahun ni di sekolah aku tak ramai ibu bapa membayar yuran anak mereka...daripada kiraan aku hanya sekitar 425 org sahaja yang membayar yuran berbanding murid disekolahku sekitar 900 orang...apa puncanya....kita cuba selongkari bersama....
Adakah ia berpunca dari keadaan ekonomi yang sedikit merudum...mungkin tidak? Mungkin ia dipengaruhi oleh kenyataan di medai mutakhir ini berkenaan yuran sekolah ini...So ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan boleh bayar lewat...sapa yang susah? sudah tentulah guru kelas yang nak mengutipnya.kesian kat guru kelas...sepanjang tahun ni korang pandai2 lah kutip yuran yerk..