Pagi ini aku dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi kenalan semasa belajar di UUM dahulu... SMS yang kuterima dari isteriku...memklumkan kenalan ku saudara Hilmy ataupun dikenali sebagai Mie Kembar di kalangan rakan-rakan UUM meninggal dunia pada pagi tadi semasa tidur....
Sebenarnya aku tak rapat dengan arwah...kenal gitu-gitu jer...aku kenal arwah waktu matrik..penah main takraw bersama-sama... selain tu arwah merupakan school mate isteriku...so dia pun kenal aku sebagai suami kepada isteriku...Padaku dia seorang yang peramah...pernah aku ke Jabatan Pendaftaran Negara Johor buat My Kid anakku, dia pelawa masuk biliknya...tapi aku menolak ...Arwah juga ada menolong isteriku ketika nak buat pasport...pada tahun lepas kalau tak silap waktu isteriku nak pergi India...so cepat sikitlah pasport isteri dan anakku siap...kalau kena Q...memang lambatlah jawapnya... Arwah seorang yang suka tersenyum...
Waktu kahwin arwah pun aku ada pergi di Dewan Alumni UTM...dia kahwin dengan rakan sekolahnya...Hamidah yang juga merupakan rakan isteriku.... Kepada Hamidah...banyakkan bersabar...ini semua dugaan dari yang Maha Esa..
Al-Fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman....amin...
No comments:
Post a Comment