Pages

Peta Bandar Seri Alam

Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Pertama bersama GB Baru

Dah 2 hari GB baru kami...En Tuah melaporkan dirinya ke sekolah kami...
hari ni beliau tiada di sekolah...
esok lak akan diadakan mesyuarat pada pukul 1 tengah hari...
agak2nya apalah yang akan disampaikan oleh beliau...
harap2 tiada perubahan drastik yang beliau akan lakukan...
boleh yer En. Tuah...lagipun dengar katanya bukan lama pun...

Saturday, March 26, 2011

Wujudkah Kepimpinan Lestari Di Sekolah

Puas memikirkan tajuk artikel yang sesuai untuk nak buat tugasan Kepimpinan dalam Pendidikan...

Akhirnya berpuas hati ngan tajuk ni...selepas kepimpinan lestari ni sebenarnya sesuatu yang perlu aku ketengahkan di dalam kepimpinan di sekolah...

Bila nak mula ni...kajian pasal kepimpinan ini pun tak banyak diketengahkan...

Tuesday, March 8, 2011

Bila lagi?....

Alhamdulillah....macam ada aku beritahu dalam post sebelumnya...tahun ni banyak perkara baru berlaku...aku sambung belajar...zaim pun dah masuk tadika...dan izan dapat kerja baru...

So apa kaitan dengan post aku kali ini?....tak tahulah ada kaitan ker atau tidak...sesiapa yang baca tu cubalah judge sendiri...

Soalan ni biasa keluar dari sebahagian rakan2 aku...
bila lagi nak pakai kereta baru?...takkan dah amik Master pakai motor jer....
bila lagi nak pakai kereta baru?...ni bakal jadi GPK takkan pakai Iswara jer...
Gaji besar takkan pakai moto jer...apa class...(teringat kata-kata seorang rakan guru...2 atau 3 tahun lepas)...dalam hati aku terdetik... tak guna pakai kereta kalau berhutang keliling pinggang...kini kereta dah kena tarik...hutang lagi kat bank...sapa susah?....

Baru-baru ni plak...ada buat makan2 ngan family izan...
tiba-tiba salah seorang daripada familynya bertanya...
dah tukar kereta baru ker?...
dalam hati aku napa lak soalan bleh diajukan...so pendapat aku, mungkin izan dah dapat kerja baru...so mungkin dah ada perancangan tukar kereta barulah kot...


so bila aku berhadapan dengan soalan macam ni...aku jadi cam tak tahu nak jawab apa???
so jawapan yang senang aku bagi...nanti kot...

Siapa yang taknak berkereta baru kan? samalah macam aku...nak jugak pakai kereta baru...
tapi pada aku...kereta dan moto yang aku ada pada masa ini dah cukup memadai buat masa sekarang ni berdasarkan sumber kewangan yang aku ada...bukannya aku akan mengekalkan kedua-dua kenderaan ni sampai bila2..tapi belum masanya...


Kalau melihat pada gaji aku dan isteri...aku rasa dah boleh sangat nak pakai kereta baru...tp aku rasa biarlah aku lengahkan dulu....masih banyak menda yang aku masih fikirkan...nak abiskan Master dulu....


Lagi satu aku dah berasa syukur dengan kehidupan aku sekarang ni jika dibandingkan dengan kehidupan masa kecil aku...aku datang dari family yang susah...tidak berkenderaan...tidak berumah, bertanah...
So pada aku dengan sudah mempunyai rumah, kereta dan moto...kehidupan aku kini jauh lebih baik dari dulu...so itu sudah mencukupi pada aku buat masa ini....


......Kalau orang lain ada 2 kereta....aku ada 2 rumah.....dan tengah plan mendapatkan yang ke-3...InsyaAllah



Saturday, March 5, 2011

Jalan-jalan di pagi Sabtu

Rasanya dah berminggu-minggu tak cuti hari Sabtu...so hari ni baru merasa cuti...rasa cam seronok jer dapat bercuti hari Sabtu...So pagi ni kami bersarapan di McD Seri Alam...izan dapat baucer makanan utk 2 Big Breakfast  dengan pembelian RM 5...so beli air kopi dan milo dapatlah 2 big breakfast...Kami gi naik motor jer...dah lama rasana tak naik moto sama-sama...sekali-sekala best jugak sambil ronda-ronda Seri Alam... 
Habis gi McD..kami ronda-ronda...tgk perkembangan di Seri Alam ni...

1. mula-mula nampak projek di simpang 4  yang tengah naik tu...semuanya rumah 3 tingkat...berapalah agaknya harga rumah ni...dalam pala berfikir...apa nama jalan yang dia nak letak kat area ni...sebab dalam plan seri Alam aku tak perasan tentang projek ni

2. lepas tu gi balai polis trafik...saja nak tgk tetamu-tetamu khas di balai polis trafik...Mak aiiii...ramainya    orang..siap lepak kat luar lagi tunggu giliran....

2. lepas tu saja penuhi permintaan zaim nak tgk rumah rakannya di Jalan Gunung...so ikut ajalah...dia yang tunjukkan jalan....

3. Pusing ikut jalan belakang...nak gi ke Tapak UiTM...wah...jalan dah dibahagi 2 utk ke Tapak Uitm dan ke Cactus Inn...ingatkan nak masuk tengok kuda kat Cactus Inn...tp tak jadilah kerana memikirkan kalau naik moto kena parking jauh...takleh masuk sampai ke Cactus Inn...

4. Lepas tu rancang nak masuk UniKL...sebelum masuk UniKL tu nampak jugaklah projek Scudai Dev..dekat area rumah aku...dah banyak jugak rumah parkview ni nak siap...harga????tal dapat den nak tolong...

5. Masuk UniKL...pusing-pusing sambil tgk lecture hall...hostel...surau dan pemandangan menarik didalamnya...so waktu masuk..aku main redah jer..pas kuar kena tahan ngan guard...dia kata sekarang dah takleh masuk sesuka hati jer...macam tu pulak???

 6. Sebelum masuk UniKL tadi nampaklah signboard projek Sekolah Seni Malaysia...wah...dah nak naik jugak ni...MRSM lak...macam dah nak siap ...


So...dah abis site view..kitorang pun balik lah......
Banyak juga pembangunan dalam Seri Alam ni...moga2 pembangunan ini dapat meningkatkan kerancakan pembangunan di Pasir Gudang secara kseluruhannya....manalah tahu boleh wat duit dalam sektor hartanah...yer tak???

Wednesday, March 2, 2011

Perginya seorang lagi kenalan...

Pagi ini aku dikejutkan dengan berita  kematian seorang lagi kenalan semasa belajar di UUM dahulu... SMS yang kuterima dari isteriku...memklumkan kenalan ku saudara Hilmy ataupun dikenali sebagai Mie Kembar di kalangan rakan-rakan UUM meninggal dunia pada pagi tadi semasa tidur....
Sebenarnya aku tak rapat dengan arwah...kenal gitu-gitu jer...aku kenal arwah waktu matrik..penah main takraw bersama-sama... selain tu arwah merupakan school mate isteriku...so dia pun kenal aku sebagai suami kepada isteriku...Padaku dia seorang yang peramah...pernah aku ke Jabatan Pendaftaran Negara Johor buat My Kid anakku, dia pelawa masuk biliknya...tapi aku menolak ...Arwah juga ada menolong isteriku ketika nak buat pasport...pada tahun lepas kalau tak silap waktu isteriku nak pergi India...so cepat sikitlah pasport isteri dan anakku siap...kalau kena Q...memang lambatlah jawapnya... Arwah seorang yang suka tersenyum...
Waktu kahwin arwah pun aku ada pergi di Dewan Alumni UTM...dia kahwin dengan rakan sekolahnya...Hamidah yang juga merupakan rakan isteriku.... Kepada Hamidah...banyakkan bersabar...ini semua dugaan dari yang Maha Esa..
Al-Fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman....amin...

Tuesday, March 1, 2011

Zaim demam lagi...

Zaim demam pada sabtu lepas...Izan dah pergi Klnik Penawar di Taman Rinting...Zaim dah diberikan ubat bontot...dan ubat demam serta antibiotik...tapi masih demam...biasanya dia demam sehari dua jer...so semalam (Isnin) izan cuti...cuti pertamanya sebagai Penguasa Kastam... semalam jugak aku balik awal sikit dari sekolah sebab nak kena present proposal kajian...so dah balik rumah aku cadangkan izan hantar zaim gi HSI...gi cek takut ada apa2 jer...doktor kata demam biasa jer...malam tadi demam dia dah beransur pulih dan pagi tadi cam dah baik...so aku tak jadi nak cuti hari ini...petang tadi tiba2 izan call kata zaim demam lagi di rumah ibu Mis (pengasuhnya) aku pun bergegas ke rumah kak mis...tetapi zaim tido...so aku tak dapat nak ambil bawak balik memandangkan aku hanya bawak moto jer...so macam ni kalau masih tak pulih esok aku terpaksalah ambil CRK pertama aku tahun ini...jarang dia demam lama cam ni...kalau selesema dan batuk tu biasalah kalau seminggu...