Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, February 19, 2011

Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H Surau AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam


TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA)
BANDAR SERI ALAM


Ø      Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan   kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
@ Assalamualaikum w.b.t.
     Yang dihormati Ustaz Mohammad James,  Pengarah Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz, yang berusaha En Pajar bin Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba) Bandar Seri Alam, serta ahli jawatankuasanya,  dan para hadirin yang rahmati Allah sekalian.

@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis mempersilakan.

@ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Ismail Nasirrudin Shah untuk membacakan doa. Dipersilakan.

@ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail Nasirudin Shah di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

@ Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan ………………………………………………….untuk mempersembahkan marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan.

@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed James yang diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohammad James di atas ceramah  yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar  dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis mempersilakan
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah  majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam.

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz Mohammad James diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk  ke majlis santapan...

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali


3 comments:

  1. sepatutnya mulakan dgn potongan hadis atau ayat quran , begitu juga penutupnya... bukan dgn pantun.. bukan tak boleh tapi rasa macam sangat tak sesuai.. tutuplah dgn tasbih kaffarah dan surah al asr.

    ReplyDelete
  2. terima asih ats teguran..dan ingatan

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih cikgu atas perkongsian. Pd saya xde mslah pun nk mula dgn pantun :)

    ReplyDelete