Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, December 8, 2011

Penantian yang masih belum terjawab...

Minggu ini, perkara yang mungkin hangat diperkatakan, terutama kakitangan awam adalah SBPA...skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam...dari hari ke hari menunggu apakah ini satu berita yang baik bagi kakitangan awam di negara ini...banyak juga blogger yang menulis berkenaan SBPA ini...maka macam-macam mazhab muncul...macam-macam teori keluar...
Hari ini segala-galanya hampir merungkai segalanya...Pekeliling telah dikeluarkan...tapi masih ramai yang mengeluh nak membacanya...ialah berapa lama nak baca hampir 100 muka surat..kalau dah baca macam aku pun belum tentu faham semuanya...adalah faham yang sikit-sikit...so nak senang tunggu jerlah taklimat yang bakal diberikan oleh jabatan masing-masing...Mungkin jabbatan lain senang kot...Bagaimana dengan CIKGU?? Ramai jugak yang mengeluh,kerana golongan ini perlu membuat pilihan dari 16-30 Disember ini..MAklumlah sekarang ni kan cuti sekolah...macam-macam kes ada...ada yang dah beli tiket kapal terbang ke Sarawak selepas dari tarikh tu..mungkin 1/1 ker...sian cikgu yang kena macam tu..
Tapi seperti yang sedia maklum...pasti yang ramai ingin lihat adalah JGS...Jadual Gaji sebaris yang menggantikan JGM...tapi tak ada dalam pekeliling tersebut...Lampiran C yang sepatutnya ada dalam pekeliling itu pun tidak diuploadkan...LAmpiran berkenaan adalah menunjukkan cara pengiraan pergerakan gaji bagi tahun 2012 dalam pelbagai situasi...So...penantian masih belum terjawab...


Kepada sesiapa yang belum membaca pekeliling ini..silalah rajin-rajin membaca DISINI

No comments:

Post a Comment