Pages

Peta Bandar Seri Alam

Tuesday, June 21, 2011

Program Sekolah Bertali Arus....

 

Bermula minggu ini, sekolahku tak henti-henti mengadakan beberapa program sekolah. Hari ini bermulalah acara Sukantara sempena Kejohanan Olahraga Sekolah...acara ni akan diadakan selama 2 hari iaitu hari ini (Selasa) dan esok Rabu....nampaknya acara sukantara pada tahun ni agak kelam kabut sikit atas beberapa masalah teknikal. Mungkin tahun hadapan dapat diperbaiki dengan adanya post mortem yang bakal diadakan. 

Pada hari Khamis pula adanya Hari Bertemu Pelanggan ataupun biasa dikenali sebagai Hari Terbuka..Mula Tahun ni tukar nama lah plak...nampaknya pada hari kejadian, ramai guru yang tak ada...ada yang pergi perhimpunan GC, berkursus dan tak lupa juga yang bakal ambil CRK ataupun MC...heheheh...rasanya ramai juga guru yang bukan guru kelas terpaksa menggantikan rakan mereka yang keluar pada hari tersebut...Aku masih belum dipastikan pada hari tersebut...apa kena aku buat...

Hari Sabtu ni pula, ada ceramah motivasi keibubapaan yang bakal disampaikan oleh Penasihat Agama Islam Johor, Dato' Hj Nooh Gadot. Rasa cam tak sabar nak berhadapan dengan dato'...nak tengok gayanya macam mana. So tugas aku pada hari tersebut hanyalah persiapan tempat bersama lagi 5 atau 6 orang guru lain...

Hari Sabtu depannya pula ada Larian 1 Malaysia dan mungkin diadakan acara akhir olahraga bagi acara padang..dan pada Sabtu yang satu lagi barulah Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke berapa aku dah tak ingat...nampaknya dah bekerja berapa kali Sabtu dah tu...hujung bulan 7 plak dah ada Percuban UPSR...Ya Allah cepatnya masa berlalu...

No comments:

Post a Comment