Alhamdulillah...tahun 2011 ni sekolah aku terpilih untuk satu program baru iaitu Tusyen Hikmah YPJ... Sebenarnya tusyen hikmah ni bukan program baru...cuma baru untuk sekolah aku jer...Hari Jumaat lepas aku disuruh untuk hadir ke mesyuarat program ini di PPD...tapi aku tak dapat nak datang sebab aku kena present untuk Dynamic Leadership...so Nizam yang gantikan..
So pada sabtu lepas Nizam ceritalah sikit pasal perjalanan program ni di sekolah..Murid yang terpilih mestilah mempunyai GPS antara 2.4-2.6... So yang ni dah setel..aku dah dapatkan 25 orang murid...
Masalahnya sekarang adalah tenaga pengajar...please....sapa nak ajar tusyen hikmah ni...tolong...Aku dapat rasakan beberapa faktor yang menyebabkan mungkin orang tak berminat...kalau aku pun tak berminat...lagipun aku skang tengah bz...
so langkah seterusnya adalah mencari tenaga pengajar dan menentukan waktu mengajar yang sesuai...lepas tu kena hantar maklumat ke penyelaras tusyen himah kat PPD pada jumaat ni...tak tahulah sempat ker tidak...
Ya Allah..tabahkanlah hati hambaMu ini..
Blog ini hanya dicipta untuk meluahkan apa yang patut diluahkan...Ianya sekadar memenuhi ruang dan peluang yang ada pada seorang guru...
Monday, February 28, 2011
Saturday, February 26, 2011
Tak sampai setahun...dah pindah...
Tahniah diucapkan kepada Kak Normah kerana dapat berpindah balik ke Terengganu setelah lama memohon... Kak Mah ni dah lama kat sekolah ni (SKSA2) sejak sekolah ni dibuka pada tahun 2002...so dia akan mulakan tugas di SK Anak Ikan, Besut hari Isnin ni...
Jadi siapa pulak yang tak sampai setahun ni... GB kami semualah...En A. Rahman Hj T.Ahmad...baru jer dia bertugas selepas tamatnya perkhidmatan Hjh Hamidah pada bulan 6 tahun lepas..kini 1/3/2011 beliau akan berpindah ke JPN sebagai perpindahan setara...beliau akan bertugas di sektor pembangunan kemanusiaan...kalau tak silaplah...
Sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ni, ada beberapa perkara yang diadakan...antaranya Menara Berkembar...tugu 1 Malaysia dan mencantikkan sekolah dengan aktiviti mengecat dinding sekolah...selain tu line parking kereta dicantikkan...dan juga tempat parking kereta GB....walaupun itu semua bukan usaha beliau...tetapi itu semua adalah idea beliau dan berjaya dilaksanakan..Tahniah...
Daripada dapatan aku....aku dapati GB ni disenangi oleh semua guru-guru kat sekolah ni...aku pun mempunyai pendapat yang sama...tapi sayang...tak lama...
So...sapa yer akan gantikan beliau sebagai GB SKSA2 yang ke 6 dalam tempoh 9 tahun penubuhan sekolah ni...nampak gayanya dari rumous (betul ke ejaan ni) ada yang kata En. Tuah...ada kata En. Ramli Embok Nginang...tapi tak tahulah...harap-harap lamalah yer

Tuesday, February 22, 2011
Zaim pukul budak ???
Hari ni dalam pukul 2 petang, aku dapat call dari orang rumah aku...dia beritahu cikgu tadika Zaim telepon mengatakan yang si Zaim ni ada pukul sorang rakannya bernama Daniel...sampai budak tu tak berani nak pergi sekolah lagi...alamak.... heran jugak aku...setahu aku zaim memang susah nak buat sesuatu yang macam tu...kalau kat rumah aku tahulah perangai dia agak nakal dan manja sikit...tetapi biasanya kalau di luar dia nampak terkawal...
So wife aku suruh gi tadika...so balik sekolah terus gi tadika..park moto kat depan tadika ttp aku nyorok jauh sikit saja nak tgk reaksi dia...zaim tercari-cari aku...tapi tak sampai ati aku tgk dia aku munculkan diri...nampak muka dia monyok jer...
Abis baca doa semua cikgu zaim bawa keluar zaim..dan menceritakan keadaan yang sebenar...zaim sebenarnya bukanlah pukul si daniel ni...kejadian ni berlaku dalam van sekolah...zaim dan daniel ni satu van sebab dok satu taman (bandar)...Bandar Seri Alam..zaim dok jalan rimba...daniel dok jalan rimbun....apa yang diberitahu cikgu...zaim selalu cucuk-cucuk daniel kat leher dia...bila ditanya kenapa dia buat macam tu...zaim sengih jer...tapi takpa..dia mengaku...selain tu aku tanya gak pasal zaim dalam kelas...Alhamdulillah dia ok dalam kelas walaupun banyak bercakap dalam kelas...pot-pet...pot-pet...so kat sini aku dapat simpulkan yang anak aku ni dah tak macam dulu lagilah...dah banyak bercakap dengan orag lain....mungkin dia dah kenal orang tu kot....
so lepas tu aku jumpa ngan driver van...kak sal..tanya pasal kes zaim ni...Kak sal cakap memang zaim selalu nyakat si daniel ni...daniel ni dari segi perwatakannya nampak manja...KAk sal cakap zaim ni sebenarnya nak berkawan...cuma tak reti cam mana nak berkawan...sebab tu selalu tarik beg si daniel...usik2 daniel...aku pun dah jumpa si daniel ni...saja nak bercakap...tapii dia nangis lak...manja tul lah dia ni...
abis tu aku ambik zaim balik dan pergi ke rumah mak daniel kat rimbun tu ...mintak maaf vagi pihak zaim...mak dia paham...budaklah katakan....lepas tu aku saja belanja zaim makan kat Esso...makan ayam, aiskrim...beli air...saja nak ambil hati dia balik lepas aku dah marah sikit dia tadi...
pas tu balik dan tido...
P/S: perlu ada hubungan yang erat antara pihak sekolah, guru dan ibu bapa....

Saturday, February 19, 2011
Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H Surau AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H
SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA)
BANDAR SERI ALAM
Ø Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara
@ Assalamualaikum w.b.t.
Yang dihormati Ustaz Mohammad James, Pengarah Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz, yang berusaha En Pajar bin Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba) Bandar Seri Alam, serta ahli jawatankuasanya, dan para hadirin yang rahmati Allah sekalian.
@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
@ Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis mempersilakan.
@ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Ismail Nasirrudin Shah untuk membacakan doa. Dipersilakan.
@ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail Nasirudin Shah di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
@ Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan ………………………………………………….untuk mempersembahkan marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan.
@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed James yang diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Mohammad James di atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.
@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis mempersilakan
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sempurnalah sudah majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam.
Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz Mohammad James diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke majlis santapan...
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini.
Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali
Labels:
Bandar Seri Alam,
Surau AlMukminin,
Teks Pengacara
Thursday, February 17, 2011
Buku 1 Kaedah Penyelidikan
Ini adalah buku ketiga yang bakal aku beli untuk pembelajaran aku kat UTM ni...buku ni aku dah order minggu lepas kat Badan Cemerlang dan aku akan ambik esok ...Buku ni di cadangkan oleh Caei...nampak dalamnya tersusun kemas...so aku pun beli jer...apalah sangat dengan ilmu yang aku boleh perolehi...lagipun aku memang blur dengan research2 ni...maklumlah graduan UUM..ada ker kita buat research ni...
Buku 2 pasal statistik aku dah oreder kat badan...mungkin next week dapat kot
Buku 2 pasal statistik aku dah oreder kat badan...mungkin next week dapat kot
Thursday, February 3, 2011
UniKL-MITEC
Dah sebulan beroperasi UNIKL Pasir Gudang ni...baru ni terdetik hati nak bukak cerita pasal UNIKL ni...Sebenarnya dah lama UNIKL beroperasi...maksud aku yang beroperasi di kampus tetapnya di hutan Seri Alam...Maka dengan beroperasi nya di kampus tetap ni...aku rasa yang kampus sementara kat Jalan Suria tu dah tutup kot...nanti aku confirmkan...tapi memang cam dah sunyi jer setiap kali aku lalu...
sebahagian pemandangan UNIKL....masjid dan bangunan pentadbiran...dan jugak tasek buatan...serta bengkel2 dan hostel... |
Baju baru badminton Rimba
Ha...yang ni plak baju baru untuk team Rimba main badminton lak...Ajak yang carikan..murah-murah jer RM13 sahaja..beli di B&Z Impian di Johor Jaya...akunya ambil saiz L...tapi ketat ;lak kat ketiak...yang sebelum ni L ok jer...mungkin baru lagi...nanti dah basuh oklah tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)