Hari ni aku sekeluarga bermandi-manda di Tiram Indoor Waterpark....dekat jer dari rumah aku ni lebih kurang 25km jer...Sebenarnya aku ada dapat tiket percuma untuk kanak-kanak, dapat dari guru prasekolah kat sekolah aku...so memang plan nak gi pun...cuba tgk apa menarik...
Taman air ni terletak di Pasaraya Besar Todays di Ulu Tiram, jaraknya lebih kurang 20 km dari JB, 25 km dari Pasir Gudang, 25 km dari Kota Tinggi...dari Seri Alam lak kalau area rumah aku 25km lah... tp kalau area rumah Jalan Bayu, Bukit mungkin dalam 20km jer...dari Jalan Rimba ke highway PG jer dah 5.2 km tau...
Dalam Todays tu taman air ni terletak di tingkat LG, so sesiapa nak cari parking cari are LG...senang jer kat setiap tiang tempat parkir tu ada tulis tingkat...
Masuk2 first sekali aku tgk bayaran dulu...Untuk pengetahuan semua...weekdays bayaran dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10, manakala weekend dan cuti umum dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15... kanak-kanak hanya di bawah umur 12 tahun...
masuk jer ada dalam kawasanna di kanan ada jual barang cenderamata...tak plak aku jengah kedai tu...sebab macam takda menda yang nak dibeli...terus sewa locker...satu locker RM3...tapi tak puas hati betul...locker tu hanya boleh digunakan sekali sahaja...gunakan coin...Apa maknanya sekali sahaja?...ini bermaksud setelah anda tutup locker anda dan buka untuk mengambil barang dah tak boleh tutup lagi...so kena plan dengan bijak...hanya barang yang takkan digunakan sehingga anda betul2 keluar sahaja yang sesuai disimpan di dalam locker tersebut...
Mula-mula zaim takut nak mandi, bukan takut apa, sebenarnya dia baru bangun tido so mamai-mamai sket...
lepas dah hampir 1/2 jam dia plak ligat nak main... Di sini aku sertakan beberapa gambar permainan yang ada dalam waterpark ini...(setelah beberapa minit)
tak jadi aku sertakan gambar....gila babai lambat nak upload...aku akan sertakan gambar di episod seterusnya...tak banyak permainan yang ada dalm waterpark ni...yang ada cuma
1. gelongsor air (berwarna biru)
2. tempat mainan kanak-kanak (ada 2) ala yang macam kat taman mainan tu, ada gelongsor pusing-pusing
3. kolam untuk org dewasa di seblah atas
itu jerlah, termasuk 2 bot besar yang terpaksa direbut oleh ramai orang...rasanya yang lain dah takda menda dah....air jer lah... satu lagi mainan kanak-kanak macam bot kayuh perlu disewa dengan RM 10 untuk satu jam...mahal gilax
cuma yang menarik ada replika haiwan macam dolphin, octopus, kuda laut, jerung...so bolehlah tankap gambar sebab scenenya yang menarik..
kalau nak sewa pelampung pun boleh...harganya...
1. pelampung kecik RM3 untuk 2jam
2. pelampung besar RM 5 untuk 2 jam
3. pelampung lagi besar RM 10 untuk 2 jam
**** tak kira besar mana pelampung tersebut ianya hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja...
4. bola kecil RM2 tiada had masa
5. bola besar RM 3 tiada had masa....
Kemudahan lain yang disedikan cumalah tempat persalinan...mungkin kerana masih baru tandas dan tempat persalinan dalam keadaan tip top...Ada juga gerai-rerai makanan dibuka di kawasan luar tampat mandi...harga tak tahu plak...sebab tak jengah pun
kepada sesiapa yang tak bawak pakaian untuk mandi, pakaian mandi pun ada disediakan...boleh disewa...
kira2 hampir 2 jam jugak aku sekeluarga berendam di sana...
Kesimpulan yang dapat aku buat ialah...tak berbaloi bayaran yang dikenakan dengan permainan yang disediakan...badan aku plak gatal2 abis mandi...baik aku mandi kolam kat Kem Kaizen minggu lepas, tak gatal pun badan aku...sambung next episod untuk lebih banyak gambar
No comments:
Post a Comment