Pages

Peta Bandar Seri Alam

Sunday, October 31, 2010

Sekolah-sekolah Bandar Seri Alam


SK Bandar Seri Alam...terletak di Jalan Rimbun



SK Seri Alam 2, terletak di Jalan Suria 47
SMK Seri Alam 2...apa nama jalan erk...terletak di jalan menuju ke Tmn Flora Height
SMK Bandar Seri Alam, terletak di Jalan Tasek 64
SJKC Nam Heng, terletak di Persiaran Seri Alam



Sek Agama Bandar Seri Alam, di Jalan Tasek 64, berseblahan dengan SMK Bandar Seri Alam
terletak di Jalan Gunung, belakang Balai Polis Seri Alam
Sekolah Jepun...di Persiaran Seri Alam

Saturday, October 30, 2010

Tiram Indoor Waterpark (2)

Yang ini mainan untuk budak2 bawah umur 8 yahun kalau tak silaplah...


ini plak, mainan yang sama macam kat atas, tp rasanya tuk umur bawah 10 tahun...besar sikit dari yang kat atas tu
ha...yang ini gelongsor
gelongsor gak untuk budak kecik...
mainan ni kalau nak sewa kena bayar rm10 untuk sejam...mahal bai...nak sewa yang lain ada seperti gambar di bawah ni...



RM5 tuk 2 jam

rm3 tuk 2 jam
no time limit....
 yang ni plak...kolam tuk org dewasa...air adalah paras dada aku...kalau dah boring main air paras lutut bolehlah berenang sikit kat sini

Saturday, October 16, 2010

Tiram Indoor Waterpark (1)

Hari ni aku sekeluarga bermandi-manda di Tiram Indoor Waterpark....dekat jer dari rumah aku ni lebih kurang 25km jer...Sebenarnya aku ada dapat tiket percuma untuk kanak-kanak, dapat dari guru prasekolah kat sekolah aku...so memang plan nak gi pun...cuba tgk apa menarik...
Taman air ni terletak di Pasaraya Besar Todays di Ulu Tiram, jaraknya lebih kurang 20 km dari JB, 25 km dari Pasir Gudang, 25 km dari Kota Tinggi...dari Seri Alam lak kalau area rumah aku 25km lah... tp kalau area rumah Jalan Bayu, Bukit mungkin dalam 20km jer...dari Jalan Rimba ke highway PG jer dah 5.2 km tau...
Dalam Todays tu taman air ni terletak di tingkat LG, so sesiapa nak cari parking cari are LG...senang jer kat setiap tiang tempat parkir tu ada tulis tingkat...
Masuk2 first sekali aku tgk bayaran dulu...Untuk pengetahuan semua...weekdays bayaran dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10, manakala weekend dan cuti umum dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15... kanak-kanak hanya di bawah umur 12 tahun...
masuk jer ada dalam kawasanna di kanan ada jual barang cenderamata...tak plak aku jengah kedai tu...sebab macam takda menda yang nak dibeli...terus sewa locker...satu locker RM3...tapi tak puas hati betul...locker tu hanya boleh digunakan sekali sahaja...gunakan coin...Apa maknanya sekali sahaja?...ini bermaksud setelah anda tutup locker anda dan buka untuk mengambil barang dah tak boleh tutup lagi...so kena plan dengan bijak...hanya barang yang takkan digunakan sehingga anda betul2 keluar sahaja yang sesuai disimpan di dalam locker tersebut...
Mula-mula zaim takut nak mandi, bukan takut apa, sebenarnya dia baru bangun tido so mamai-mamai sket...
lepas dah hampir 1/2 jam dia plak ligat nak main... Di sini aku sertakan beberapa gambar permainan yang ada dalam waterpark ini...(setelah beberapa minit)
tak jadi aku sertakan gambar....gila babai lambat nak upload...aku akan sertakan gambar di episod seterusnya...tak banyak permainan yang ada dalm waterpark ni...yang ada cuma
1. gelongsor air (berwarna biru)
2. tempat mainan kanak-kanak (ada 2) ala yang macam kat taman mainan tu, ada gelongsor pusing-pusing
3. kolam untuk org dewasa di seblah atas
itu jerlah, termasuk 2 bot  besar yang terpaksa direbut oleh ramai orang...rasanya yang lain dah takda menda dah....air jer lah... satu lagi mainan kanak-kanak macam bot kayuh perlu disewa dengan RM 10 untuk satu jam...mahal gilax
cuma yang menarik ada replika haiwan macam dolphin, octopus, kuda laut, jerung...so bolehlah tankap gambar sebab scenenya yang menarik..
kalau nak sewa pelampung pun boleh...harganya...
1. pelampung kecik RM3 untuk 2jam
2. pelampung besar RM 5 untuk 2 jam
3. pelampung lagi besar RM 10 untuk 2 jam
**** tak kira besar mana pelampung tersebut ianya hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja...
4. bola kecil RM2 tiada had masa
5. bola besar RM 3 tiada had masa....
Kemudahan lain yang disedikan cumalah tempat persalinan...mungkin kerana masih baru tandas dan tempat persalinan dalam keadaan tip top...Ada juga gerai-rerai makanan dibuka di kawasan luar tampat mandi...harga tak tahu plak...sebab tak jengah pun
kepada sesiapa yang tak bawak pakaian untuk mandi, pakaian mandi pun ada disediakan...boleh disewa...
kira2 hampir 2 jam jugak aku sekeluarga berendam di sana...
Kesimpulan yang dapat aku buat ialah...tak berbaloi bayaran yang dikenakan dengan permainan yang disediakan...badan aku plak gatal2 abis mandi...baik aku mandi kolam kat Kem Kaizen minggu lepas, tak gatal pun badan aku...sambung next episod untuk lebih banyak gambar

Bajet 2011....kaki&tangan kerajaan masih berharap

Maka termaktublah sudah Bajet 2011...dan sebagai kakitangan kerajaan memang sudah menjadi adenda mendengar Bajet untuk mengetahui pemberian bonus seperti yang dicadangkan oleh CUEPAC...tapi tahun ini kakitangan kerajaan terpaksalah berpuashati lagi dengan hanya pemberian RM1000 setelah mengambil kira RM500 yang telah diberikan semasa raya hari tu...
Tapi rasanya tahun ni, rasanya dah kurang semangat nak dengar berita pemberian bonus setelah rasanya dah 2 tahun dinafikan dari mendapat bonus tersebut...Apa-apapun terima kasih kepada kerajaan pentadbiran PM Najib...oklah tu dari takda
betul jugak katanya....Jangan Mengggadaikan Masa Depan Negara Hanya Kerana Ingin Mengejar Populariti Masa Singkat...
So sebagai penyokong kerajaan, cikgu masih menyokong kerajaan yang memerintah masa kini...

Wednesday, October 13, 2010

Kolej HELP

HELP, Seri Alam labur RM300j bina kampus

KUALA LUMPUR 12 Okt. - HELP International Corporation Bhd. (Kumpulan HELP) dan Seri Alam Properties Sdn. Bhd. (Seri Alam) bakal melabur RM300 juta bagi membangunkan empat fasa kampus Kumpulan HELP di Bandar Seri Alam, Iskandar Malaysia, Johor.
Fasa pertama yang melibatkan kawasan seluas 250,000 kaki persegi dijangka siap menjelang 2013 manakala keseluruhan projek dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2016.
"Kami akan membangunkan strukturnya dan Kumpulan HELP akan menyediakan kemudahan lain seperti kelas, makmal dan rekaan dalaman , " kata Ketua Pegawai Eksekutif UMLand Bhd., Pee Tong Lim.
Pee berkata demikian di dalam sidang akhbar selepas mewakili Seri Alam memeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara syarikat itu dan Kumpulan HELP di sini hari ini.
Seri Alam adalah anak syarikat milik penuh UMLand dan merupakan pemaju Bandar Seri Alam di Iskandar Malaysia.
Majlis disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Di bawah MoU berkenaan, Seri Alam akan membangunkan kampus tersebut dan memajaknya dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.
Menurut Pee, penubuhan kampus keempat kumpulan HELP di Bandar Seri Alam bakal mengukuhkan lagi kedudukan bandar itu sebagai pusat pendidikan di Iskandar Malaysia.
Kampus tersebut akan dibina di atas tanah seluas satu juta kaki persegi bersebelahan dengan Taman Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan Inkubator (BIRD).
Ia juga akan berjiran dengan beberapa institusi pendidikan ternama seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Masterskills University College of Health Sciences.
Dalam pada itu, Presiden Kumpulan HELP, Datuk Dr. Paul Chan berkata, penubuhan kampus baru itu akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan, perkhidmatan sokongan, permintaan kepada kediaman dan gaya hidup baru di rantau ini.
Kampus baru itu akan menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, masakan, keusahawanan, kejuruteraan, multimedia dan animasi.

sumber: Utusan Malaysia