Pages

Peta Bandar Seri Alam

Friday, August 26, 2011

Tawaran Ujrah PTPTN

Hari ni aku menerima kembali tawaran Ujrah daripada PTPTN...heran jugak aku...hari tu kata tawaran dan xxpired...padahal aku dah hantar utk ditukarkan kepada Ujrah ni...Apa pendapat korang berkenaan Ujrah ni...setelah aku membuat pengiraan...aku dapat putusan tawaran Ujrah ini lebih menguntungkan aku...atas 2 sebab utama...
Pertama...baki bayaran yang perlu aku jelaskan sehingga akhir 2012 berbanding bayaran tawaranUjrah setelah diambil kira upah pengurusan lebih tinggi...
Kedua.....masa yang perlu aku bayardapat dipanjangklan sehingga 2018 berbanding 2012...walaupun rasanya aku mempunyai sumber yang cukup untuk menghabiskan pembiayaan tersebut dihujung tahun 2012..
TQ PTPTN....aku leh gunakan pulus yang ada tu tuk gunakan ke tempat lain....heheheheh......silver kot...

Thursday, August 25, 2011

Inilah bendanya....

Beberapa hari lepas, dalam post terdahulu...aku ada cakapkan pasal duit syiling...So duit syling tu akudah tukarkan kat bank...Semuanya RM250 jer...lepaslah bagi duit raya ke budak yang datang rumah...tetapi seperti yang kukatakan...aku nak buat menda lain ngan duit tu...Ni lah bendanya...SILVER COINS
1oz Australian Koala 2011




 1oz Fiji Taku 2010




Semua silver ni aku dapatkan di http://www.clickgold2u.com/silver. Jengah-jengah lah...



Monday, August 22, 2011

Setahun telah berlalu...

Setahun dah berlalu...tahun lepas  aku habiskan untuk diberikan pada hari raya...aku berikan kat budak kerana aku tak banyak tukarkan wang RM1...so aku cakap kat budak...kalau duit kertas aku bagi RM1 tapi kalau duit syiling aku bagi RM2...so kebanyakkan mereka nak duit syiling...boleh kata nak habis jugak syiling aku tahun lepas...
Esok aku nak ke CIMB bank untuk kutukarkan syiling tersebut...tapi tahun ni aku tak jadikan duit raya...aku nak tukarkan kepada sesuatu...nak tahu apa dia???...tunggu...nanti ku updatekan....

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

 
Tahun ini Awal Ramadan aku sambut di Kuantan. Rasanya daha lama tak berpuasa dan berbuka di hari pertama puasa di Kuantan...Maklumlah bila time awal Ramadan ni cuti hanya sehari...tahun ni plak kalau jatuh puasa pada hari Isnin, maka jadilah 3 hari cuti...so aku ambil peluang ini utnuk balik ke kuantan...   tapi kalau puasa pada hari Selasa macam mana?...ha..ha..ha...tak tahu lagi perancangan macam mana...kena tunggu malam nilah....takkan nak ambil cuti hari Isnin...dah lah minggu lepas dah ambil CRK...takkan Isnin nak CRK lagi....ngamuk cikgu Aziz...

Apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat...Semoga Ramadan kali ini dapat kita penuhkan dengan beribadat kepada yang Maha Esa...