Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, June 2, 2011

Zaim punya hal....

 
Macam tak percaya hari ni dah Khamis,macam kejap jer cuti sekolah rasanya..Hari ni program utama aku adalah pergi Hari Terbuka tadika Zaim...Ingatkan nak pergi awal...tapi bila pikirkan, biar pergi lewat sikit...Sebelum pergi TPB, singgah makan dulu kat Tesco....restoran Kampungku...zaim makan nasi goreng, telur rebus dan ikan goreng...mak..aih...mahelnya RM3.50...aku makan nasi putih, ikan goreng sambal ngan sayur...RM5.50...lagi mahel...belum masuk air lagi tu...semuanya RM12.60...Baik aku makan ayam penyet jer...Ayam Penyet kat sini best tau...harga kalau tak silap RM5.90...

Habis makan terus gi TPB...bayar yuran...semua RM375...pastu jumpa guru kelas, Cik Fazlini...so cikgu kelas simpulkan yang Zaim ni baik dalam kelas...pelajaran dia pun baik jer...So kalau ditengokkan dari prestasi ujian hari tu..Zaim dapat no 5 dengan purata markah 90...sama dengan Alif Mukhriz yang kebetulan sekali datang dengan  Zaim...Keselurhannya Zaim dapat no 11 daripada semua murid 5 tahun...Oklah tu..cuma perlu ditingkatkan ilmu Sains dia...takpa lepas ni kena lebihkan sikit membaca berkenaan ngan Sains...

Cikgu kata Zaim ni banyak mulut sekarang...asik bercakap jer dalam kelas..tapi dia ok..kerja sekolah semua dia buat...Alhamdulillah...Kemudian aku isi borang maklumbalas berkenaan sekolah ni...Pada aku sekolah ni baik secara keseluruhannya...bersistematik...mungkin kalau nak compare ngan Nuri dan Smart Reader tu takleh lah....tapi memang prestasi sekolah ni baik di mata ibu bapa...Cuma yang aku kecewa...takda Van boleh hantar dan ambil Zaim ke sekolah ni sebelah pagi kalau dari Seri Alam...ingatkan tahun depan nak masuk sesi pagi...tapi ada masalah pengangkutan...kena ikhtiar ni....
Zaim jugak dapat hadiah daripada Teacher Aslina...nampak Teacher Aslina ngan Zaim ni rapat...siap nyani lagu I Love You...teacher As cakap dia hanya nyanyi ngan Zaim jer..terima kasih cikgu...Teacher As bagi hadiah sebab Zaim dapat A untuk Bahasa Inggeris...tapi next semester Teacher As mungkin dah tak ajar Zaim...

Habis gi TPB...kitorang gi Maybank Masai...masukkan duit untuk Akaun Yippie Zaim...sebab tabung Tiger dia dah penuh...dapatlah dalam RM51 lebih jer...and then gi buat M2U...Sambil2 buat M2u tu sempat jugak menjeling kat kertas Prestasi Maybank...Fuyo.....Maybank Masai dok di ranking pertama dengan prestasi 100%...Syabas.......

Lepas gi Maybank...gi Tesco balik sebab nak cari sempoa...next sem zaim dah belajar sempoa...sebenarnya sempoa ada dijual kat TPB...tapi taknak beli sebab sempoa tu kayu...aku dah ada yang kayu kat rumah...tak tahan...so ingatkan nak cari yang plastik...hari tu ada yang plastik kat bahagian clearance...cuma RM1.50...tapi gi tengok dah takda dah...Abis suda....Lepas tu apa lagi balik dan tido...Bangun tido ngadap internet lah...cari apa yang perlu...

next punya post mungkin akan aku ceritakan pasal apa yang aku jumpa kat internet...Tunggu...(ramai ker yang tunggu...hehehehhee..)

Wednesday, June 1, 2011

Cikgu: Apa Yang Nak Dibanggakan

 

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah basuh baju dan plan nak ke taman bersama Zaim... So aku plan nak beli sarapan dan makan kat taman kat tasek teratak waktu zaim main-main kat playground...Hari ni jugak buat pertama kali aku beli dua surat khabar sekali...beli Berita Harian ngan Sinar Harian...
Apa yang nak aku kongsi di sini adalah berkenaan dengan kenyataan seorang rakan BH dalam ruangan SMS... Apa yang dia tulis?

"Apa yang dibanggakan sangat pasal cikgu ni,mereka di bayar gaji untuk mengajar, kalau percuma patut kita hargai.Kalau mereka tak nak mengajar, duduk rumah"

Kenyataan ini pada aku agak menyakitkan hati, memandangkan aku seorang guru, tetapi kalau aku bukan guru pun aku rasa pandangan ini agak menjengkelkan....Mungkin rakan BH ni bengang dengan cikgu sekolah anak dia ataupun tensen dengan cerita-cerita pasal guru yang keluar dalam surat khabar...

TASHADANIEL..... mungkin anda ada pengalaman yang teruk dengan seorang guru...malang betul nasib anda...kalaulah cikgu anda tahu menda ni...mesti dia nyesal ngajor awak....