Semalam, oleh kerana Zaim kecoh suruh cari quiver ni, puaslah aku plan untuk cari benda ni...cari di beberapa kedai tak jumpa...idea asal nak buat quiver sendiri tercetus...sebelum ni dah ada layari intwrnet cara nak buat quiver sendiri...tapi banyak yang gunakan paip pvc...
akhirnya aku dapat idea lepas tengok seorang anak muda hanya guna tabung bulu tangkis jer buat quiver ni...quiver dia lagi sempou...just buat lubang kat tabung untuk letak hook supaya boleh disangkut kat seluar...
Ini hasil quiver yang aku buat bersama isteri demi puaskan hati zaim...ternyata dia puas hati...
aku hanya gunakan tabung bulu tangkis, gam, kain baju yang dah tak pakai....aku guna warna coklat biar nampak macam tradisioanal gitu..done...bolehlah sementara beli yang cantik betul...
No comments:
Post a Comment