Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, September 20, 2014

Masjid Besar Bandar Seri Alam Dalam Pembinaan

Hari ni melalui Jalan Persisiran Seri Alam, jalan sepanjang IPD Seri Alam, ternampak signboard pembinaan masjid baharu bandar seri alam telah terpacak...Alhamdulillah, dah tak lama lagi dapatlah masjid yang baharu di bandar seri alam ni menggantikan masjid nurul hidayah di Jalan Tasek. Daripada signboard tu nampak macam nama masjid ni Masjid Besar Bandar Seri Alam
Buat masa sekarang ni telah ada dua masjid di BSA iaitu Masjid AlFalah di Jln Gunung dan Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek...seperti yang aku mentionkan tadi masjid baharu ni akan menggantikan masjid di jln tasek tersebut
Alang alang aku dah cerita pasal masjid aku tambahkan lagi info yang berkaitan dengan masjid ni... Buat masa sekarang juga surau di UNIKL telah menjalankan solat jumaat menjadikan 3 tempat untuk bersolat jumaat bagi penduduk BSA dicampur dengan 2 masjid yang diatas.
Di BSA ini juga terdapat beberapa buah surau yang dapat menampung penduduk setempat untuk beribadah dan juga kepada sesiapa sahaja yang berkesempatan menunaikan solat di BSA ini

1. Surau AlHusna di Jalan Suria


AlHusna...salah satu surau yang sangat aktif...Tokku Pasir Gudang selalu memberikan ceramah agama disini.
2. Surau Nurul Iman di Flat Tasek 64
3. Surau AlMukminin di Jalan Rimba
Pandangan dari rumah Cik Din yang bakal berwajah baru semasa Majlis Maulidur Rasul
4. Surau di Bayu (nama tak ingat)
5. Surau di Jalan Gunung ( status surau belum aku ketahui setelah Masjid Alfalah dibina)
6. Surau di IPD Seri Alam
7. Surau di UniKL

Sekian untuk kali ini...Selamat Beribadah

2 comments:

  1. Assalamulaikum cg musi, mcmana nak contact cg musi. boleh bg no hp
    cg yusli 0137206272
    saya berminat nak invest area situ

    ReplyDelete
  2. boleh hubungi saya di 0137445237....tapi utk apa yerk..

    ReplyDelete