Pages

Peta Bandar Seri Alam

Thursday, November 7, 2013

kalah lagi...


Selepas seminggu kalah dalam bidaan pertama di mahkamah tinggi, minggu ni aku kecewa lagi...aku dapat rasanya keyakinan yang tinggi untuk dapatkan rumah ni..tapi nasib masih tak menyebelahi aku dan isteri...kali ni kami memcuba rumah di Flora Height yang berada di sekitar Bandar Seri Alam...RP hanya dalam 81k...target aku hanya setakat 130k dan itulah yang dilakukan wife aku ketika membida...nasib masih tak menyebelahi kami..pesaing lain menang dengan harga 135k...sayang sangat...rumah ni masih cantik dan dihuni oleh pemilik asal...nak buat macam mana...
Nampak gayanya aku perlu guna strategi lain untuk mendapatkan rumah lelong ni...nampaknya situasi sekarang adalah sukar nak dapatkan rumah lelong terutama di sekitar BAndar Seri Alam ni..mungkin juga aku kena meneroka sehingga ke Kota Masai...nampaknnya minggu depan pun macam ada terget menarik..tapi aku tunggu dululah...nak tunggu cuti sekolah biar aku sendiri yang pergi membida...sian kat wife hari ni dah cuti lagi...next week nak cuti lagi macam dah tak seronok lah pulak...aku plak memang tak dapatlah nak cuti...next week hari yang penting untuk sekolah...so berehat untuk 2 minggu dulu...
sekian...

Saturday, November 2, 2013

Kalah Lelong


Dari bulan lepas aku berazam nak dapatkan sebuah rumah lelong ni...dari 3/10 postpone ke 31/10 dia punya lelongan...Alhamdulillah tercapai gak aku nak bid rumah ni...Terima kasih kat wife aku kerana sanggup pergi buat bidaan kat mahkamah...aku tak dapat nak join maklumlah jauh lagipun susah nak dapat cuti ni...Kami kalah pada bidaan ini..reserve price 51k...tapi last sekali harga jatuh pada 92k..bincang ngan wife harga takat 78k sahaja...nampaknya takda rezeki kami...insyaAllah minggu depan nak cuba sebijik rumah lagi...harap-harap berjaya

Wednesday, March 27, 2013

Sibuk...sibuk...sibuk

Sibuk...sibuk...inilah yang dapat aku rasakan sekarang ni...walaupun sebenarnya tak sesibuk mana pun...perlukan ketenangan sekarang...banyak sangat di dalam kepala aku untuk difikirkan...
Mintak maaf kepada sesiapa yang ada telefon aku untuk bertanya berkenaan rumah...biasanya pada cuti sekolah ni rajin aku tengok2 keadaan rumah di Seri Alam ni...tapi dengan kesibukan sekarang ni...aku tak dapat fokus padaa satu2 kerja...
mmmmm....salah aku jugak tak pandai menguruskan masa dengan betul...
banyak lagi kerja utk cuti sekolah ni yang belum disetelkan...Laporan Projek 1...alhamdulillah...jadual waktu nak kena ubah...projek Giant Step tak siap lagi...mampuih...