Pages

Peta Bandar Seri Alam

Saturday, September 17, 2011

Jadual Padat di Bulan Syawal...

Alhamdulillah...hari ni baru tergerak nak memenuhi ruang dan masa yang ada dengan berblog...Sebenarnya bukan apa...dalam bulan syawal ni,jadual aku sangat padat...Bersyukur kepada Allah juga...satu-satu program dah abis dilaksanakan di bulan ini...
Pertama sekali adalah berkenaan dengan UPSR...UPSR dah berlalu...lega rasanya...hilang satu bebanan...namun begitu bebanan baru pula muncul...aku perlu merangka segala program untuk memenuhi keperluan murid tahun enam selepas UPSR...ini dinamakan program Pasca UPSR...bayangkan ada lagi lebih kurang 6 minggu lagi untuk dipenuhi dengan prgram setiap hari...Pening kepala aku..tak seperti tahun sebelumnya...tahun ni aku belum prepare lagi rangka kerja program ini...biarlah...aku main hentam kromo aja... 
Program Marhaban pun dah abis...ambil masa seminggu jugak habiskan program ni...Program ni pada aku bagus bagi mengenali rakan-rakan jiran di Jalan Rimba ni... Perjiranan aku ni dikenali dengan Jalan Rimba kerana rumah kami adalah di Jalan Rimba memandangkan tak banyak lagi kawasan Jalan Rimba yang lain dibuka..Jalan yang baru buka hanya Rimba 53 hingga 57 dan juga di Park View (kami panggil rumah besar)..
Program rumah terbuka pun memadatkan lagi jadual syawal ini...tiap-tiap hujung minggu ada jer rumah terbuka...cuma aku jer yang tak buat rumah terbuka...tapi kepada kawan yang mengenali diri ini...datang jerlah ke rumah kami ni...rumah sentiasa terbuka...nak makan???no hal punya...kuih raya masih banyak...InsyaAllah tahun depan kami sekeluarga buat rumah terbuka...
Di bulan ini juga kelas aku telah bermula...Ini minggu yang pertama...kelas aku tahun ni padat sikit...setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis...subjek yang aku ambik pun boleh tahan jugak...
So dengan pelbagai aktiviti sepanjang bulan ini,memang rasa malas nak bukak internet kat rumah...nak buat coretan kat blog ni pun lagilah berat rasanya...
Tak hairanlah...pala aku dok naik pening jer sepanjang minggu ni...bila nak check kat doktor???takut ada darah tinggi jer..
Silver???aku stop dulu...

No comments:

Post a Comment