Pages

Peta Bandar Seri Alam

Tuesday, May 17, 2011

Lirik Boria (Menang pertandingan sempena hari guru)


ASSALAMUALAIKUM, KAMI UCAPKAN
KEPADA RAKAN GURU DAN MURID SEKALIAN
BORIA HARU BIRU KAMI PERSEMBAHKAN
MARI DENGAR JANGAN MALU JANGAN SEGAN


HARI HARI MASUK HUTAN DOK MEMIKAT MERBAH
SERONOKNYA TENGOK MERBAH DOK MAKAN BUAH
GURU BESAR KITA NAMANYA LAH ENCIK TUAH
SEGAK ORANGNYA, KACAK LAGI MUHIBAH...


CIKGU SEKOLAH KITA, HEBAT-HEBAT BELAKA
DISURUH WAT KERJA TAK PERNAH PUN NAK BERKIRA
CIKGU SEKOLAH KITA, CANTIK TAMPAN BELAKA
SENTIASA BERJANGOK, BERHIAS TAK KIRA MASA


ENCIK AZIZ PULA GURU PK SATU
ORANGNYA NAMPAK TENANG DAN SENYUM SELALU
PAGI-PAGI LAGI, DIA BUAT RELIEF DULU
SESIAPA YANG DAPAT, KEKADANG BERBULU


GURU PK HEM KITA, NAMA ALIMAH
REGISTER DAN KAK MAH TAK DAPAT DIPISAH
ORANGNYA TEGAS, LAGI BERHEMAH
NAMUN BELIAU TETAP PERAMAH


YANG INI PULA NAMPAK CUTE DAN JUGA MANIS
WALAUPUN MURID KATA MUKA NAMPAK BENGIS
HAJI DARINDI PASANGANNYA YANG ROMANTIS
ITULAH DIA PK KO YANG BERNAMA KAK MIS


CIKGU SEKOLAH KITA, HEBAT-HEBAT BELAKA
DISURUH WAT KERJA TAK PERNAH PUN NAK BERKIRA
CIKGU SEKOLAH KITA, CANTIK TAMPAN BELAKA
SENTIASA BERJANGOK, BERHIAS TAK KIRA MASA


MENANG ATAU KALAH, PERKARA BIASA
NAMUN RUMAH BIRU TETAP AKAN JADI JUARA
HIJAU, KUNING, MERAH DEPA DAH BIASA KALAH
KALAU TAK PERCAYA, NANTI KITA TUNGGU SAJALAH


PERSEMBAHAN KAMI, KINI BERAKHIR TAMAT
KEPADA SEMUA, KAMI TABIK SERTA HORMAT

1 comment: