Pages

Peta Bandar Seri Alam

Tuesday, July 27, 2010

Lagu sekolahku sama dengan lagu IPTI

Adakah ini satu kebetulan...rasanya tak kot....
Baru-baru ni aku bukaklah buku rancangan mengajar guru pelatih di sekolah aku....aku tgklah lagu sekolah IPTI rasanya dia punya lagu sama sebijik dengan lagu sekolah menengah aku dulu....adakah pencipta lagu sekolah aku dulu adalah pencipta lagu MPTI...entahlah....
SEMAIN SUBUR, SEMAIAN SUBUR....
BEGITULAH COGANKATA...
SMPH, SMPH...
SEKOLAH YANG KAMI CINTA.................

p/s ..Teringat waktu zaman sekolah dulu...ingtakan lagu Sembahyang Subuh

Bank Persatuan

Pernah tak korang mendengar nama Bank Persatuan....aku pun baru jer dengar dengan nama bank ni...kolot gilalah...dengar kata bank ni baru mengumumkan dividen sebanyak 10% untuk tahun kewangan tahun lepas...memang tinggi lah...boleh nak lawan dengan Bank Rakyat...
aku pun hanya dapat maklumat ni di dalam BJ...rupanya dah lama BP ni beroperasi...BP merupakan bank koperasi yang kedua setelah Bank Rakyat...
so sesapa yang nak melabur di dalam Bank Persatuan ni rajin2 lah selak dalam BJ..sebab ada thread khusus berkenaan pelaburan di dalam BJ...cuma yang agak mendukacita bagi aku adalah...BP ni takda di Johor, cawangannya banyak di sebelah Penang dan utara, KL ngan Pahang adalah satu....
sekarang pelaburan telah dhadkan hanya kepada 10K sahaja...oklah tu...
Rasanya sejarang Angkasa pun dah cuba nak dijadikan sebuah lagi Bank Koperasi di Malaysia...so kita tunggu sajalah...mana tahu beleh divesify pelaburan kita...hhehhe...tunggu...
sekarang ni dalam perancangan nak suruh adik ipar tgkkan BP kat Kuantan... 

Sunday, July 18, 2010

Majlis Pecah Tanah UiTM, Pasir Gudang

Pagi semalam, (Sabtu, 17/7/10) aku ngan Izzhari saja menghabiskan masa ke Majlis Pecah Tanah UiTM di Seri Alam ni....untuk pengetahuan semua kampus UiTM baru terletak di kawasan Cactus Inn....bagi org yang tau tu, mesti tau kat mana Cactus Inn ni...tp pada aku malang jugalah....ada gak org Seri Alam tak tau kawasan yang mereka duduki ni....tanya kat mana tapak UniKL ngan MRSM pun tak tau...padahal dah banyak poster dan kain rentang merentang di setiap kedai-kedai.
Berbalik kepada UiTM....so sekarang macam dah terjawab teka-teki kat mana Kampus UiTM yang baru...kalau tidak sebelum ni ianya di rancang di kawasan Tenggara...so kepada penduduk Tenggara, terpaksa terimalah hakikat yang kampus itu akan di bina di Pasir Gudang...
Untuk pengetahuna semua, UiTM di bina dengan kos 300 j sahaja dengan menggunakan model PFI (Private Finance Initiative). Model PFI merupakan hubungan dua hala Kerajaan dan sektor swasta yang dikawal oleh perjanjian konsesi....
Ada 5 fakulti iaitu Kejut Awam, Elektrik, Kimia, Mekanikal dan Pengurusan Perniagaan (Transportation)...student lebih kurang 4000 orang... UiTM hanya menempatkan 2000 student sahaj di dalam kampus, dan selebihnya mereka akan menyewa di kawasan sekitar...
So kepada pemilik2 rumah sekalian yang berhampiran jgn lepaskan peluang ini...Kita tgk shaja Seri Mutiara sedang dipercantikkan....bangunan yang terbengkalai sekian lama sebelah Octville tu pun telah dibangunkan semula oleh Mahabuilders
Tak semena gak waktu aku gi majlis ni, jumpa ngan kawan lama, Deq Nor ngan suaminya Wan Ashril (Roslin)...rupanya Deq Nor adalah lecturer UiTM Kampus Bandaraya...Roslin lak macam besala...seorang Akauntan di AG Johor memegang title Penolong Pengarah Kanan sekarang....bawaklah dia dtg umah w'pun berselerak habis rumah aku ni...member lama punya pasal...nak cite lah pasal Roslin ni....beruntung betul lah member aku sorang ni...sekarang dipinjamkan ke KEJORA, Bandar Penwar dan ditawarkan gred W48...pghhh rezeki orang kita tak taukan...baru jer kerja 7 tahun...
Untuk aku lak, aku takkan lepaskan peluang yang ada ni.....plan dah setel rumah di Seri Delima, aku akan dapatkan sebuah rumah lagi di Vista....aku percaya Vista merupakan lokasi paling strategik Di BSA ni....
nak tunggu lelongan dari BSN dan MBSB....sebab aku tgk hanya BSN ngan MBSB jer selalu lelong rumah ni...

Apa-apapun tunggu...aku nak gi main badminton ni...

Saturday, July 17, 2010

GC oh...GC

Ha……susah betul nak pilih laluan kerjaya jadi seorang guru sekarang ni..Ada yang ‘fast track’ lah, time based lah dan sekarang ni sibuk cikgu-cikgi nak mencuba GC…

Kementerian baru keluarkan surat edaran baru mempelawa terutamanya guru-guru untuk memenuhi kuota GC ni…

Sejumlah 2286 kekosongan seluruh Malaysia, yang paling banyak adalah khas kpd guru DG41sekolah rendah untuk menjadi DG44 KUP(GC)…banyak tu 1531 kekosongan…yang lain DGA32 (90), DGA38 (153), DG 44 Sek Men (476), DG 48 Sek Ren (25) dan Khas C (11)…

Beruntunglah mana-mana cikgu yang berminat nak jadi GC ni…. Maunya tak untung…bleh naik DG44 terus, 3 tahun lepas tu plak DG48, 5 tahun lepas tu plak DG52…pghhhh dalam masa 13 tahun jer dah bleh gred 52….pastu gred khas C…

Tahun ni kat sekolah aku ada 4 org yang layak memohon termasuk aku…aku ngan Ita rasanya tak memohon kot, Lah ngan Izatu lupa plak nak tanya. Bagus jugak kalau diorang memohon, bleh jadi perintis kepada yang lain…



Kenapa aku taknak mohon…
Aku rasa diri aku masih tidak layak memegang title Cemerlang, walaupun mungkin ada yang suruh aku mohon jer…GB pun ada suruh mohon jer….dpt tak dpt belakang kira…yerlah aku rasa aku cam takda sumbangan jer untuk sekolah maupun murid2 dalam kelas…Cuba tgk borang permohonan apa yang dia nak kita isikan….
1.Sumbangan dalam matapelajaran di peringkat sekolah, daerah dan Negara
2.Inovasi yang dilakukan terhadap matapeljaran
3.Kajian, kertas kerja atau penulisan ilmiah
So aku rasa aku tiada sumbangan yang diperlukan..setakat bagi bengkel teknik menjawab kepada murid tahun 6 dua tahun lepas….semua cikgu bleh buat…untuk murid sekolah sendiri…Inovasi plak…lagi lah…

Aku rasa aku mungkin berminat ke bidang Pentadbiran….so aku tak rasa aku akan terus menjadi guru biasa yang mengajar 25-30 waktu seminggu sehinggalah aku pencen…bukan aku tak suka mengajar…tetapi bila dah bertambah usia kita pada aku 25-30 waktu tu berat….dan aku rasa aku akan boring sebab asik mengajar jer



Mungkin satu masa nanti bila difikirkan kembali aku akan pohon jugak, tetapi bila aku rasakan diri aku dah begitu cemerlang, dapat memberikan sumbangan dan idea utnuk meningkatkan prestasi murid kat sekolah aku ker, atau memperkenalkan Teknik Pengajaran yang dinamakan Teknik Musi….aku patenkan…barulah cemerlang namanya…takpa slow2…sekarang ni pun aku rajin2 gak bukak internet, layari kaedah2 baru menjawab matematik…tp tuk sek ren ni kurang sketlah, sebab masih belajar yang asas….



Sapa taknak gaji besar kan?....tapi dah bersedia dengan tanggungjawab besar ker? Kalau title GC, pastu ngajar sama macam guru biasa, aku rasa duit lebihan beratus-ratus tu cam tak layak untuk aku?...Korang pikirlah sendiri…aku nak jadi GB bukan GC, jadi GC tak leh jadi GB, jadi GB boleh jadi GBC..hehehhe