Pages

Peta Bandar Seri Alam

Friday, April 22, 2011

Rangkuman cerita bulan April

Rasanya ini post aku yang pertama untuk bulan ini...rasa berat betul  tangan hendak mencoretkan luahan isi hati...
Walaupun dah lama tak tulis,tapi aku akan rangkumkan semua apa yang berlaku dalam bulan ini...InsyaAllah...

Pertama sekali aku nak ceritakan pasal GB baru aku...ternyata apa yang aku sangkakan meleset...rupanya En Tuah ni seorang yang peramah...senang untuk diajak berbual...seperti apa yang dia pernah ucapkan dalam mesyuarat...dia memang perlu nampak tegas di awal kemunculannya...kesimpulannya di sini...JGN CEPAT MENILAI SESEORANG ITU TANPA ANDA MENGENALINYA TERLEBIH DAHULU...

Kedua...dalam bulan ini jugak dah 2 orang rakan guru sekolah kami berpindah...yang pertama,Pn Saadiah Ahmad...dinaikkan pangkat sebagai GPK Petang di SK Kota Masai...dan seorang lagi En. Mohd Nizam...bergerak ke PPD PAsir Gudang sebagai FasiLINUS...Tahniah diucapkan kepada mereka berdua...tetapi apa yang merungsingkan aku adalah...siapa bakal menggantikan mereka...

Bagi Pn Saadiah, siapa bakal mengambil alih 4 kelas BI beliau...dahlah cikgu BI tak cukup...kalau ikutkan TP rasanya macam tak cukup 4 orang guru BI...so guru BI sekolah kami ni dah caca marba...budak pun belaja lintang pukang...

En.Nizam pulak?...dia ni guruLINUS tahun 1 dan tahun 6 Matematik...pun jugak satu kekosongan yang sukar hendak diisi oleh guru2 lain...siapa yang nak ngajar tahun 6?tahun 1 yang KSSR?...  tapi apa-apa pun sudah ada guru bakal menggantikan beliau...kalau tak suka pun nak buat macam mana...terima ajerlah...selamat datang ke tahun enam...tahniah kerana menjadi ahli baru di tahun enam...

Perkara ketiga... bulan ni merupakan bulan terakhir kelas di UTM untuk semester ni...Alhamdulillah...minggu ni adalah minggu yang rasa sanagt terbeban...
1.kena siapkan kajian MPF1523-Rabu
2. buat artikel MPF1523-Rabu
3. nak bentangkan hasil kajian MPF1523-Rabu
4. ada mid-term xm MPF1523-Rabu
5.Ada short talk UHF6033-Selasa
6.hantar folio UHF6033-Jumaat
7. Pegawai dari PPD nak hadir...-Khamis

Tapi alhamdulillah, semua perkara yang menjadi beban tu berakhir dengan sesuatu yang positif...berjaya menyiapkannya dengan agak baik...pegawai dari PPD pun dah tak jadi hadir...diorang akan datang minggu hadapan...so dapatlah aku memurnikan lagi fail-fail dan apa sahaj yang perlu bagi menghadapi mereka pada minggu depan...

Perkara keempat...aku nyaris-nyaris mengisi borang perpindahan tukar...sebenarnya bukan nyaris lagi...aku memang dah isi pun...cuma berlaku kesilapan teknikal di mana aku tersimpan sementara dan kemudiannya tidak dapat dihantar...kalau waktu tu berjaya dihantar...jawabnya aku tergolong dalam mereka yang meminta berpindah...sebenarnya waktu tu aku rasa sedikit tertekan, kerana perlu menghadapi banyak kerja dalam satu masa, memandangkan kerja yang perlu dibuat tersebut bukanlah kerja aku...so aku rasa dah fed-up bertahun2 dok buat kerja yang sama...tapi alhamdulliah...keesokkanya aku dah rasa ok dah...aku sayang nak tinggalkan sekolah ni...sebab itu dalam eg tukar tersebut aku meletakkan syarat jika tiada kekosongan dalam sekolah yang dipohon, aku tak bersetuju ditukarkan ke tempat lain...nak tahu sekolah mana yang aku pilih...?
1. SK Taman Rinting 2
2. SK Taman Megah Ria
3. SK. Taman Rinting 3...
kenapa erk sekolah ni?...fikir-fikirkanlah....

Perkara kelima, kali ni aku akan cuba apply GC plak...walaupun sebelum ini aku bertekad tak nak apply GC, tapi kali ni aku cuba...rasanya kalau diikutkan kelyakkan, semuanya telah dipenuhi...cuma lemah tang buat esei jer...2 esei yang mempunyai panjang 500 pp...antara faktor yang aku pertimbangkan dalam memilih GC adalah...setakat ini tiada ruang untuk aku berkembang...mungkin menjadi GPK atau GB...belum dijelaskan lagi hala tuju sebenar guru-guru DG41 di sekolah rendah..so disebabkan itu aku memutuskan ambil GC..cuba mana tahu dapat...hehehe..

Perkara keeenam...aku nak siapkan portfolio dulu yer...esok nak hantar..
bye...